Sunday, March 28, 2010

Perundangan Negara Mengalami Masalah Ketelusan...Semakin Terhakis

Undang-undang , apabila diwartakan hendaklah dijalankan mengikut apa yang telah dipersetujui. Namun apabila undang-undang tersebut tidak lagi memihak kepada si penggubal undang-undang maka ianya tidak perlu dipatuhi. Itulah tanggapan rakyat terhadap undang-undang negara ini. Apabila rakyat telah beranggapan dan mempunyai persepsi sebegitu , maka jangan haraplah rakyat akan mematuhi undang-undang. Itulah natijahnya.Kes di Perlis memperlihatkan ketakutan amat sangat pihak pemerintah di dalam menjalankan prinsip demokrasi yang dilaungkan oleh mereka. Mereka boleh diibaratkan sama sahaja dengan zionis yang memerangi rakyat Palestin dengan segala bantuan dan peralatan disekat. Andai mahu berperang secara anak jantan maka perlulah dibekalkan senjata sama rata , baru tahu yang mana hero...yang mana pengecut...
Cerita di SINI

No comments:

National Geographic POD