Friday, April 30, 2010

Bagaimana Kempen Cara Baru Dilaksanakan?

Saya bukanlah insan selayaknya berkata mengenai isu ini tetapi sekadar melontarkan pandangan kepada umum dan juga sesiapa yang berminat.
Cerita soal ceramah , Pakatan memang hebat dan Be End memang amat lemah dan lembik strategi untuk menarik golongan minat berpolitik untuk mendengar ceramah mereka. Walaupun Be End juga mempunyai pakar-pakar pemidato seperti Ibrahim alKataki , Ezam AlMenteri , namun ceramah mereka tandus dan kering disebabkan sikap hipokrit mereka dalam perjuangan rakyat menyeluruh. Rakyat keseluruhannya memerlukan perhatian dan tanggungjawab daripada wakil mereka namun apabila wakil sudah tidak tahu lagi untuk mewakili penduduk setempat maka punahlah imej mereka.
Bercerita cara baru saya menyokong sahabat blogger yang saya pautkan iaitu kaedah pemimpin besar Pakatan turun ke bawah bersalaman , bertanya khabar terus ke kawasan hitam agar mereka mendengar sendiri luahan dan cerita pemimpin besar.Ianya akan lebih memesrakan pemimpin dengan rakyat walaupun saat itu tidaklah lama. Kita tidak boleh mengharapkan pendengar yang ramai di kawasan ceramah kerana banyak kemungkinan pengundi kawasan tersebut tidak turun ataupun takut dan sebagainya.
Lebih manis dan indah anadai pimpinan bertemu rakyat bawahan , walaupun bilangannya hanya seratus dua namun , ketusukan emosi pengundi akan kekal lebih lama lagi.
Ianya lebih sesuai untuk pengundi luar bandar.
Bagi pengundi bandar yang sentiasa sibuk , mereka lebih memahami masalah pemimpin dan sekadar melalui akhbar dan internet sudah memadai.
Ceritanya di sini

No comments:

There was an error in this gadget