Friday, April 30, 2010

Undi Kaum Melayu Melalui Provokasi...?



Be End walaupun mencanangkan 1Malaysia , namun apabila tiba pilihanraya sering menggunakan isu perkauman sempit , cerita komunis , cerita Cina bunuh Melayu , Masalah Murtad dan sebagainya hanyalah alat untuk mendapat undi semata-mata sahaja.
Pakatan lebih telus dan terbuka mengakui wujud sedikit kesukaran untuk menangani masalah perkauman ini namun begitu telus dan yakin keterbukaan meluah pendapat dan juga adanya mekanisme tersendiri dalam mengatasi isu-isu perkauman dilihat lebih bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam mewarnai politik Malaysia seterusnya.
Penggunaan isu perkauman sempit dan keagamaan yang dilakukan oleh Be End ini yang dipelopori oleh UMNO hanyalah membawa negara mundur ke belakang.
PAS yang lebih terbuka dan berpegang kepada Islam dilihat semakin diterima oleh seluruh masyarakat Malaysia. PAS begitu bersungguh-sungguh untuk mengaplikasikan Islam itu mentadbir dengan memberi segala ruang terbuka kritikan dan luahan rakyat , begitu bersungguh juga menangani masalah rasuah yang merosakkan ekonomi negara , masalah jenayah yang mencabul sosial rakyat , masalah dadah yang merosak generasi muda dan sebagainya.
Mahatir telahpun mengakui Be End seringkali berdolak-dalik dan sentiasa mengapikan perkauman mengikut kawasan pilihanraya setempat. Apabila kawasan tersebut Melayu menjadi penentunya maka peranan UMNO akan menonjol. Kita lihat mana ada jentera MIC ketika Pilihanraya kecil Hulu Selangor. Lebih menonjol adalah UMNO dan PERKASAM mengapikan segala isu yang boleh diapikan.
Jika kawasan tersebut pola aliran menunjukkan kaum Cina penentunya , maka keterbukaan ditonjolkan 1Malaysia dicanang hebat , Cina dipuji kerana memberi ekonomi hebat buat negara , kononnya...inilah politik perkauman Be End yang tidak jelas dan kabur.
Andai kawasan tersebut akan ditentukan kemenangannya oleh kaum India , maka ramailah jentera MIC yang akan menonjolkan taktik dan wayangnya membela segala estet , semua estet dan ladang akan dinaik taraf , gaji pekerja estet akan dikaji dan sebagainya.
Lagu dan lenggok tari dalam Be End hanyalah begitu , pusingannya sahaja berubah namun dasarnya memang begitu....DASAR PERKAUMAN SEMPIT...
Cerita selanju di SINI

No comments:

National Geographic POD