Sunday, April 18, 2010

Ahmad Maslan Kata Kerajaan Selangor Zalim?






Memang mudah untuk menuduh tanpa asas sebegitu. Kerajaan Selangor zalim kerana tidak membenarkan pembinaan rumah di felda untuk generasi kedua.Inilah berita haprak untuk menutup pekung UMNO yang memang licik untuk menipu rakyat.

Bagaimana pula ketika mereka Be End menidakkan royalti Kerajaan Trengganu pada tahun pemerintahan kerajaan PAS?

Bagaimana pula ceritanya ketika Kerajaan Haram Zambry memansuhkan Ketua Kampung lantikan rakyat secara syura di negeri Perak?

Bagaimana Kelantan sepatutnya mendapat royalti 2 bilion , boleh pula diberikan ganti wang ehsan sebanyak 20 juta melalui Jabatan Pembangunan Negeri kelolaan UMNO , bukan disalur kepada Kerajaan PAS Kelantan?

Ahmad Maslan ni biasalah , dah ada jawatan Timbaln Menteri , Ketua Penerangan UMNO , maka pelbagai hujahlah yang dikeluarkan untuk menunjukkan bahawa beliau ini Ketua Penerangan UMNO..kalau tak susah jugak nak jawab kat Najib nanti..

UMNO dan Be End memang ada jasanya namun mereka ini perompak profesional, hebat , merompak harta rakyat atas nama pembangunan , merompak atas nama perkhidmatan , merompak secara terhormat , tengok diluar cantik belaka namun lagaknya begini ...rakyat dapat 1 juta , UMNO and the geng dapat ratusan juta...

No comments:

There was an error in this gadget