Saturday, April 24, 2010

Be End Memang Suka Berjanji Tapi Tak Tunai...





Sebenarnya seluruh rakyat dah tahu tembelang Be End ini , selalu berjanji juta-juta , sekolah , balairaya , mesjid ,tanah pertanian , tanah dan pelbagai peruntukanlah namun janji tinggal janji.
Kita boleh melihat di Manek Urai ,Kelantan begitu juga berlaku janji-janji palsu pembinaan jambatanlah , sekolah malah sehingga kini jambatan besar yang diwar-warkan dulu untuk diperbesar ,Jambatan Sultan Petra di Kota Bharu sampai kini tiada perkembangannya.
Berjanji , bersumpah selalu Be End lakukan namun setelah semuanya berakhir maka rakyat terkonteng-konteng tiada pembelaan. Itulah prinsip Be End dan rakan-rakan.
Pakatan Rakyat jauh berbeza , lihat saja kepimpinan Dato Nizar Menteri Besar Perak , hari-hari sibuk menguruskan kelulusan untuk tanah-tanah rakyat yang diperam oleh pemerintah sebelumnya untuk tujuan politik.
Rakyat perlu sedar di zaman yang canggih ini kalaulah kita diperbodohkan lagi amat rugilah ilmu pendidikan yang kita terima dahulu kerana untuk membezakan yang benar ataupun salah pun kita kabur.

UNDILAH PAKATAN RAKYAT , DATO ZAID IBRAHIM...PKR

No comments:

National Geographic POD