Saturday, April 17, 2010

Hulu Selangor..Analisis Buat Pengundi ..






Hulu Selangor amat bertuah kerana kehilangan Allayarham Zainal memberi sedikit harapan dan tumpuan semua pihak dalam menunjukkan keprihatinan parti memperjuangkan isu-isu rakyat. Rakyat khususnya Hulu Selangor mestilah berkebolehan menganalisis segala fakta dan munasabahnya dalam memilih calon yang dipilih nanti. Mungkin ramai pihak merasakan isu-isu lokal lebih ditumpukan berbanding isu negara namun isu -isu penting negara tidak boleh dipinggirkan.
Buat Pakatan Rakyat terlalu banyak isu yang boleh diutarakan kepada pengundi samada mereka mahu menelannya ataupun tidak. Isu PKFZ tidak boleh kita pinggirkan begitu sahaja, sehingga kin wang rakyat berbilion entah ke mana.Tiada pihak yang boleh mengenengahkan isu ini agar jelas terbongkar pihak-pihak berkenaan agar rakyat tahu siapa dalangnya.Mungkin kita merasakan isu ini tiada kaitan namun bolehkah kita bayangkan jika berbilion wang rakyat ini jatuh betul-betul keatas rakyat..? Rakyat jua yang untungnya , namun apabila pemerintah yang bersekongkol merompak harta rakyat dan dilindungi oleh terma-terma tertentu , akta-akta tertentu maka apalagi harapan rakyat kepada pemerintah..
Rakyat bukan menolak BN kerana sakit hati ataupun dendam , tetapi apabila wang rakyat dipergunakan sewenangnya dengan pelbagai kesilapan ,rakyat yang menanggungnya.
Isu bahasa dimana Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa penghantar untuk Sains dan Matematik menyebabkan masyarakat Melayu khasnya alkan lebih terkesan , dimana ramai pelajar melayu tidak memahami soalan , maka ianya bukan melibatkan kerugian yang sedikit. Pendidikanlah alat terpenting sesuatu kelompok masyarakat untuk keluar dari garis kemiskinan. Namun kerajaan tetap berkeras walaupun prestasi yang ditunjukkan amat tidak memberangsangkan.Inilah mentaliti pemerintah yang mendahulukan kroni dan sahabat serta golongan kaya.
Rasuah , kalau berkaitan dengan pimpinan Pakatan , hanya sekadar niat untuk memberi dan tawaran sahaja boleh menjadi kes seperti mana dialami oleh Nik Aziz tetapi kalau pimpinan Be End seperti KHir Toyo , hantarlah beribu-ribu laporan mengenai penyelewengan yang ditimbulkan oleh Lutfi ketika Khir menjadi MB..sehingga kini tiada jawapan SPRM..lihatlah betapa wang rakyat sekali lagi dikorbankan hanya untuk segelintir seorang dua sahaja...rakyat yang lain kepenatan siang malam mencari wang.
Janji manis Be End hanyalah janji manis tatkala belun dapat , sudah dapat jadilah macam di Bagan Pinang .

No comments:

National Geographic POD