Thursday, April 22, 2010

Kerajaan Perak Zambry Tak Hormati Keputusan Rakyat Perak..






Ketidakhadiran ADUN Pakatan Rakyat Perak di Majlis Keputeraan Sultan Perak ekoran tidak dijemput amat memalukan buat seluruh rakyat Perak. Kerajaan Zambry ini tidak menggunakan otak yang diberikan oleh Allah untuk berdakwah. Kalaupun banyak tindakan ADUN Pakatan ini menyakitkan , ketika hari Keputeraan Sultan Perak perlulah mereka dijemput sama. Tidak menjemput mereka bererti Kerajaan Zambry ini tidak menghormati keputusan rakyat Perak memberi mandat kepada semua ADUN Pakatan tersebut. Rakyat Perak sekelian tidaklah kemaruk ingin memasuki istana , namun berwakilkan wakil rakyat kami sudahpun mencukupi. Rakyat Perak kecewa dengan tindakan pihak Kerajaan Zambry ini yang membelakangkan keputusan rakyat.
Ketika Nizar memerintah dahulu semuanya diberi tempat seadilnya , namun begini balasan mereka terhadap pimpinan Pakatan. Oleh kerana itu UMNO dan Be End sudah tidak relewan memerintah Perak lagi ekoran banyak tindakan berdasarkan dendam dan emosi. Ini bukan kepimpinan yang diperlukan oleh rakyat Perak.
Rakyat Perak bersungguh-sungguh menunggu pembubaran kerajaan haram ini agar Be End diajar secukup-cukupnya melalui undi rakyat.
Undi rakyat sahaja yang boleh mengajar mereka iaitu Be End samada langit itu tinggi ataupun cerah...
Ceritanya di SINI

No comments:

There was an error in this gadget