Friday, March 5, 2010

Kerusi Parlimen Bagan Serai Perlu DiBeri Kepada PAS Semula...

PAS perlu bertegas soal pembahagian kerusi , bukan tamak tetapi apabila banyak kejadian
berlaku seperti adegan lompat jadi bebas ianya menyusahkan rakyat. PAS perlu diberi penghormatan oleh semua pihak terutama PKR yang mempunyai masalah calon yang tidak tahan diuji ataupun calon yang bermasalah luar biasa. Rasanya calon PAS mempunyai ketahanan tinggi tatkala kita melihat tahun 2004 , Kelantan hanya mempunyai kelebihan 1 kerusi sahaja namun kerajaan PAS tetap bertahan sehinggalah pilihanraya kemudiannya.
Rata-ratanya calon tangkap muat PKR seringkali membawa padah terutama bila mengenangkan kejatuhan kerajaan Perak atas sebab 3 ekor katak yang melompat itu.Suatu mekanisme yang ampuh dan jitu perlu difikirkan oleh semua pihak terutamanya PKR dalam mengekang calon bermasalah dan rosak akhlak. Pakatan Rakyat adalah suatu norganisasi yang mementingkan ketelusan , kejujuran , amanah dan rakyat adalah keutamaan. Maka mana-mana calon yang tidak boleh berkhidmat untuk rakyat boleh blah. Pakatan Rakyat bukanlah seperti partai lain yang membawa misi dan visi hanya sebagai tontonan umum walhal mereka lebih mementingkan projek , komisen projek , jutawan segera , komisen segera , banglo besar berjuta-juta , mengaut hasil tanah atas nama untuk rakyat miskin , mendapat tanah bagi kroni dan sahabat dan banyak lagi perkara yang semua kita boleh lihat. Pakatan Rakyat mesti jelas , bahawa rakyat diutamakan. Jangan jadi seperti Be End slogan sahaja rakyat didahulukan walhal mereka perompak wang rakyat....

No comments:

There was an error in this gadget