Monday, April 5, 2010

PRK Hulu Selangor...Sengit

PRK Hulu Selangor kali ini adalah pilihanraya kecil Parlimen yang sengit antara Be End dan Pakatan. Hulu Selangor merupakan kubu kuat Be End sebelum ini namun PRU 12 memberikan suatu keputusan yang agak luar biasa. Be End akan menggunakan segala jentera untuk memastikan menang di kawasan ini. Maruah Najib pasti tercalar , andai kalah tambahan pula ulangtahun pertama kepimpinan Najib diadakan di situ. Saya mengandaikan jika calon kedua-duanya Melayu maka ia adalah pertarungan sengit buat kedua-dua parti bertanding. Kebijaksanaan rakyat amat ditagih dalam menentukan wakil rakyat yang dapat memberi khidmat ataupun hanya sekadar bergelar yang berhormat tapi tak sampai-sampai ke kawasan.
Rakyat perlu bijak ketika era global dalam menentukan pilihan yang boleh berkhidmat untuk rakyat. Pilihlah Pakatan agar kerajaan Be End berhati-hati dalam apa jua tindakan kerajaan berkaitan cukai , kepentingan rakyat tidak diabaikan.
Undilah calon Pakatan Rakyat...

No comments:

National Geographic POD