Monday, April 5, 2010

PRK Hulu Selangor..Rakyat Harus Bijak...

Rakyat di Hulu Selangor ditagih agar dapat berfikir secara mendalam kesan akibat pemilihan YB mereka nanti. Kekalahan Be End pastinya akan memberi mesej bahawa Be End perlu lebih bekerja kuat memberi keselesaan kepada rakyat dan betul-betul ikhlas memberi perkhidmatan tanpa menunggu kekosongan jawatan ADUN ataupun Parlimen. Seringkali kita melihat tatkala apabila pilihanraya kecil akan diadakan maka ketika itu sibuklah segala agensi kesihatannya , Pejabat Tanahnya , Kementerian Perumahannya,JKR nya dan segala-galanya memberikan perkhidmatan tip-top. Kalau sebelum ini sesuatu perkara seringkali ditunda , seperti penyelesaian perumahan terbengkalai ataupun kes-kes tertunda ekoran masalah birokrasi di bawah kuasa kerajaan pusat maka ianya dijanjikan selesai dalam suatu waktu yang amat singkat.
Inilah rezeki yang diterima andai seorang wakil rakyat mati ataupun meninggal dunia.Mungkin rakyat akan mendoakan lebih ramai wakil rakyat yang mati ataupun meninggal dunia kiranya mahu masalah mereka segera diselesaikan.Apapun rakyat Hulu Selangor pasti bijak menentukan halatuju pembangunan negara keseluruhannya.

No comments:

There was an error in this gadget