Sunday, March 7, 2010

Zulkifli Nordin Dipecat...Tindakan Tepat?

Hari ini Zulkifli Nordin menjadi popular seMalaya apabila beliau dipecat dan masuk muka hadapan Berita Minggu. Wajarkah beliau dipecat ketika hangat diperkatakan ura-ura Be End ingin mencukupkan koarum untuk dua pertiga agar undang-undang persepadanan akan digubal bila cukup kaota?
Tindakan PKR adalah tepat dan wajar memandangkan kesalahan Zulkifli yang mengeluarkan kenyataan dalam temubual dimana ianya boleh mengakibatkan perpecahan Pakatan. Mengikut undang-undang sesebuah organisasi apabila telah diperbincangkan dan disepakati maka ianya haruslah diterima bulat walaupun sesetengahnya tidak menurut kemahuan sesetengah pemimpin. Itulah adat berorganisasi..kepatuhan adalah suatu disiplin dalam berorganisasi. Mungkin boleh dikatakan apabila berlakunya suatu pelanggaran hukum maka bolehlah seseorang individu itu mengasinkan diri...mufarrakah ...namun tindakan Zul menepati syariatkah? Itulah persoalannya yang perlu fifikirkan. Isu penggunaan nama Allah telahpun disepakati oleh ulama besar dan telahpun terjawap maka..persoalan itu tidak timbul lagi...
Mungkin banyak perkara yang menghantui Zul untuk bertindak sedemikian? Mungkin juga Zul , salah seorang peguam Anwar yang bertungkus lumus membawa isu Anwar merasakan tiada pembelaan ataupun penghargaan terhadap beliau ketika menghadapi isu mahkamah berkaitan kedudukan Zulkifli sebagai Ahli parlimen boleh terbatal ekoran tidak menghantar penyata kewangan pilihanraya lepas..
Buat saudara Zulkifli Nordin ..pelepasan jawatan Ahli Parlimen akan lebih menyucikan anda daripada tohmahan..dan teruskanlah cara perjuangan mengikut acuan tersendiri...yang dirakan lebih Islamik daripada PAS ataupun PKR...kami semua menanti tindakan anda...

1 comment:

Anonymous said...

blog kau ni takda org coment pasal tak de org nak baca tulisan kau ni.tutup je la woi

There was an error in this gadget