Sunday, April 18, 2010

Hulu Selangor...4 penjuru 1 PKR, 1 Be End , 1 UMNO , 1 MIC...





Walaupun kelihatan 4 calon , sebenarnya Be End telahpun berpecah 3 , Johan ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Shah Alam manakala Chandran pula orang kuat MIC..
Media haprak nasional seperti biasa tidak memperbesarkan isu yang menjadikan Be End sebenarnya telah berpecah kepada 3 kelompok dengan Kamalanatahn memperolehi undi lebih daripada kedua yang lain.
PKR pula hampir pasti mendapat seluruh undi yang telah diberikan oleh para pengundi ketika PRU 2008 maka tidak mustahil laluan mudah buat PKR untuk mempertahankan kedudukan. Orang Melayu Hulu Selangor ramai yang tidak berpuashati terhadap calun kerana lumrah dalam Be End , seseorang yang bukan dari kelompoknya pasti benar akan cenderung membuat kerja lebih berkepentingan untuk kelompok tersendiri.
Itulah adat mereka sehinggakan apabila pilihanraya maka lobi melobi calun menjadi suatu masalah buat Be End.
Pakatan Rakyat pula , apabila berlaku pilihanraya maka pucuk pimpinan bersama kelompok ahli bawahan boleh menerima sesiapapun difikirkan layak kerana wakil tersebut tidak akan condong kepada sesuatu pihak berkepentingan. Wakil rakyat Pakatan memberi perkhidmatan ataupun servis lebih menyeluruh dan adil merata untuk semua golongan.
Sesekali berlaku juga pertelingkahan pemilihan calun adalah akibat pewarisan sikap lama mereka yang dulunya berjuang dalam UMNO. Kebanyakan kes berlaku lebih ketara kepada sesuatu kawasan dimana dahulunya kawasan tersebut adalah kubu UMNO.
Wakil rakyat adalah suatu jawatan yang mempunyai banyak akses untuk menuju kekayaan dan pangkat. Inilah perebutan sebenar yang berlaku masa kini.Masalah ini kurang ketara buat PAS , kerana rata-ratanya pejuang dan pendokong PAS adalah golongan yang betul-betul memberikan jiwa dan raga untuk perjuangan suci menegak kalimah Allah.
Hulu Selangor kali ini , untuk bahagian pengundi yang akan mengundi Be End tellahpun berpecah tiga ekoran kewujudan orang lama MIC, Chandran dan jugan Johan , AJK Shah Alam.Kewujudan 2 insan bertiket bebas ini sedikit sebanyak akan memberi peluang lebih kepada Pakatan untuk memenangi parlimen ini.
Be End memang mencemburui akan kesepakatan yang wujud dalam Pakatan namun apa boleh buat , persepsi rakyat terhadap mereka dan tingkah laku ahli yang berhormat Be End sudah terpahat dalam minda yang tidak boleh dibuang.Persepsi yang Berhormat Be End akan memberi keuntungan untuk pihak tertentu dan meminggirkan pihak lain masih belum boleh diubati lagi. Saya mengesyorkan agar para pengundi pilihlah calun Pakatan Rakyat kerana beliau bertindak untuk semua kaum yang mempunyai masalah...

No comments:

National Geographic POD