Friday, April 30, 2010

Bagaimana Kempen Cara Baru Dilaksanakan?

Saya bukanlah insan selayaknya berkata mengenai isu ini tetapi sekadar melontarkan pandangan kepada umum dan juga sesiapa yang berminat.
Cerita soal ceramah , Pakatan memang hebat dan Be End memang amat lemah dan lembik strategi untuk menarik golongan minat berpolitik untuk mendengar ceramah mereka. Walaupun Be End juga mempunyai pakar-pakar pemidato seperti Ibrahim alKataki , Ezam AlMenteri , namun ceramah mereka tandus dan kering disebabkan sikap hipokrit mereka dalam perjuangan rakyat menyeluruh. Rakyat keseluruhannya memerlukan perhatian dan tanggungjawab daripada wakil mereka namun apabila wakil sudah tidak tahu lagi untuk mewakili penduduk setempat maka punahlah imej mereka.
Bercerita cara baru saya menyokong sahabat blogger yang saya pautkan iaitu kaedah pemimpin besar Pakatan turun ke bawah bersalaman , bertanya khabar terus ke kawasan hitam agar mereka mendengar sendiri luahan dan cerita pemimpin besar.Ianya akan lebih memesrakan pemimpin dengan rakyat walaupun saat itu tidaklah lama. Kita tidak boleh mengharapkan pendengar yang ramai di kawasan ceramah kerana banyak kemungkinan pengundi kawasan tersebut tidak turun ataupun takut dan sebagainya.
Lebih manis dan indah anadai pimpinan bertemu rakyat bawahan , walaupun bilangannya hanya seratus dua namun , ketusukan emosi pengundi akan kekal lebih lama lagi.
Ianya lebih sesuai untuk pengundi luar bandar.
Bagi pengundi bandar yang sentiasa sibuk , mereka lebih memahami masalah pemimpin dan sekadar melalui akhbar dan internet sudah memadai.
Ceritanya di sini

Undi Kaum Melayu Melalui Provokasi...?



Be End walaupun mencanangkan 1Malaysia , namun apabila tiba pilihanraya sering menggunakan isu perkauman sempit , cerita komunis , cerita Cina bunuh Melayu , Masalah Murtad dan sebagainya hanyalah alat untuk mendapat undi semata-mata sahaja.
Pakatan lebih telus dan terbuka mengakui wujud sedikit kesukaran untuk menangani masalah perkauman ini namun begitu telus dan yakin keterbukaan meluah pendapat dan juga adanya mekanisme tersendiri dalam mengatasi isu-isu perkauman dilihat lebih bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam mewarnai politik Malaysia seterusnya.
Penggunaan isu perkauman sempit dan keagamaan yang dilakukan oleh Be End ini yang dipelopori oleh UMNO hanyalah membawa negara mundur ke belakang.
PAS yang lebih terbuka dan berpegang kepada Islam dilihat semakin diterima oleh seluruh masyarakat Malaysia. PAS begitu bersungguh-sungguh untuk mengaplikasikan Islam itu mentadbir dengan memberi segala ruang terbuka kritikan dan luahan rakyat , begitu bersungguh juga menangani masalah rasuah yang merosakkan ekonomi negara , masalah jenayah yang mencabul sosial rakyat , masalah dadah yang merosak generasi muda dan sebagainya.
Mahatir telahpun mengakui Be End seringkali berdolak-dalik dan sentiasa mengapikan perkauman mengikut kawasan pilihanraya setempat. Apabila kawasan tersebut Melayu menjadi penentunya maka peranan UMNO akan menonjol. Kita lihat mana ada jentera MIC ketika Pilihanraya kecil Hulu Selangor. Lebih menonjol adalah UMNO dan PERKASAM mengapikan segala isu yang boleh diapikan.
Jika kawasan tersebut pola aliran menunjukkan kaum Cina penentunya , maka keterbukaan ditonjolkan 1Malaysia dicanang hebat , Cina dipuji kerana memberi ekonomi hebat buat negara , kononnya...inilah politik perkauman Be End yang tidak jelas dan kabur.
Andai kawasan tersebut akan ditentukan kemenangannya oleh kaum India , maka ramailah jentera MIC yang akan menonjolkan taktik dan wayangnya membela segala estet , semua estet dan ladang akan dinaik taraf , gaji pekerja estet akan dikaji dan sebagainya.
Lagu dan lenggok tari dalam Be End hanyalah begitu , pusingannya sahaja berubah namun dasarnya memang begitu....DASAR PERKAUMAN SEMPIT...
Cerita selanju di SINI

Wednesday, April 28, 2010

PM , Najib Perlu Bersihkan Diri Dari Skandal...



Najib , PM 1Malaysia dikaitkan dengan pelbagai tuduhan di luar negara. Pihak Kementerian Luar Dalam Negeri perlu mengambil inisiatif untuk membersihkan reputasi dan maruah Najib ekoran tuduhan meliar media antarabangsa. Kalau boleh kita saman ataupun mengambil tindakan mengambil balik Duta Malaysia untuk menunjukkan sokongan terhadap Najib. Kita tidak boleh membiarkan pihak asing menuduh bukan-bukan terhadap PM yang kita kasihi. Harapan kita agar warga-warga NGO , terutamanya PERKASAM membuat demo di Kedutaan Perancis untuk menunjukkan kesepaduan ketuanan Melayu. Ianya berkaitan pembelian kapal selam negara yang dianggarkan komisennya US151 juta dolar.Selanjutnya di SINI

100 Warga Felda Sungai Buaya Tunggu Baki Pampasan Hingga Ke Liang Dua..?

Be End telahpun memenangi pilihanraya kawasan P94 , Hulu Selangor. Maka seterusnya tindakan Kalamananthan untuk mengurus tuntutan-tuntutan pilihanraya yang dibuat oleh Muhyiddin dan Najib. Diantaranya tuntutan pampasan warga Felda Sungai Buaya yang berjumlah RM50,000 dimana RM 1,000 telahpun diberi tempohari.
Tuntutan ini adalah tuntutan yang berumur 15 tahun sejak diambil oleh satu syarikat.
Syabas kepada warga Felda Sungai Buaya , harapan kita cuma dapatlah wang ini diguna bekal hari-hari tua.Kita juga mengharapkan janganlah wang pampasan itu terpaksa ditunggu sehingga dihantar ke liang dua ( kubur)...selanjutnya di SINI

Tuesday, April 27, 2010

Kematian Aminurasyid Perlu Disiasat Adil...



Polis tidak boleh lepas tangan mengambil tindakan terburu-buru sehinggakan berlakunya kejadian yang menimpa Allahyarham Adik Aminurrasyid . polis yang bertanggungjawab perlu disiasat , bagaimana polis mengambil tindakan seumpama ini dengan sewenangnya boleh melepaskan tembakan terhadap mangsa yang tidak merbahaya.
Kejadian seumpama ini perlu diadili dan disiasat sepenuhnya , jangan sampai ianya akan menjadi barah buat kerajaan. Jika kerajaan menganggap ini perkara enteng , dan membiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa tindakan maka rakyat akan menuding jari kepada kerajaan sebagai tidak adil.
Wang rakyat digunakan sewenangnya untuk menampung pembayaran kenaikan gaji polis namun ini pula yang dapat dihasilkan. Keselamatan rakyat sudah tidak terjamin lagi.
KDN wajar mengambil iktibar berusaha bersungguh-sungguh mencari jalan tengah penyelesaiannya , andai tidak mahu ianya menjadi isu besar negara.
Cerita sebenarnya di SINI
GANTUNG PEGAWAI TERLIBAT DAN SIASAT SEGALANYA..KALAU POLIS SALAH AKUI...KALAU BETUL BERIKAN HUJAHNYA..

SPR , Pemain Utama Kemenangan Be End...

SPR , dikhabarkan terdapat kira-kira 13,000 ribu pengundi yang berjaya dipindahkan ke kawasan yang lain ,maka ianya memberi kelebihan kepada Be End untuk mendapat kemenangan yang amat tipis . Tipisnya kemenangan Be End diukur melalui pelbagai jentera mereka , SPR pindah pengundi tanpa notis , rasuah pembangunan projek Felda , janji bantuan Sekolah Cina hanya mendapat undi majoriti 1725.
Cerita SPR di sini.

Monday, April 26, 2010

Pakatan Tewas Tapi Undi Meningkat...

Pakatan Rakyat tewas dengan majoriti 1725 , tetapi mengalami kenaikan undi jika dibandingkan pencapaian PRU2008 dahulu.
Tahniah PKR , walaupun diasak pelbagai jenis jentera dan kempen tetapi para pengundi Pakatan tetap tidak berganjak memegang kuat pautan kesetiaan tidak berbelah bahagi.
Ada kemungkinan pengundi hantu berperanan kali ini , janji-janji kempen Felda , projek terbengkali memainkan peranan dalam meningkatnya sokongan kepada Be End.
Analisis telah banyak dilakukan di SINI

Saturday, April 24, 2010

Be End Memang Suka Berjanji Tapi Tak Tunai...





Sebenarnya seluruh rakyat dah tahu tembelang Be End ini , selalu berjanji juta-juta , sekolah , balairaya , mesjid ,tanah pertanian , tanah dan pelbagai peruntukanlah namun janji tinggal janji.
Kita boleh melihat di Manek Urai ,Kelantan begitu juga berlaku janji-janji palsu pembinaan jambatanlah , sekolah malah sehingga kini jambatan besar yang diwar-warkan dulu untuk diperbesar ,Jambatan Sultan Petra di Kota Bharu sampai kini tiada perkembangannya.
Berjanji , bersumpah selalu Be End lakukan namun setelah semuanya berakhir maka rakyat terkonteng-konteng tiada pembelaan. Itulah prinsip Be End dan rakan-rakan.
Pakatan Rakyat jauh berbeza , lihat saja kepimpinan Dato Nizar Menteri Besar Perak , hari-hari sibuk menguruskan kelulusan untuk tanah-tanah rakyat yang diperam oleh pemerintah sebelumnya untuk tujuan politik.
Rakyat perlu sedar di zaman yang canggih ini kalaulah kita diperbodohkan lagi amat rugilah ilmu pendidikan yang kita terima dahulu kerana untuk membezakan yang benar ataupun salah pun kita kabur.

UNDILAH PAKATAN RAKYAT , DATO ZAID IBRAHIM...PKR

Friday, April 23, 2010

Mufti Cap Apa Ya....?





Sahabat ada beri posting baik punya hujah

KISAH MUFTI CAP xxxxxxxxxxxx

Katak Melompat Kehalaman...Katak Melompat Ke Dalam Tong Taik...Apa Bezanya?





Apabila individu melompat dari kem kebaikan pergi ke kem kejahatan memanglah tidak elok, tidak baik tetapi kalau berpindah dari kem kejahatan ke kem kebaikan apa hal pulak? Bukankah itu yang diseru agama.Kem kebaikan mahukan integriti , rasuah disifarkan , politik perkauman dihapuskan manakala kem kejahatan pulah menyimpan maklumat rasuah untuk kepentingan politik , skandal seks disimpan untuk kepentingan politik , soal akhlak dan moral perkara tidak penting .
Apabila perbandingan itu dibuat maka sahlah pilihlah kem kebaikan...
Kita akur semua manusia pasti ada melakukan salah dan silap namun perhatikanlah kem mana yang lebih berkehendakkan sistem yang adil , saksama , benar dan berhemah?
Kita pengundi perlu bijak memikirkan baik buruk ahli-ahli politik mana yang memang begitu sibuk menguruskan hal rakyat , namun terdapat kem-kem yang memang berusaha secara telus untuk memartabatkan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Jangan hanya slogan sahaja juara rakyat namun mereka sebenarnya hanya memperalatkan rakyat sahaja.
Untuk mengakhirinya saya mengharapkan pengundi bijak memilih kem kebaikan yang sentiasa mengaku andai tersilap langkah politik , kem kebaikan yang berusaha mengurangkan masalah rakyat , telus dan beramanah....

UNDILAH KEM KEBAJIKAN ...KEM PAKATAN RAKYAT...PKR PAS DAP....

!Malaysia !Israel , PAS4All Israel4All...Bezanya....






Jika dilihat memang hampir sama namun kalau dihujah banyak pincangnya buat Be End.
1Malaysia yang ditaja oleh Najib mengeluarkan bajet jutaan ringgit manalkala PAS4All adalah idea percuma yang datang dari sumber berbeza.
Masalah timbul apabila 1Malaysia ini meleburkan jutaan wang rakyat . Apabila pembaziran berlaku kepada wang rakyat ianya akan menjadi masalah. Apa yang baik dari Barat mahupun Timur tidak salah diikuti asalkan ianya tidak melanggar syariat. APCO yang ditentang oleh Pakatan kerana kemasukan unsur-unsur perisik khas ke dalam sistem pertahanan negara , andai kata semua tenaga kerjanya warga Malaysia mungkin tidak ada isu timbul.Itulah jantan betinanya kes di atas yang saya rujuk dari Utusan Meloya

Thursday, April 22, 2010

Anwar Agen Yahudi..? Siapa Agen Yahudi...






Ezam ada kotak terbaru...mungkin yang ke 7 kot..dokumen penting untuk sabitkan Anwar agen Yahudi..?

Mau tanya sama ini Ezam...agen Yahudi ini kerjanya apa? Mestilah membuat kerja untuk kepentingan Yahudi..

jadi itu Tun dulu kasi hentam Memali di Baling bunuh pejuang PAS kerja siapa? Anwar punya kerja kah?

Itu kasi berhenti bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat siapa? Anwar ka? Agen Yahudi ka? Bukan Tun ka?

Itu kasi berhenti royalti Trengganu , negeri ramai umat Islam siapa? Anwar ka?

Hangpa ni memang bodoh...atau buat-buat lawak bodoh nak bodek itu Najib...

UNDILAH PAKATAN RAKYAT....

Kerajaan Perak Zambry Tak Hormati Keputusan Rakyat Perak..






Ketidakhadiran ADUN Pakatan Rakyat Perak di Majlis Keputeraan Sultan Perak ekoran tidak dijemput amat memalukan buat seluruh rakyat Perak. Kerajaan Zambry ini tidak menggunakan otak yang diberikan oleh Allah untuk berdakwah. Kalaupun banyak tindakan ADUN Pakatan ini menyakitkan , ketika hari Keputeraan Sultan Perak perlulah mereka dijemput sama. Tidak menjemput mereka bererti Kerajaan Zambry ini tidak menghormati keputusan rakyat Perak memberi mandat kepada semua ADUN Pakatan tersebut. Rakyat Perak sekelian tidaklah kemaruk ingin memasuki istana , namun berwakilkan wakil rakyat kami sudahpun mencukupi. Rakyat Perak kecewa dengan tindakan pihak Kerajaan Zambry ini yang membelakangkan keputusan rakyat.
Ketika Nizar memerintah dahulu semuanya diberi tempat seadilnya , namun begini balasan mereka terhadap pimpinan Pakatan. Oleh kerana itu UMNO dan Be End sudah tidak relewan memerintah Perak lagi ekoran banyak tindakan berdasarkan dendam dan emosi. Ini bukan kepimpinan yang diperlukan oleh rakyat Perak.
Rakyat Perak bersungguh-sungguh menunggu pembubaran kerajaan haram ini agar Be End diajar secukup-cukupnya melalui undi rakyat.
Undi rakyat sahaja yang boleh mengajar mereka iaitu Be End samada langit itu tinggi ataupun cerah...
Ceritanya di SINI

Wednesday, April 21, 2010

Pemilihan Zaid Ibrahim Tepat , Be End Masuk Perangkap...Isu Arak , Rasuah , Perempuan Dan Judi Jadi Kempen...






Apabila meneliti senario Pakatan Rakyat memilih Zaid daripada Dr Halili , ramai yang agak terkejut dan tidak kuarang juga gembira. Dr Halili kelihatan bersih namun kesetiaannya boleh dipersoalkan tambahan pulak pengumumannya keluar parti dan masuk UMNO menunjukkan keputusan itu tepat.
Zaid , bekas menteri UMNO yang meletak jawatan atas dasar prinsip amat berlainan dengan spesies UMNO yang lain. Kita lihat bagaimana KM Melaka yang sudahpun terpalit ekoran rasuah masih lagi degil dengan jawatannya , kita lihat Khir Toyo ,walaupun berbelas laporan penyelewengan ketika menjadi MB Selangor bersikap seperti itu juga.
Tidak pernah wujud pemimpin UMNO yang meletak jawatan seperti Zaid Ibrahim.
UMNO dan rakan -rakan menyerang peribadi Zaid yang beliau sebelum ini kaki minum walhal ramai sekali pemimpin UMNO yang tak terlepas dari meneguk air syaitan itu. Boleh dikira bilangan mereka yang tidak terlibat rasuah , seks , wanita dan judi.
Kita masih ingat pemimpin UMNO Sabah yang rugi dan berhuitang dengan syarikat perjudian...
Tiada pernah kita dengari kes mengenai perkara di atas dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Pilihanraya Hulu Selangor menjadi titik mula serangan peribadi yang selama ini kita hormati namun apabila serangan telah dilakukan oleh pihak musuh maka kita wajib menyerang kembali dengan senjata yang sama. Be End telah memulakan episod yang memalukan yang akhirnya memalukan mereka sendiri lantaran penglibatan pemimpin mereka terlalu banyak dalam skandal seks , wanita , judi dan arak...

Be End Tiada Isu...Asyik Cerita ..Lagu Lama...Pengkhianat..Pengkhianat..
















Kempen Be End , kalau tiada makanan disediakan alamatlah tiada orang yang sudi mendengarnya. Kebanyakan yang hadir biasalah nak makan-makan , minum-minum , dengar-dengar kempen diaorang tapi di sudut hati pemimpin yang bercakap ni rasenya cakap aku tak betui kot...begitulah ceritanya..
Klik di SINI

Diatas terdapat gambar-gambar bersejarah yang membawa hasilnya gambar terbaru , generasi kini...

Tuesday, April 20, 2010

Hulu Selangor..Pertarungan Hidup Mati Be End Atau Pakatan...?






Pertarungan sengit dua insan mewakili Be End dan juga Pakatan Rakyat menentukan nasib dan arahtuju perjuangan rakyat. Kekalahan Pakatan membawa erti rakyat sudah putus asa ekoran masalah dalaman Pakatan terutamanya ahli parlimen PKR yang dulunya berkomited tinggi sanggup meninggalkan rakyat dengan masalah negara yang semakin meruncing.Kekalahan Pakatan bermakna rakyat tidak mahu lagi bersusah-susah memikirkan hal negara ini dan akan membiarkan perosak negara merompak segala khazanah dalam negara secara terhormat. Atas dasar pembangunan rakyat diperbodohkan hanya untuk segelintir kroni dan sahabat mengaut keuntungan hasil negara dengan penyelewengan yang amat bijaksana.
Andai Pakatan tewas maka segala tohmahan terhadap Pakatan dianggap benar oleh seluruh rakyat.
Rakyat Hulu Selangor khasnya adalah cerminan rakyat Malaysia keseluruhannya yang akan menentukan halatuju dan arah kebangkitan Pakatan dengan momentum kuat untuk memerintah ataupun melenyapkan terus obor perjuangan rakyat.
Andai Be End menang , bermakna rakyat akur penyelewengan PFKZ , kerugian besar pembangunan berbilion ringgit hangus atas dasar penyelwengan , rakyat akur Be End adalah wadah terbaik buat rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka.
Andai Be End menang bermakna rakyat menyokong kerajaan bekerjasama dengan APCO , syarikat Yahudi Laknatullah yang mengambil wang rakyat atas dasar pemasaran penjenamaan.
Penduduk Hulu Selangor mestilah memikirkan untung rugi bukan hanya untuk penduduk setempat tetapi mewakili aspirasi rakyat keseluruhannya yang inginkan kerajaan telus , bersih , cekap amanah di dalam tanggungjawab terhadap rakyat.

Sultan Perak Murka...Baginda Seru Jangan Permain Dewan...Zambry Wajar Letak Jawatan....?











Sultan Perak murka kerana dewan telah dipermainkan sehinggakan adegan seperti ini yang amat memalukan negara...ceritanya di SINI

Monday, April 19, 2010

Sunday, April 18, 2010

Ahmad Maslan Kata Kerajaan Selangor Zalim?






Memang mudah untuk menuduh tanpa asas sebegitu. Kerajaan Selangor zalim kerana tidak membenarkan pembinaan rumah di felda untuk generasi kedua.Inilah berita haprak untuk menutup pekung UMNO yang memang licik untuk menipu rakyat.

Bagaimana pula ketika mereka Be End menidakkan royalti Kerajaan Trengganu pada tahun pemerintahan kerajaan PAS?

Bagaimana pula ceritanya ketika Kerajaan Haram Zambry memansuhkan Ketua Kampung lantikan rakyat secara syura di negeri Perak?

Bagaimana Kelantan sepatutnya mendapat royalti 2 bilion , boleh pula diberikan ganti wang ehsan sebanyak 20 juta melalui Jabatan Pembangunan Negeri kelolaan UMNO , bukan disalur kepada Kerajaan PAS Kelantan?

Ahmad Maslan ni biasalah , dah ada jawatan Timbaln Menteri , Ketua Penerangan UMNO , maka pelbagai hujahlah yang dikeluarkan untuk menunjukkan bahawa beliau ini Ketua Penerangan UMNO..kalau tak susah jugak nak jawab kat Najib nanti..

UMNO dan Be End memang ada jasanya namun mereka ini perompak profesional, hebat , merompak harta rakyat atas nama pembangunan , merompak atas nama perkhidmatan , merompak secara terhormat , tengok diluar cantik belaka namun lagaknya begini ...rakyat dapat 1 juta , UMNO and the geng dapat ratusan juta...

Hulu Selangor...4 penjuru 1 PKR, 1 Be End , 1 UMNO , 1 MIC...





Walaupun kelihatan 4 calon , sebenarnya Be End telahpun berpecah 3 , Johan ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Shah Alam manakala Chandran pula orang kuat MIC..
Media haprak nasional seperti biasa tidak memperbesarkan isu yang menjadikan Be End sebenarnya telah berpecah kepada 3 kelompok dengan Kamalanatahn memperolehi undi lebih daripada kedua yang lain.
PKR pula hampir pasti mendapat seluruh undi yang telah diberikan oleh para pengundi ketika PRU 2008 maka tidak mustahil laluan mudah buat PKR untuk mempertahankan kedudukan. Orang Melayu Hulu Selangor ramai yang tidak berpuashati terhadap calun kerana lumrah dalam Be End , seseorang yang bukan dari kelompoknya pasti benar akan cenderung membuat kerja lebih berkepentingan untuk kelompok tersendiri.
Itulah adat mereka sehinggakan apabila pilihanraya maka lobi melobi calun menjadi suatu masalah buat Be End.
Pakatan Rakyat pula , apabila berlaku pilihanraya maka pucuk pimpinan bersama kelompok ahli bawahan boleh menerima sesiapapun difikirkan layak kerana wakil tersebut tidak akan condong kepada sesuatu pihak berkepentingan. Wakil rakyat Pakatan memberi perkhidmatan ataupun servis lebih menyeluruh dan adil merata untuk semua golongan.
Sesekali berlaku juga pertelingkahan pemilihan calun adalah akibat pewarisan sikap lama mereka yang dulunya berjuang dalam UMNO. Kebanyakan kes berlaku lebih ketara kepada sesuatu kawasan dimana dahulunya kawasan tersebut adalah kubu UMNO.
Wakil rakyat adalah suatu jawatan yang mempunyai banyak akses untuk menuju kekayaan dan pangkat. Inilah perebutan sebenar yang berlaku masa kini.Masalah ini kurang ketara buat PAS , kerana rata-ratanya pejuang dan pendokong PAS adalah golongan yang betul-betul memberikan jiwa dan raga untuk perjuangan suci menegak kalimah Allah.
Hulu Selangor kali ini , untuk bahagian pengundi yang akan mengundi Be End tellahpun berpecah tiga ekoran kewujudan orang lama MIC, Chandran dan jugan Johan , AJK Shah Alam.Kewujudan 2 insan bertiket bebas ini sedikit sebanyak akan memberi peluang lebih kepada Pakatan untuk memenangi parlimen ini.
Be End memang mencemburui akan kesepakatan yang wujud dalam Pakatan namun apa boleh buat , persepsi rakyat terhadap mereka dan tingkah laku ahli yang berhormat Be End sudah terpahat dalam minda yang tidak boleh dibuang.Persepsi yang Berhormat Be End akan memberi keuntungan untuk pihak tertentu dan meminggirkan pihak lain masih belum boleh diubati lagi. Saya mengesyorkan agar para pengundi pilihlah calun Pakatan Rakyat kerana beliau bertindak untuk semua kaum yang mempunyai masalah...

Saturday, April 17, 2010

Hulu Selangor..Analisis Buat Pengundi ..






Hulu Selangor amat bertuah kerana kehilangan Allayarham Zainal memberi sedikit harapan dan tumpuan semua pihak dalam menunjukkan keprihatinan parti memperjuangkan isu-isu rakyat. Rakyat khususnya Hulu Selangor mestilah berkebolehan menganalisis segala fakta dan munasabahnya dalam memilih calon yang dipilih nanti. Mungkin ramai pihak merasakan isu-isu lokal lebih ditumpukan berbanding isu negara namun isu -isu penting negara tidak boleh dipinggirkan.
Buat Pakatan Rakyat terlalu banyak isu yang boleh diutarakan kepada pengundi samada mereka mahu menelannya ataupun tidak. Isu PKFZ tidak boleh kita pinggirkan begitu sahaja, sehingga kin wang rakyat berbilion entah ke mana.Tiada pihak yang boleh mengenengahkan isu ini agar jelas terbongkar pihak-pihak berkenaan agar rakyat tahu siapa dalangnya.Mungkin kita merasakan isu ini tiada kaitan namun bolehkah kita bayangkan jika berbilion wang rakyat ini jatuh betul-betul keatas rakyat..? Rakyat jua yang untungnya , namun apabila pemerintah yang bersekongkol merompak harta rakyat dan dilindungi oleh terma-terma tertentu , akta-akta tertentu maka apalagi harapan rakyat kepada pemerintah..
Rakyat bukan menolak BN kerana sakit hati ataupun dendam , tetapi apabila wang rakyat dipergunakan sewenangnya dengan pelbagai kesilapan ,rakyat yang menanggungnya.
Isu bahasa dimana Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa penghantar untuk Sains dan Matematik menyebabkan masyarakat Melayu khasnya alkan lebih terkesan , dimana ramai pelajar melayu tidak memahami soalan , maka ianya bukan melibatkan kerugian yang sedikit. Pendidikanlah alat terpenting sesuatu kelompok masyarakat untuk keluar dari garis kemiskinan. Namun kerajaan tetap berkeras walaupun prestasi yang ditunjukkan amat tidak memberangsangkan.Inilah mentaliti pemerintah yang mendahulukan kroni dan sahabat serta golongan kaya.
Rasuah , kalau berkaitan dengan pimpinan Pakatan , hanya sekadar niat untuk memberi dan tawaran sahaja boleh menjadi kes seperti mana dialami oleh Nik Aziz tetapi kalau pimpinan Be End seperti KHir Toyo , hantarlah beribu-ribu laporan mengenai penyelewengan yang ditimbulkan oleh Lutfi ketika Khir menjadi MB..sehingga kini tiada jawapan SPRM..lihatlah betapa wang rakyat sekali lagi dikorbankan hanya untuk segelintir seorang dua sahaja...rakyat yang lain kepenatan siang malam mencari wang.
Janji manis Be End hanyalah janji manis tatkala belun dapat , sudah dapat jadilah macam di Bagan Pinang .

Media Haprak Mengila Lagi...Mugilan Ditawar Wang...Tanah?



Cerita Mugilan di SINI

Setahu aku ...Zahrain keluar sebab tak dapat projek urus kelab golf...Salehuddin mantan Setiausaha PKR keluar sebab tak jadi CEO...Tam WEi Su...mantan Exco Kedah...keluar sebab tak dilantik semula exco Kedah...tiba-tiba pulak calon yang dicadang dapat tawaran wang dan tanah...siapa nak bagi...dey...Pakatan Rakyat bukan macam Be End la...
rakyat Malysia yang lain bolehlah diperbodohkan...teman...kita tahu mana jantannya ....mana betinanya....yang jantan itu ada di belakang sebab mengekori bontot sibetina...kah...kah...kah...cerita Tan Sri P Ramleee....

Che Det ...Memang Patut Sokong Be End Pun...




Che Det memang pemimpin hebat...beliau memberikan sokongan tak berbelah bagi untuk Be End...kerana untuk pastikan anaknya masih mendapat tempat lagi dalam kabinet serta menghalang Khairy untuk ke puncak...ini masalah anak beranak...orang kata PHD...penyakit hasad dengki..tapi ianya tak berapa ketara sebab depa ni pandai main politik taik kucing...
Che Det ni dendam kat Pak Lah sebab..memberi ruang kepada Khairy walhal...anaknya lebih terer dalam politik ngaknya...itulah bahananya dulu kawan sekarang lain...
Che Det walaupun hebat dalam menjana ekonomi negara namun sebenarnya kita berhutang makin banyak ooooo...tanyalah orang ekonomi...ini hutang bukan macam insuran rumah ...mati...kasi free...ini hutang sama luar kena bayar oooooo.......
makn banyak...rakyatlah kena tanggungnye....

Mufti Jenis Apa NI?





Mufti mempersoalkan soal masjid dicemari namun APCO yang jelas totoknya dan qati'''itu Israel tidak pula diulas...
Malu aku nak ngaku aku anak Perak bermuftikan jenis yang ini...?Bila bercakap dalam media ...oooooo semuanya mengatakan Yahudi Israel ni boleh diperangi tetapi bila tuannya membayar wang dan duit rakyat kepada syaitan Israel...boleh mufti duduk diam...
takkan mufti lupa ayat Quran...
Yahudi ini tidak sama sekali redo kepada kita semua umat Islam hinggakan kita menuruti jejak mereka...
Tentang APCO mufti boleh diam ...tentang telur busuk dibaling mufti cakap haram...
APCO halallah...?
Mufti...mufti....oooo Mufti...patutlah umat Islam ini mundur....mufti cap Agong...
Klik di SINI

Friday, April 16, 2010

Patutlah Samy Vellu Terima Sebab Ni Rupanya..



Cerita di SINI
Samy menerima keputusan Kamalanathan kerana ada sebab lain rupanya...dapat pulak kerusi menteri...pandai dia buat-buat drama nak main orang UMKO ni ...Melayu Perkasam pun dah tak da taring dah...Encik Kamal.....ni bolehlah dianggap melayau...Nathan pula berbangsa Indi...begitulah nasib orang Hulu Selangor...pilhlah antara Zaid anak Melayu tulen ataupun spesis dua bangsa ni Kamal...anathan...
PKR walau siapapun wakilnya akan tetap menjunjung hak semua rakyat...hak rakyat miskin diutamakan...bukan kroni atau sahabat...yang ramai MP PKR keluar tu sebab tak dapat songlap duit la tu...tak dapat jawatan CEO la...dan lain-lain lagi...cerita pasai CEO ni...kita kena lantik yang ada kelayakan kalau tak lungkuplah company....

Masalah Ini Dah Lame Dah...Mana Juara Rakyat? Juara Samun Rakyat ko?





Ini berlaku di NS...kalu berlaku di tempat pilihanrayo pasti sekojap je mereka settlekan..tapi buat macamana kat tompet lain...Be End selalu dan seringkali mempermainkan rakyat namun kali ini bila berdepan pilihanraya mulalah menunjukkan macam-macam janji dan kebaikan jika mereka memerintah negara ini...
Sebenarnya mereka akan mendahulukan kawasan-kawasan orang-orang besor dahulu...orang-orang kecil ini kemudian saja ataupun tunggu lain tahun...ataupun bajet tak da...dan lain-lain lagi lah
Ceritonya di SINI

Thursday, April 15, 2010

Bila Ahli Agama Halang Hukum Agama? Macamana ni....?





Cerita ni memang tak logik akal...orang tahu ilmu agama sudah tidak benarkan proses hukum agama dijalankan...MasyaAllah..
Inilah yang disebut-sebut biasa oleh penceramah agama...

BESAR KEBENCIAN DISISI ALLAH ORANG-ORANG YANG MEMPERKATAKAN SESUATU TETAPI
TIDAK MELAKUKAN APA YANG DIKATA...

Aku sekitar 90an dulu respect dan hormat kat JamilKhir ni...sekarang tak tahu mana nak letak hormat aku pada dia...sebab nak jaga BOOS dan FULUS maka semuanya Malaysia Bolehland....

Mujur aku tak diuji sedemikian rupa ...cukuplah setakat ini je...jadi Menteri ni kalau diam membisu..tunggulah saat nya nanti...kita dulu dibantai dulu....

WAHAI SANG MENTERI LETAK JAWATAN SAJALE...BUAT NANGGUNG DOSA NYE...TAK PAYAH NAK CAKAP...SEBAB KUASA DI TANGAN MIKE...
TAK DA LAGI ALASAN DAH OOOIIII...
DI SINI

SPRM Jelas Hanya Berminat Kes Untuk Pakatan Rakyat Sahaja...Kes Be End Terperap...?

SPRM ...dengar nama memanglah hebat namun...hanyalah sebuah badan yang hanya memihak kepada Be End sahaja. Mana-mana kes besar Be End banyak yang terperam...manakala kes walaupun hanya setakat desus-desus jika kes melibatkan orang Pakatan maka ia segera diambil tindakan...itu Yoep tak heran...tapi masalahnya mereka ini dibayar wang rakyat maka mereka mesti bertanggungjawab kepada rakyat menjaga agar wang rakyat tidak disalahguna..
Cerita SPRM di SINI

Mugilan , Cadangan UMNO , Palanivel Cadangan MIC..

Antara dua insan ini Mugilan ataupun Palanivel , kedua-dua mempunyai kelebihannya. Mugilan walaupun baru namun ia boleh memberikan tentangan sengit kepada Zaid memandangkan beliau orang baru , peel baru , cara baru , maka ramailah yang akan cuba ingin melihat prestasi beliau..maka meletakkan Mugilan pasti memberikan tentangan sengit bagi Pakatan Rakyat.
Kita boleh melihat bagaimana keadaan Pak Lah ketika baru menerajui kepimpinan dan menghadapi PRU2004 , Pak Lah mendapat sokongan yang padu kerana rakyat ingin melihat corak dan gaya kepimpinan beliau...namun PRU13 keadaan sebaliknya menjadi terbalik ...rekod terburuk buat Be End menjadi tsunami politik negara.
Saya beranggapan andai Palanivel calon Be End ...Zaid mendapat laluan mudah namun jika Mugilan calonnya maka ianya amat sengit dan mencabar...

Tuesday, April 13, 2010

Ini Fakta Yang Ditinggalkan Oleh Media Haprak...

Pujian Sultan Selangor terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor , tidak pula disiarkan oleh media haprak. Biasale mereka ini hanya mencari point untuk tuan-tuan mereka tanpa menyedari siapa tuan yang sebenar. Media ini tidak tahu bahawasanya rakyatlah tuan sebenar untuk media mereka. Media harus bertanggungjawab menyiarkan berita yang benar , seimbang dan bermaklumat untuk semua. Bukan hanya memetik kata-kata yang menyukai pemimpin tertentu sahaja.
Cerita di SINI

Saturday, April 10, 2010

Utusan Meloya.....Anwar Pengkhianat Negara...? Siapa Pengkhianat Negara...?

Siapa harus bertanggungjawab...hah...Asiasoft tu jelas Yahudinya...kome ingat rakyat Malaysia makan taik kucing....bodoh...bangang....macamtu...
Kita terlebih tahu mana yang jantan mana yang betinanye...
Kah....kah....Kah.....inilah pertahanan negara...sampai setan yahudi laknatullah boleh bermesyuarat lagi dengan KDN...masih tak bgaku kome...memang beballe tu...
Semua kabinet kena letak jawatan....sebabnya kaslau tak DS Anwar Ibrahim bagitau ....kome pakat senyaple....senyaple...biasale kerja jahat kome tu....

AKU CADANGKAN BUBARKAN KABINET ...KITA PILIHANRAYA...

TENGOK MANDAT RAKYAT SIAPA YANG DAPAT.....ADE BRANI KE....

KOME NI MASIH TAKUT...KE...KDN KOME PUNYA...MEDIA KOME GORENG...SPR KOME OUTER...

JABATAN KOME SALAHGUNA...APAE JE BERKAIT DENGAN KERAJAAN KOME PASTI GUNA...KALU TAK

....TAKLE NAMANYA KERAJAAN 1MALAYSIA SERBA BOLEH....BOLEH....BOLEH....

Media haprak tulislah lagi...beritahu Anwar pengkhianat nombor wahid...tengoklah

setahun dua mampus kome...tak da orang nak beli...kecuali mat nombor

je.....kah...kah...kah...

Friday, April 9, 2010

Calon Paling Sesuai Buat Hulu Selangor....Shamsul Iskandar Md Akin

Apabila memikirkan calon paling baik dan tepat buat Hulu Selangor saya merasakan Shamsul paling sesuai dan tepat. Setelah itu berserahlah kepada Allah yang menentukan siapa yang akan menang kali ini...
Mengapa beliau sesuai...

1. Antara ketiga-tiga calon , beliau lebih mempunyai perwatakan serba boleh , boleh bergaul dan ngam dengan orang kampung ataupun orang bawahan malah orang pertengahan..

2. Rekod perjuangan dan rekod kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan mewakili rakyat keseluruhannya.

3. Berpendidikan tinggi..sebagai peguam , beliau lebih arif tentang undang-undang ..

4. Pengetahuan agama beliau juga agak luas ..boleh menjadi aset untuk pembangunan orang-orang di Hulu Selangor yang berpegang kuat kepada tradisi...

Ssya harap agar Shamsul Iskandar di calonkan...InsyaALLah beliau akan menang...

PDRM...Takkan Semuanya Tak Tahu...Israel Tu Babi...Membunuh Tanpa Sebab...?

PDRM dilaporkan telah menyiasat tentang perisik Israel ni...tapi kome pi transfer pulak pegawai penyiasat kes tu...jadi lambat le...tergantung...inilah yang main politik taik kucing...
Rakyat berhak mengetahui kemana duit cukai kami digunakan...jangan pulak nak ugut kami rakyat biasa ini...kome tahu ke ini masalah keselamatan negara ..bukannya kita saje-saje sebut...dah kerajaan tak mahu dengor...takkan PDRM tak tahu bagaimana perisik Israel ni menjalankan tugasnya diluar negara..kes terbaru pembunuhan menteri Palestin di Qatar...depa mai main tenis ...rileks-rik=lek kat hotel bisnis konon...
Ini boleh masuk pejabat KDN lagi....memang bodoh betul kita ni...mudah-mudah bagi orang Israel masuk...
Cuba la kome nak pi Palestin ...punyalah susah semuanya disekat...depa takut kita support Palestin...
KITA BOLEH LAH KATAKAN KITA 1MALAYSIA MENYERAHKAN TONGKOK KEPALA KITA KEPADA ISRAEL UNTUK DI PENGGAL...
PIIIIIIRAH....KONON KITA NAK POLITIK KAN.....KITA MAU U ALLL INGAT SIKIT INI NEGARA KITA PUNYA....BUKAN HANG PSINI..UNYA SORANG TAU.....
PIIIIIIRAHHHHH...Di SINI

Thursday, April 8, 2010

Ahli Kabinet , Ahli Parlimen Malaysia Tolong Buang Syarikat Israel Dari Malaysia...Merbahaya...Israel Laknatullah

Ahli Parlimen , semuanya digesa agar memikirkan secara pemikiran terbuka berkaitan APCO ini. Janganlah kita disebabkan politik sempit masih pertahankan syarikat APCO ini yang memang sahih dan benar dari Israel. Ketahuilah saudaraku apabila Israel sudah menguasai semua perkara pertahanan , komunikasi , ekonomi dan politik ...tunggulah saat kematian negara ini.
Maka kita menyeru dengarlah hujah saudara DSAI mengenai APCO ini...siapa dalang semua ini? Jangan nanti kita menyesal tak sudah..ketika itu keluar air mata mutiara pun tak berguna lagi. Israel ini memang dasarnya hanya untuk menghancurkan umat Islam.Fikirkanlah wahai sahabat=sahabat Polis , KDN , Ahli Kabinet , Menteri , Timbalan Menteri , Senator-senator...berilah sedikit ruang untuk otak memikir semasak-masaknya isu ini...Malaysia diambang bahaya....awas....Malaysia di ambang bahaya...perisik Israel keluar masuk ke negara kita dengan mudah...
cerita selanjutnya di SINI

Aku Haramkan Duit Cukai Aku Walau Satu Sen...Untuk APCO Jahanam Israel....




Aku haramkan duit cukai aku digunakan kerajaan walaupun satu sen sekalipun untuk diberikan kepada company Israel...APCO..ialah pengakuan aku ini penting agar tercatat dalam niat aku tidak bersekongkol dengan Israel membunuh ribuan umat Islam di Palestin..Kerajaan adan wakil rakyat kerajaan patut melihat perkara ini agar mereka sama-sama menyahkan syarikat ini yang berkait langsung dengan Israel..
Klik sahabat informasi Yahudi Laknatullah...di SINI

Timbalan Speaker Cadang Bawa Mahfuz ke Jawatan Kuasa Hak...Parlimen..

Saya inginlah mencadangkan agar Timbalan Speaker tu menggantung semua ahli Parlimen ...bab nak cari sebab pandai-pandailah. Bior tak de wakil Pakatan kalau dah rasa teruk nak menjawap soalan mereka tu...Ahli Parlimen Pakatan ni bukannya satu kepala otak depa ni bergeliga..ada PHD..ada Ijazah kehormat...tak macam Be End ...yang otai dan lepas SPM pun boleh ada lagi...janji pandai ngampu dan bodek...ceritanya di SINI

Tuesday, April 6, 2010

Mana Tok Mufti ...Ini Rasuah Ke...atau Ape bendanye?

Para Tok Mufti di Malaysia ini yang rata-ratanya ilmu tinggi silalah beri teguran kepada wanita pertama Malaysia , One Malaysia..agar anda semua tak terheret sama ke dalam jurang lembah kehinaan. Apakah dibolehkan kita menjanjikan penubuhan PERMATA jika menang dan jika kalah pasti tiadalah.
Soal ini amat penting kerana rasuah itu tidak dibenarkan dalam Islam namun seperti biasa Tok Peti kita semuanya seribu bahasa membisu. Takut jawatan dilucut ke? seperti yang berlaku pada mantan Mufti Selangor , yang dipecat oleh Tun gara-gara mengharamkan pertandingan ratu cantik..
Nampak gayanya mereka ini seperti dijanjikan oleh kebencian di sisi Allah barangsiapa yang berkata tetapi tidak melakukannya..
Apakah perbuatan seumpama ini bukan rasuah...apa definisi rasuah sebenarnya?
Wahai orang yang berilmu , janganlah kamu mendiamkan diri ketika kamu tahu perkara itu salah atas dasar takutkan jawatan dan pangkatmu ...maka tiadalah bermakna ilmumu itu pada sisi Allah bahkan ia menjadi suatu bebanan yang akan menarikmu ke neraka...
Cerita tentang janjinya Rosmah ada di SINI

Monday, April 5, 2010

PRK Hulu Selangor..Rakyat Harus Bijak...

Rakyat di Hulu Selangor ditagih agar dapat berfikir secara mendalam kesan akibat pemilihan YB mereka nanti. Kekalahan Be End pastinya akan memberi mesej bahawa Be End perlu lebih bekerja kuat memberi keselesaan kepada rakyat dan betul-betul ikhlas memberi perkhidmatan tanpa menunggu kekosongan jawatan ADUN ataupun Parlimen. Seringkali kita melihat tatkala apabila pilihanraya kecil akan diadakan maka ketika itu sibuklah segala agensi kesihatannya , Pejabat Tanahnya , Kementerian Perumahannya,JKR nya dan segala-galanya memberikan perkhidmatan tip-top. Kalau sebelum ini sesuatu perkara seringkali ditunda , seperti penyelesaian perumahan terbengkalai ataupun kes-kes tertunda ekoran masalah birokrasi di bawah kuasa kerajaan pusat maka ianya dijanjikan selesai dalam suatu waktu yang amat singkat.
Inilah rezeki yang diterima andai seorang wakil rakyat mati ataupun meninggal dunia.Mungkin rakyat akan mendoakan lebih ramai wakil rakyat yang mati ataupun meninggal dunia kiranya mahu masalah mereka segera diselesaikan.Apapun rakyat Hulu Selangor pasti bijak menentukan halatuju pembangunan negara keseluruhannya.

PRK Hulu Selangor...Sengit

PRK Hulu Selangor kali ini adalah pilihanraya kecil Parlimen yang sengit antara Be End dan Pakatan. Hulu Selangor merupakan kubu kuat Be End sebelum ini namun PRU 12 memberikan suatu keputusan yang agak luar biasa. Be End akan menggunakan segala jentera untuk memastikan menang di kawasan ini. Maruah Najib pasti tercalar , andai kalah tambahan pula ulangtahun pertama kepimpinan Najib diadakan di situ. Saya mengandaikan jika calon kedua-duanya Melayu maka ia adalah pertarungan sengit buat kedua-dua parti bertanding. Kebijaksanaan rakyat amat ditagih dalam menentukan wakil rakyat yang dapat memberi khidmat ataupun hanya sekadar bergelar yang berhormat tapi tak sampai-sampai ke kawasan.
Rakyat perlu bijak ketika era global dalam menentukan pilihan yang boleh berkhidmat untuk rakyat. Pilihlah Pakatan agar kerajaan Be End berhati-hati dalam apa jua tindakan kerajaan berkaitan cukai , kepentingan rakyat tidak diabaikan.
Undilah calon Pakatan Rakyat...
There was an error in this gadget