Tuesday, April 20, 2010

Hulu Selangor..Pertarungan Hidup Mati Be End Atau Pakatan...?






Pertarungan sengit dua insan mewakili Be End dan juga Pakatan Rakyat menentukan nasib dan arahtuju perjuangan rakyat. Kekalahan Pakatan membawa erti rakyat sudah putus asa ekoran masalah dalaman Pakatan terutamanya ahli parlimen PKR yang dulunya berkomited tinggi sanggup meninggalkan rakyat dengan masalah negara yang semakin meruncing.Kekalahan Pakatan bermakna rakyat tidak mahu lagi bersusah-susah memikirkan hal negara ini dan akan membiarkan perosak negara merompak segala khazanah dalam negara secara terhormat. Atas dasar pembangunan rakyat diperbodohkan hanya untuk segelintir kroni dan sahabat mengaut keuntungan hasil negara dengan penyelewengan yang amat bijaksana.
Andai Pakatan tewas maka segala tohmahan terhadap Pakatan dianggap benar oleh seluruh rakyat.
Rakyat Hulu Selangor khasnya adalah cerminan rakyat Malaysia keseluruhannya yang akan menentukan halatuju dan arah kebangkitan Pakatan dengan momentum kuat untuk memerintah ataupun melenyapkan terus obor perjuangan rakyat.
Andai Be End menang , bermakna rakyat akur penyelewengan PFKZ , kerugian besar pembangunan berbilion ringgit hangus atas dasar penyelwengan , rakyat akur Be End adalah wadah terbaik buat rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka.
Andai Be End menang bermakna rakyat menyokong kerajaan bekerjasama dengan APCO , syarikat Yahudi Laknatullah yang mengambil wang rakyat atas dasar pemasaran penjenamaan.
Penduduk Hulu Selangor mestilah memikirkan untung rugi bukan hanya untuk penduduk setempat tetapi mewakili aspirasi rakyat keseluruhannya yang inginkan kerajaan telus , bersih , cekap amanah di dalam tanggungjawab terhadap rakyat.

No comments:

National Geographic POD