Tuesday, April 27, 2010

Kematian Aminurasyid Perlu Disiasat Adil...



Polis tidak boleh lepas tangan mengambil tindakan terburu-buru sehinggakan berlakunya kejadian yang menimpa Allahyarham Adik Aminurrasyid . polis yang bertanggungjawab perlu disiasat , bagaimana polis mengambil tindakan seumpama ini dengan sewenangnya boleh melepaskan tembakan terhadap mangsa yang tidak merbahaya.
Kejadian seumpama ini perlu diadili dan disiasat sepenuhnya , jangan sampai ianya akan menjadi barah buat kerajaan. Jika kerajaan menganggap ini perkara enteng , dan membiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa tindakan maka rakyat akan menuding jari kepada kerajaan sebagai tidak adil.
Wang rakyat digunakan sewenangnya untuk menampung pembayaran kenaikan gaji polis namun ini pula yang dapat dihasilkan. Keselamatan rakyat sudah tidak terjamin lagi.
KDN wajar mengambil iktibar berusaha bersungguh-sungguh mencari jalan tengah penyelesaiannya , andai tidak mahu ianya menjadi isu besar negara.
Cerita sebenarnya di SINI
GANTUNG PEGAWAI TERLIBAT DAN SIASAT SEGALANYA..KALAU POLIS SALAH AKUI...KALAU BETUL BERIKAN HUJAHNYA..

No comments:

There was an error in this gadget