Wednesday, April 21, 2010

Pemilihan Zaid Ibrahim Tepat , Be End Masuk Perangkap...Isu Arak , Rasuah , Perempuan Dan Judi Jadi Kempen...






Apabila meneliti senario Pakatan Rakyat memilih Zaid daripada Dr Halili , ramai yang agak terkejut dan tidak kuarang juga gembira. Dr Halili kelihatan bersih namun kesetiaannya boleh dipersoalkan tambahan pulak pengumumannya keluar parti dan masuk UMNO menunjukkan keputusan itu tepat.
Zaid , bekas menteri UMNO yang meletak jawatan atas dasar prinsip amat berlainan dengan spesies UMNO yang lain. Kita lihat bagaimana KM Melaka yang sudahpun terpalit ekoran rasuah masih lagi degil dengan jawatannya , kita lihat Khir Toyo ,walaupun berbelas laporan penyelewengan ketika menjadi MB Selangor bersikap seperti itu juga.
Tidak pernah wujud pemimpin UMNO yang meletak jawatan seperti Zaid Ibrahim.
UMNO dan rakan -rakan menyerang peribadi Zaid yang beliau sebelum ini kaki minum walhal ramai sekali pemimpin UMNO yang tak terlepas dari meneguk air syaitan itu. Boleh dikira bilangan mereka yang tidak terlibat rasuah , seks , wanita dan judi.
Kita masih ingat pemimpin UMNO Sabah yang rugi dan berhuitang dengan syarikat perjudian...
Tiada pernah kita dengari kes mengenai perkara di atas dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Pilihanraya Hulu Selangor menjadi titik mula serangan peribadi yang selama ini kita hormati namun apabila serangan telah dilakukan oleh pihak musuh maka kita wajib menyerang kembali dengan senjata yang sama. Be End telah memulakan episod yang memalukan yang akhirnya memalukan mereka sendiri lantaran penglibatan pemimpin mereka terlalu banyak dalam skandal seks , wanita , judi dan arak...

No comments:

There was an error in this gadget