Monday, May 31, 2010

Desus ADUN Kuala Nerang , Syed Sobri Nak Masuk PAS..Jaga-jaga Jangan Jadi Perak ke 2...?

Desus-desus menyatakan ADUN Kuala Nerang , Syed Sobri dikatakan tidak berpuashati dengan Be End. Beliau juga dijangka untuk membuat roadshow ke seluruh Kedah. Harapan kita pimpinan Negeri Kedah agar berhati-hati , jaga gerak geri Exco dan pantau semua ADUN tak kira PAS , PKR ataupun DAP. Semua perlu diperhatikan kerana dalam kesibukan roadshow mereka Be End menjalankan jarumnya ke atas ADUN - ADUN tersebut.
Apakah kita masih ingat bagaimana Adun Bota , Nasharuddin boleh mempengaruhi Datk Seri Anwar Ibrahim ketika rancangan mereka merampas Perak? Adun Bota itupun ada membuat roadshow ceramah mereka ketika itu , sehinggakan kita lupa musuh sudah memasang jeratnya..
Oleh itu janganlah pisang berbuah dua kali...dua kali jugalah kita kena kencing...
Mana ada sejarah orang UMNO masuk PAS , ketika mereka masih berjawatan ?
Oleh itu jaga-jaga , hati-hati tau...jangan kena berak lagi...MALU...MALU...MALU....

Sunday, May 30, 2010

Subsidi Beransur-ansur Dihapuskan...

Kerajaan tidak akan lagi memberikan subsidi untuk rakyat sedikit demi sedikit masa lagi. Keputusan itu dari satu segi nampak baik , kurangnya bebanan kerajaan terhadap rakyat. Masalah yang timbul adalah kerajaan sepatutnya menyediakan perkara penting terhadap rakyat dengan memberikan peluang-peluang pekerjaan melalui pelabur-pelabur besar agar melabur di Malaysia seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat. Tanpa pendapatan tinggi bagaimana rakyat boleh menampung kos hidup yang semakin meningkat.
Sepatutnya nilai gaji minimum akan dinaikkan untuk semua rakyat seterusnya sektor swasta juga pasti berupaya dengan insentif yang diberikan kerajaan akan mampu majikan memberikan gaji yang baik.
Kerajaan juga perlu telus kepada rakyat , ketika mana rakyat ingin mengetahui perbelanjaan negara , maka kerajaan berupaya memberikan jawapan rasional dan telus.
Kebocoran dan ketirisan projek kerajaan yang sentiasa merugikan rakyat sepatutnya diambil tindakan tegas oleh kerajaan demi menyelamatkan wang rakyat. Kerajaan sering menagih simpati daripada rakyat..rakyat perlu lebih patriotik kepada negara namun dalam hal mengurus wang rakyat kerajaan besikap sambil lewa dan buat tak tahu terhadap kebocoran , salahguna wang rakyat, rasuah dan sebagainya.
Kes PERWAJA yang merugikan berbilion wang rakyat sehingga kini terperam , kes jambatan bengkok ratusan juta wang rakyat lebur , kes pembelian Scorpene kapal selam dianggarkan ratusan juta wang komisen rasuah, kes Marina Harbour di Kedah puluh jutaan wang rakyat lebur , kes pembelian Eurocopter diberitakan harga pembelian melalui syarikat di Malaysia ini terlampau tinggi daripada harga pasaran luar ,dan pelbagai lagi projek runtuh di Trengganu sehingga kini tiada insan yang bersalah.
Rakyat bukan mahukan subsidi diteruskan demi negara namun rakyat tidak rela wang rakyat dibaham secukupnya oleh segelintir perompak berstatus ahli karparat yang dilindungi oleh ahli politik besar kerajaan.
Kita liaht dulu cara pembelian mAS daripada Tajuddin Ramli , ianya dibeli kerajaan pada harga tinggi melebihi harga asal pasaran . Mengapa tidak dibeli harga pasaran?
Itulah permainan licik mereka yang bergelar karparat yang berselindung nama kononnya syarikat usahawan Melayu perlu dipertahankan.
Jangan kerajaan bermain politik dengan rakyat , buanglah segala subsidi , nanti tahu kerajaan diajar cara berpolitik. Tunggu nanti PRU 13 , kami seluruh rakyat akan menjadi patriotik terhadap negara , mana-mana pemimpin yang menyedut wang rakyat atas nama apa sekalipun akan dihumban keluar daripa menduduki kerusi Parlimen ataupun ADUN...

Friday, May 28, 2010

Siapa Taek Jho Low...? Kerabat Siapa ? Kroni Siapa ..?


Menurut maklumat terbaru Taek Jho Low , ahli perniagaan terhebat mampu berbelanja mewah dengan selebriti Hollywood...kaya sungguh dia ni...
Maklumatnya di sini

Tugas SPRM Semakin Berat..Atau Pejam Mata Je...Slogan Saja Lebih...?

SPRM dilihat terpaksa bekerja keras apabila Anwar mengumumkan adanya bukti kukuh pembabitan ahli PKR merangkap Ahli Katak Parlimen yang melompat mendapat habuan dari pihak-pihak tertentu. Pengumuman ini dilihat sebagai penyerangan Anwar dan rakan Pakatan dalam kempen selepas kemenangan bergaya Sibu.
Kepimpinan Najib dan Muhyiddin dilihat semakin tertekan berikutan banyak sekali berita-berita dan tuduhan-tuduhan Pakatan Rakyat tidak lagi mampu dijawap. Sekadar membekukan jawapan masuk ke dalam peti ais bermakna semakin menjadi parah sokongan rakyat terhadap Be End. Pasti ramai ahli UMNO yang berpegang kuat dengan Islam tidak lagi tahan untuk bersekongkol dengan Najib yang meluluskan judi bolasepak dunia.
Walaupun dianggarkan terdapat kira-kira 3 juta ahli UMNO seluruh negara namun bukan semuanya akan pasti mengundi Be End ketika pilihanraya PRU 13 nanti yang dijangka April 2011.
Semakin SPRM dilihat hanya membisu batu , semakin buruk imej Be End pimpinan Najib 1Malaysia ..tiada jalan mudah untuk Najib memenangi hati rakyat..ketelusan dan amanah adalah motto rakyat masa depan...cerita di sini

Judi Disepakati Semua Merosakkan...Tunggu Apa Lagi...

Demontrasi telah pun berlaku di banyak negeri dengan sokongan orang Islam begitu juga bukan Islam. Langkah seterusnya Pakatan Rakyat perlu menghentikan pemberian lesen syarikat judi dan membatas sehingga menjadi zero. Itu adalah langkah yang perlu diambil oleh semua negeri Pakatan Rakyat sementara negeri lain kita kenalah berusaha agar kerajaan Be End juga berbuat demekian.
Kita boleh memikirkan cara untuk mendapatkan wang dengan cara-cara lain , menambahbaik pengurusan PBT dan kerajaan , mengurus tadbir agar tidak berlaku pembaziran yang tidak perlu. Ianya mestilah didokongi semua pihak baik rakyat mahupun pemerintah.
Zakat dan cukai perlu diperhebatkan agar semua yang layak perlu membayar cukai pendapatan tersebut. Melalui langkah yang pelbagai dan iringan doa InsyaAllah kita tidak bergantung dengan judi yang telah lama mencengkam seluruh kehidupan rakyat Malaysia yang bencikan judi...
Apa kata Mufti? Apa kata pemimpin Be End ? Apa kata pemimpin PAS , PKR , DAP ?
Itu langkah terbaik untuk menjadikan negara bersih judi 2020...

Thursday, May 27, 2010

Malaysia Darul Kasino...?

Oh rupanya hebat jugak Malaysia ni...patutlah kita gunakan slogan OneMalaysia sebab semuanya nombor satu. Bab judi pun kita dapat mengalahkan Amerika yang punya banyak kasino tetapi kita berjaya mengalahkan mereka. Syabas kita telah mengungguli carta dunia. Namun bila bercakap di depan orang kampung ketika pilihanraya kita cerita kita Negara Islam Hadhari..
Mufti kita senyap nampak..mungkin kasino Genting ni halimunan kot...tak nampak..jadi tak payah nak dakwah lah...yang heran tu bab khilafiah heboh kita satu dunia ...bab judi ni dah putus orang ada ilmu cakap qatii..kalau tanya kat Jamil Khir dia tahula..ataupun Ustazah Masitah kita tu pun tahu makna qatii tu..ye tak?
cerita di sini

Wednesday, May 26, 2010

Tatkala Ada Kuasa Tegurlah...Judi Itu Haram...


Gambar diatas menunjukkan Najib mempengerusikan Mesyuarat Hal Ehwal Islam , Islam apa aku tak tau..yang pasti mereka telah luluskan judi bolasepak sempena Piala Dunia 2010 di Afrika. Ustaz dan Ustazah yang dulunya dikenali penceramah hebat dan besar kini hanya tinggal bekas sahaja. Bolehke kasi tau sama Najib...Judi itu haram...
Memang sukar kita hendak laksanakan apa yang sering kita laungkan

Keputusan Mahkamah Persekutuan Jelas...Rakyat Sendiri Kena Tentukan Nasib...?

Mahkamah Persekutuan telah menolak dengan kos permohonan Sivakumar untuk menggugurkan 3 Adun Katak di Perak , ini bermakna Mahkamah dengan jelas menunjukkan isyarat bahawa semua perubahan yang ingin dilakukan mestilah rakyat tentukan.Rakyat perlu faham bagaimana rasanya mereka yang diberi suap oleh Kerajaan memerintah akan membuat keputusan yang menidakkan kebaikan pemerintah. Maksudnya seperti hendak menderhakai kepada pemerintah yang memberi mereka segala-galanya. Maka rakyatlah hakim sebenar yang perlu melakukan tindakan seterusnya. Konsep pengasingan kuasa hanyalah retorik semata-mata tidak lain hanya laungan kosong untuk menunjukkan negara ini demokrasi berperlembagaan . Maka rakyat perlu akur dan bersetuju dengan pandangan bahawa sesuatu perubahan mestilah rakyat yang usahakan. Kalau kita ingin lihat pemerintah yang usahakan , jauh panggang dari api.
Mesej yang mahkamah sampaikan kepada semua rakyat Malaysia jelas.

JIKA ANDA MAHUKAN PERUBAHAN , UNDI ANDA TENTUKAN....

ceritanya di sini

Tuesday, May 25, 2010

Judi Bola Dah Dihalalkan Najib , Mana Pergi Pejuang Melayu Islam @ Pak Janggut , Zahrain , Firdaus , Mohsin , Ezam

Ramai kalangan ExPKR yang keluar tempohari dulu adalah antara pejuang Islam Melayu tersohor diseantero Malaysia ini.Mereka ini lantang memperkatakan mengenai Islam itu mendahului jiwa raga Melayu mereka. Namun apabila kerajaan meluluskan judi mereka ini mengucing mendiamkan diri, mungkin dah kenyang kot...baru dapat makan sepinggan dua..
Mengapa jadi begitu? kKalau dulu hal murtad , hal nama Allah begitu gegak gempitanya mereka walhal nama Allah begitu banyak pandangan yang boleh dipakai.
Kes judi telah Allah tetapkan maisir didalam ayat Allah adalah haram di sisi Allah. Perkara putus qati ini mereka tak perkatakan , mereka diam membatu...inilah yang dipanggil jin-jin bisu..mereka hanyalah manusia yang menggunakan sesuatu isu untuk melepaskan tengkuk sendiri...yang menjadi masalah ialah mereka dipilih oleh sekian ramai rakyat..maka kembalilah asalnya..asal anak Adam itu tanah..maka pergi balik tanahlah..dengan kata lain
KAMU SEMUA ORANG PI LETAK JAWATANLAH..INI RAKYAT SOKONG PARTI PKR ..BUKAN INDIVIDU HAPRAK...

Monday, May 24, 2010

Khas Untuk Adun @ Ahli Parlimen Yang Teringin Lompat...

Buat ADUN dan Ahli Parlimen yang teringin nak lompat , fikirlah yang sebelum ini kita gunakan jentera parti selepas itu kita tinggalkan parti tersebut? Tiada perasaan belas setelah kita gunakan mereka dan cita-cita tercapai kita larikan diri...
Banyak sangatkah masalah dengan Pakatan? Adakah pemimpin mereka langsung tiada ciri pemimpin yang mendengar masalah rakyat?
Apakah pemimpin Pakatan hanya pandai bercakap sahaja..? Mungkin terdapat kesilapan pimpinan Kerajaan , namun mereka sebagai Adun atau Ahli Parlimen boleh mengingatkan terus kepada pemimpin tersebut dan fikirlah samada masalah itu memang boleh diselesai ataupun memerlukan masa untuk diselesaikan...
Andai mereka ahli biasa tidak mengapa , ini mereka adalah Adun dan Ahli Parlimen yang dahulunya sering berceramah ke hulu hilir , apabila diuji dengan sesuatu maka rebahlah mereka ini...
Jadi kesimpulannya sebelum berhasrat nak jadi YB , muhasabah diri samada diri ini memang suka kerja kemasyarakatan , masa banyak terluang untuk masyarakat , boleh turun naik sibuk , ganjaran rasuah tiada , ganjaran kauteam tiada , ikhlas , amanah , bersih , tiada masalah kewangan , tiada masalah sosial dan banyak lagi perlu difikirkan. Ini tidak bila tiba suatu masalah...habis lompat parti...kononnya masalah beliau settle...padahal tidak juga...

Friday, May 21, 2010

MIC Bakal Berkubur ...Pengkritik Dipecat...Mugilan...oh Mugilan...

MIC pasti akan hancur dan musnah andai Mugilan dipecat. Tiada lagi insan di dalam MIC boleh mengkritik Samy Vellu . Penat lelah pejuang di dalam MIC untuk mendapatkan undi India bagi Parlimen Hulu Selangor dihadiahkan dengan pemecatan Mugilan. Mugilan adalah pilihan UMNO , manakala Palanivel pula pilihan MIC. Atas alasan kompromi maka Kamal-Natha-alan pula yang diberi tugas sebagai calon Hulu Selangor.
MIC mendakwa telah berjaya menarik sokongan orang India ke pangkuan Be End , namun mereka juga tidak menyedari sokongan yang diterima oleh Kelab Penyokong PAS yang akan dinaikkan taraf sebagai dewan. Pelbagai pihak mendakwa sokongan telah kembali , pada hakikatnya rakyat sudah semakin cerdik dan matang dalam proses demokrasi ini. Inilah matlamat utama agar rakyat celik politik dan dapat merasai kenikmatan hidup di negara yang amat kaya sumber petroleumnya , sumber hutannya , sumber galiannya dan juga kehebatan intelektualnya.
Hulu Selangor , kalau diberikan kepada Be End sekalipun bukanlah petunjuk sokongan telah kembali , cuma percaturan SPR dan jentera rasuah janji politik yang mempengaruhi sokongan kawasan yang masih dalam pembangunan. Rakyat Hulu Selangor berhak mendapat hak pembangunan yang telah lama ditumpukan di Lembah Klang sahaja.
Cuma apakah hak dan janji-janji tersebut ditunaikan atau Be End selamanya begitu..berjanji dan tinggalkan janji kosong...Janji bagi mereka hanyalah luahan kosong tak bermakna di sini

Thursday, May 20, 2010

Apabila Pemimpin UMNO Bercakap Soal Islam...Kebencian Disisi Allah..




UMNO selalu menggunakan Islam , apabila ianya terdesak inginkan sokongan Melayu Islam , maka ramailah kalangan kita yang termakan umpan dan terjerat. Ramai kalangan tok-tok haji , mak-mak haji yang balik Mekah pun tidak bisa melihat kebenaran yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Judi yang terlampau banyak di Malaysia ini semuanya mempunyai kaitan dengan UMNO . Pemimpin UMNO tak perlulah bercakap soal Islam , pada mereka Islam itu hanya benteng ketika nazak . Setelah itu Islam ditinggalkan. Judi dengan UMNO bagaikan isi dengan kulit. Di sini

Wednesday, May 19, 2010

Sistem Nilai Media Haprak ...

Media seringkali mempengaruhi pemikiran pembacanya , begitu jugalah apa yang dilakukan oleh media nasional yang penilaian mereka terhadap sesuatu isu itu amatlah menyeleweng.
Boleh bayangkan isu kelulusan judi bola langsung tiada bunyinya , mana ada pengarang yang berani menulisnya ( media nasional lah )...kalau tulis mungkin sudak diarah kemas barangnya dan berambus...itulah media nasional yang dikuasai pemerintah.
Media nasional pemerintah hanya membuat ulasan berita yang enak dan molek bagi pemerintah , yang pahitnya disembunyikan. Sikap sebeginilah mengelirukan dan memualkan masyarakat , lantaran itu produk mereka tidak laris. Tiada ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap nilai yang baik dan murni. Isu judi bola diluluskan dan juga isu Bung Mukhtar berpoligami adalah isu yang menjelaskan prinsip media nasional...
ceritanya di sini

Tuesday, May 18, 2010

Undi POS Penyelamat Kalah Besar...?

Undi Pos memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan ataupun kekalahan seseorang calon. Tanpa undi Pos pasti ramai pemimpin UMNO tidak dapat menduduki kerusi Parlimen ataupun ADUN. Itulah sebabnya SPR tidak berganjak membenarkan undi pos ini. Undi pos bolehlah diibaratkan bonus besar buat calon Be End. Kita boleh lihat kawasan Pekan , PM sendiri begitu banyak kem-kem tentera diwujudkan seterusnya meningkatkan undi pos untuk beliau. Suatu ketika Najib memenangi PRU 1999 undi majoriti sekitar tiga ratus sahaja tetapi selepas persempadanan semula ketika PRU 2004 melonjak majoritinya menjadi puluhan ribu...Ya undi poslah penyelamat Najib dan ramai rakan-rakan beliau.
Selama lagi undim pos itu diwujudkan selagi itulah perjuangan menuntut keadilan demokrasi tidak padam. Undi pos banyak sekali dimanipulasi oleh Be End. Mungkin suatu hari nanti akan wujud banyak kem di setiap kawasan Parlimen untuk memastikan kemenangan Be End. Ketika itu kerajaan melaungkan demokrasi berperlembagaan melalui undi rakyat namun , kelebihan banyak kepada mereka. Ketika itu kita akan gelar mereka kabinet undi pos....di sini

Monday, May 17, 2010

Post Mortem Kekalahan Be End...

Mengapa Be End kalah...?
Antaranya Be End selalu menggunakan media nasional mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menggunakan isu perkauman sempit , walhal siapa yang menggunakan isu tersebut?
Media dipergunakan memperlekeh kaum lain melalui Perkasa , di suatu keadaan yang lain mereka Be End memainkan isu perkauman sempit pada orang Melayu. Mereka katakan Cina , walaupun datang sehelai sepinggang namun tetap boleh berjaya memperdayakan Melayu , memijak Melayu untuk mencapai kejayaan , itulah cerita Be End mengapi-apikan Melayu dan dimasa lain mengapikan Cina pula suatu ketika yang lain . Pakatan memilih untuk bermuafakat dengan penuh tanggungjawab , terbuka membincangkan sesuatu isu perkauman dalam skop yang ada batasnya , ianya lebih telus dan menarik jika dibandingkan misi Be End suka mempermainkan isu dan bukan telus menangani masalah , cuma memperlambatkan penyelesaian...itulah Be End.
Namun kedatangan Pakatan yang jauh lebih telus walaupun mempunyai pelbagai masalah , jelas lebih menarik dan bertanggungjawab kepada rakyat.Be End perlu merungkai masalah ini supaya tindakan lebih adil untuk semua rakyat. Kini rakyat lebih berpelajaran , lebih bertolenrasi , lebih inginkan keteluasan dan terbuka. Isu ini sahaja , jika Be End berjaya merungkainya pasti sokongan kembali kepada mereka..Pakatan Rakyat jauh lebih telus dalam isu perkauman sempit ini...

Sunday, May 16, 2010

Keputusan Sibu...Petanda Buruk Buat Be End...

Tewas , itulah keputusan pengundi Sibu , tewas buat Be End , menang bagi Pakatan Rakyat. Walaupun pelbagai jentera telah digunakan namun akibat penolakan rakyat yang kuat maka Be End akhirnya tersungkur. Adat permainan , ada kalah dan menang.
Be End harus menyedari bahawa rakyat keseluruhannya kini bukan lagi seperti dulu , sesuatu isu mudah buat kerajaan ingin ekploitasikan tetapi rakyat lebih cerdik dan berhati-hati dalam tindakan. SPR , walaupun bersungguh-sungguh mencari apa-apa kertas undi yang mungkin sedikit rosak agar dikira betul namun ianya masih tidak mencukupi untuk memenangkan Be End.
Ketika ini tiada mana partipun boleh mendabik dada mengatakan bahawa mereka kuat , namun keputusan malam ini menggambarkan perubahan minda rakyat sudah sampai ke Sarawak.
Isu yang sengaja dicipta sedikitpun tidak memberi apa-apa erti buat pengundi.
Janji-janji Be End yang begitu banyak pastinya akan ditagih , kalau tidak diberi bermakna Be End pembohong.
Tahniah Pakatan Rakyat...gelombang Sibu bakal menenggelamkan Ne End buat pertama kali pada PRU13 nanti.

Friday, May 14, 2010

Umat Islam Bantah Judi Haram..Polis Negara Islam Ganggu..Negara Islamkah Malaysia..?

Peristiwa gangguan polis terhadap perhimpunan aman membantah judi bola 2010 amatlah dikesali. Inikah kerajaan yang dahulunya menganggap negara Islam maju , atau negara yang pernah menerajui Pengerusi OIC ?
Mana maruah pemimpin negara yang kononnya mengamalkan Islam Hadhari? Mungkin sekarang mereka kata mereka sekarang mengamalkan 1Malaysia , bukan lagi Islam Hadhari Pak Lah..
di sini selanjutnya

Thursday, May 13, 2010

Judi Sukan Bola Sepak World Cup 2010...Ramai Akan Muflis..Bangkrap..?



Apabila kerajaan memperakui bolehnya judi yang haram ini menjadi suatu aktiviti halal buat kerajaan , seterusnya mendapat hasil cukai judi itu untuk kegunaan kerajaan maka bolehlah disimpulkan kerajaan berusaha memufliskan rakyat menjadi miskin. Industri judi ini akan menjadikan sebahagiannya , hanya segelintir kaya tetapi ramai yang akan miskin.
Tunggulah apabila habisnya musim Piala Dunia ini jangan terkejut ada yang mati bunuh diri , ada yang jual anak , ada yang menjadi bangkrap , ada yang lari hutang , dan rompakan bertambah...kita lihatlah nanti.
Kerajaan Malaysia ini seringkali menggunakan Islam , kononnya negara Islam , berbicara penyelesai masalah ummat Palestin , orang tengah untuk Pejuang Moro , Berkebajikan terhadap mangsa gempa bumi namun judi , arak , pelacuran juga diberi lesen besar untuk beroperasi.
Gejala sosial dan jenayah yang berlaku sekarang adalah manifestasi kehendak pemimpin kita sebenarnya. Itulah acuan didalam sanubari mereka , pemimpin sekarang yang mengakibatkan terserlahlah hasil yang disemai....

Wednesday, May 12, 2010

Judi Sudah Lulus , Mana Mufti Hebat...? Tak Ada Fatwa ke Judi Itu Haram? Memang Haramjadah...

Aku terpaksa memaki hamun sebab ini perkara adalah berkaitan judi haram. Aku tak tahu Mufti mana yang boleh nasihatkan Pak Menteri..tiada yang berani kerana benar..terasa kehilangan bekas Mufti Selangor yang selalu berkata benar walaupun pahit.
Para mufti yang tinggal kini hanyalah mufti yang lebih kecintaannya kepada keduniaan dan pangkat. Walaupun telah jelas haram judi itu , tiada keterangan langsung mereka bicarakan dalam media. Mereka ini hanyalah mufti yang menjadi alat untuk meredakan sokongan rakyat kepada Pakatan yang lebih telus dan jelas. Mufti ini bercakap seolah-olah merekalah yang benar namun sebanarnya mereka semakin jauh.
Inilah duniaku Malaysia yang penuh dengan kepura-puraan. Para mufti bercakap soal haram halal , namun bila derdepan dengan pemerintah semuanya boleh....Malaysia Boleh...
Malaysia Boleh...Rakyat Malaysia Judi Boleh...1Malaysia Judi Boleh....
di sini

UMNO , Jika Mahu Tumbangkan Kedah Tolong Ikut Saluran...

UMNO diingatkan harus bertindak dengan betul dan mengikut saluran demokrasi dan bukan seperti mana yang berlaku ke atas Perak. Peritiwa tumbangnya Kerajaan Perak Pakatan Rakyat amatlah memalukan buat seluruh rakyat Malaysia . Ianya menjadi sejarah dan bahan ketawa oleh pengamal undang-undang , kononnya Malaysia adalah negara demokrasi.
UMNO perlu bijak bertindak jika bermimpi untuk menawan Kedah , namun hakikatnya andai berlaku pilihanraya belum tentu Be End dapat menguasai Kedah.
Berlakunya peristiwa rampasan negeri Perak masih lagi diingati seluruh warga Perak yang hanya menunggu tibanya pilihanraya. Be End tidak akan menang mudah seandainya berlaku pilihanraya.
Melihat senario sekarang ada kemungkinan berlaku pembelian ADUN yang kelabu mata dengan wang ringgit , projek dan sebagainya tidak dapat dinafikan ekoran Ezam , telahpun dilantik Senator yang bertindak sebagai pengarah Projek katak-katak yntuk melompat.
cerita di sini

Pendedahan Bermula..Liwat 2..

Kes liwat memasuki babak yang lebih penting , karektor-karaktor utama pembikinan yang membawa penglibatan ACP Rodwan ( terlibat juga ketika liwat 1 ) , Ketua Polis Negara Musa Hassan ( aktor penting pembawa bahan bukti tilam penuh air mani ) , Najib Tun Razak ( PM 1Malaysia ) , Khairul Annas ( watak pengantara ke PM ) , Ezam Mat Nor ( penasihat / pakar rujuk untuk bersumpah ) .
Mereka ini akan dipanggil untuk memberikan gambaran kejadian liwat , hubungan dengan Saifoul dan memberikan hujah penegasan liwat itu benar-benar berlaku.
Ezam yang menghabiskan pembacaan Al Quran di penjara ketika era reformasi juga akan berkemungkinan memberikan kesaksian mengenai peristiwa liwat ini...
Apakah kejadian liwat ini benar-benar berlaku? Melihat kepada bukti fizikal tiada lansung bukti yang disahkan oleh pakar-pakar perubatan , namun kesungguhan pihak pendakwa menunjukkan ada motif politik untuk mematikan karier Anwar Ibrahim...
di sini

Imej Mahkamah Malaysia Merudum...

Pertuduhan yang dilakukan antara paksaan dan sukarela adalah sama..itulah kenyataan yang paling tak masuk akal. Bolehkah anda menerima bahawa kenyataan mangsa rogol dengan menyatakan dipaksa atau rela adalah sama ....kah...kah...kah...
Belajar sahaja tinggi tetapi ada bodohnya , itu itulah yang berlaku akibat kemarukkan pangkat dan duniawi..semuanya sama...
Kalau begitu suruh orang jenis itu makan ayam sembelihan tanpa niat , kerana padanya ada niat atau tiada niat sama sahaja. Kenyataan orang paling tak berotak dan tak beragama...
Ceritanya di sini

Tuesday, May 11, 2010

Kerajaan Digesa Wujudkan Mufti Baru...Mufti Cap Perkasa...

Mufti Cap Perkasa menegah Lim Guan Eng guna nama Khalifah Umar Abdul Aziz...inilah kebodohan yang ditunjukkan oleh puak-puak Perkasa. Sepatutnya kita perlulah memberi peluang kepada mereka bukan Islam berjinak-jinak dengan Islam , namun kita menjauhkan mereka daripada Islam.
Kebodohan puak-puak Perkasa sudah dikenalpasti...di sini

Kalaulah Liwat Ini Sukarela?

Penguasa agama wajib mengambil tindakan mengemukakan pendakwaan ke atas Saifoul atas keterangan menggunakan pelincir jenama tak diketahui alam proses liwatan tersebut. Apabila peristiwa dan adengan ini dilakukan sehinggakan pelincir boleh digunakan maka aktiviti seks ini adalah dengan kerelaan Saifoul. Anak muda berusia 20 an boleh menyerahkan bontotnya untuk diliwati oleh seorang tua yang sakit dan mempunyai sejarah sakit pinggang , berumur sekitar 60 an.
Penguasa agama tidaklah boleh menjadi syaitan bisu yang hanya membenarkan perkara ini berlaku di negara Islam Melayu ini. Cegahlah kemungkaran dengan kuasa mu , iaitu tindakan penguasa andai anda berkuasa , berkata-katalah memberi nasihat jika kamu tiada kuasa , dan diamlah kamu jika itu yang termampu...
Penguasa agama di Malaysia ini wajib bertindak membersihkan diri dari dosa dan fitnah adegan ini , maka perlulah bertindak. Saya dengan ini melafazkan andai berlaku liwat sukarela Anwar-Saifoul maka ambil tindakan melalui penguatkuasan undang-undang agama , jika tak mampu juga wahai mufti-mufti , tolonglah nasihatkan Anwar-Saifoul ini mengenai seksa neraka liwat itu...
Takkan semua mufti nak jadi syaitan bisu diam membabi buta terima gaji aku mufti nombor wahid Malaysia...

Kenyataan Saifoul Berbelit...Boleh Dikenakan Dakwaan Liwat Sukarela...



KY Jelly ini mesti diwujudkan agar pertuduhan nampak cantik...KY Jelly..Pelincir Seks
Dalam kenyataan Berita Hairan , Saifoul mendakwa menggunakan pelincir ketika aktiviti liwat namun dalam masa lain menyatakan liwat itu secara paksa.
Anda boleh bayangkan perogol yang merogol sempat lagi meliwat menggunakan pelincir untuk memudahkan masuknya anunya itu..Hebat sungguh peliwat tersebut...anda bayangkan sungguh profesionalnya peliwat tersebut...
Apabila kenyatan ini bercanggah maka saksi ini diragui..dan Saifoul boleh dikenakan tindakan...tapi biasalah hal politik ini hanya untuk mengakhiri karier politik Anwar.
Di sini

Pertemuan Sulit Saifoul Dengan PM Sebelum Repot Polis..?



Pertemuan sulit Saifoul yang dahulunya dinafikan , kemudian PM Najib mengakui adanya pertemuan disebabkan permohonan biasiswa dan hari ini pula menyatakan pertemuan yang tidak boleh diceritakan. Seorang PM begitu sibuk dengan hal negara boleh berbincang hal pengajian biasiswa untuk Saifoul yang diketahui sudahpun gagal Uniten...kah..kah..kah...
Apakah istimewanya Saifoul ini? Anak muda yang jambu , boleh pulAK BERBINCANG MENGENAI BIASISWA walhal ianya tanggungjawab Menteri Pengajian Tinggi . Ya disinilah salah dan silapnya percaturan mereka? Siapa mereka? Adakah Muhyiddin juga termasuk golongan ini?
Perkara itu sukar diputuskan..
Melihat gerak gaya mahkamah dan juga pihak pendakwaraya , Anwar memang diaturkan untuk merengkok dalam penjara. Walaupun tiada bukti fizikal tusukan liwat , Anwar dikenakan juga pertuduhan berdasarkan calitan kapas mengandungi mani Anwar. Kes luarbiasa ini sebanarnya hanya menelanjangkan sistem kehakiman negara Malaysia. Malaysia akan terus menerus mebusukkan diri sendiri dengan adegan dan cerita lawak bodoh ini...
Klik di sini

Saturday, May 8, 2010

Polis Malaysia Gian Tembak...?


Bayangkan anda berdua-duaan dengan makwe..tiba-tiba polis datang ..memang anda akan pecut kereta namaun berbaloikah polis menembak ke arah mereka kononnya suspek kes curi ke...apa-apa ke..
Kedua insan tersebut hanya salah akibat khalwat sahaja , tetapi disebabkan gian menembak maka polis menjadi gila-gila , seronok melihat filem Hollywood jadi inilah akibatnya.Klik di sini

Dunia Akhir Zaman...


Awang Adek membayangkan kemungkinan menghalalkan judi bola sepak sempena Piala Dunia ini demi menghindarkan judi haram. Baru hari ini saya mendengar ada judi halal dan ada juga judi haram. Bagaimana hendak dibezakan 2 perkara ini?
Mungkin mufti-mufti Malaysia yang kebanyakannya sudahpun bergelar Dato'-Dato' ,menghabiskan ilmu di Timur Tengah dalamlah kiranya memberitahu semua rakyat perihal permasalahan tersebut.
Judi yang ada sudahlah banyak di Malaysia ini , kerajaan pula berhasrat menambah kocek lagi dengan membenarkan lagi judi. Maka bertambahlah kerosakan akibat berleluasanya kesan judi seperti keruntuhan moral , pergaduhan , pertaruhan , gadai ,hutang dan sebagainya.
Ceritanya di sini

Thursday, May 6, 2010

Pemimpin Malaysia Ego....



Banyak kali ppemimpin kita silap membuat percaturan dalam politik mereka sehinggakan mengakibatkan kesan yang berat ke atas negara seluruhnya. Terbaru apabila bersungguh-sungguh untuk mengenakan Anwar , maka seluruh jentera ditumpukan mengolah agar Anwar meringkuk dalam penjara. Permimpin kita lupa , bahawa kita negara berdaulat mempunyai undang-undang dan juga berada dalam peraturan antarabangsa. Tuduhan liwat ke 2 keatas Anwar amat pincang dan longgar , tidak ada bukti kukuh , tiada penembusan klinikal , semuanya telah dilaporkan oleh Pakar-pakar perubatan.
Namun apabila iblis dan ego menguasai diri , maka tindakan kita melebihi luar batasan.Kita berpolitik bukanlah sehingga jangkaan ini , amat melampau dan ini memalukan generasi akan datang melihat akibat kuasa fitnah berleluasa. Buat pemimpin sedarilah , belum terlambat buat anda untuk mengendurkan keadaan , mengundur anda , Najib bukanlah bermakna kalah perjuangan politik. Berpolitiklah secara baik sesuai dengan kita berugama Islam yang tidak membenarkan fitnah itu. Wahai PM , Dao Najib belum terlambat untuk anda gugurkan tindakan melampau ini. Masih ada ruang untuk memperbaiki. Kalaulah tindakan buruk ini diteruskan , sejarah akan terpahat anda sebagai pemimpin tidak bermaruah.
Gunakanlah strategi politik lain yang lebih matang dan beradab sesuai dengan slogan 1Malaysia yang anda warwarkan. Fitnah terhadap Dato Anwar janganlah diteruskan , ingatlah ketika fitnah berleluasa maka balaNya pasti tiba. Insaflah sebelum terlambat. Permainan ini tidak menguntungkan saudara. Islam mengajar jika tidak ada bukti yang kukuh gugurkanlah kes. Tentang palitan kapas mengandungi air mani sesiapapun boleh membuatnya...
cerita di sini

Wednesday, May 5, 2010

UMNO-APCO bertanggungjawab ......





Yahudi laknatullah mengganas lagi , mesjid dibakar...peruntukan wang berjuta-juta wang rakyat Malaysia yang diberikan kepada APCO , syarikat Yahudi yang bertindak sebagai pakar imej 1Malaysia membuahkan hasil...akhirnya rakyat Palestin dihina dAN DIBUNUH...INILAH KEKEJAMAN iSRAEL...
Kerajaan Malaysia bertanggungjawab kerana mempunyai hubungan dengan Israel...
lihat di sini

Zambry , Boneka MCA....

Kerajaan Perak memperuntukkan 3.6 juta untuk 24 bahagian MCA Perak untuk tujuan pembangunan kononnya. Inilah yang dikatakan pemimpin boneka MCA. Ketika Nizar memberi hak seadilnya mereka berkata Hj Nizar boneka , namun tindakan Zambry memberi peruntukan kepada parti politik MCA dilihat sebagai pemimpin terdesak dan kecut telo.
Inilah yang dikatakan politik murahan , sepatutnya wang itu diberikan kepada rakyat melalui pertubuhan NGO yang tiada kepentingan politik , tetapi kebijaksanaan Zambry , beliau terus memperuntukkan wang kepada MCA.
SPRM , seperti biasa akan bertindak pelindung-pelindung rasuah demi survival politik mereka. Rakyat sudah jelas dan acap kali melihat telatak pimpinan Be End yang selalu memutarbelit kenyataan dan berbohong kepada rakyat.
Rakyat akan menunggu dengan sabar akan tarikh pilihanraya nanti , kita semua akan mengajar mereka Be End . Tiada lagi maaf buat mereka.Be End lah yang mengikut falsafah menang sorak kampung tergadai...

RAKYAT TAK SABAR MELIHAT ADA SEORANG DUA ADUN PERAK MATI...KITA NAK LIHAT KEKUATAN UMNO....PAKAILAH SPR...TUKARLAH PENGUNDI...PAKAILAH UNDI POS...AKAN LEBIH RAMAI LAGI RAKYAT AKAN MENOLAK KAMU...BE END...

Tuesday, May 4, 2010

Bila Keadilan Tak Ditegak..Tunggulah BalaNya..




Sahabat semua , kes Aminurrasyid menyebabkan saya menjadi gila babi sedikit melihat polis-polis Malaysia ini. Kawan arwah , saksi kejadian boleh mereka cerita ke..?Macam orang otai buat dulu tu..ambik pelacur...ambik drebar...angkut tilam penuh dengan mani..semua orang fikirlah siapa mamat ni...?
Janganlah kita nak simpan orang seperti ini yang membusukkan seluruh pasukan. Andailah diadakan pilihanraya untuk polis ni aku gerenti MUsa Hassan kalah sehingga tak dapat duit pertaruhan pilihanraya...
Sebenarnya beliau dipakai ada sebab-seba tertentu...semua orang tahu...tapi takut berbicara..
Orang-orang sebegini akan Allah timpakan sesuatu yang tak dijangkanya suatu hari nanti...kita bersabar dengan dugaanNya dan berdoalah...moga kejahatan akan dibalas dengan kejahatan..

Najib Ambil Ezam...Berakhirlah Karier Politik Khairy...

Percaturan Najib mengambil Ezam , dilantik menjadi Senator bukan sahaja mencemaskan Khairy , ianya benar-benar membuatkan Khairy tak lelap tidur. Bukanlah hanya kerana Ezam ada senjata pemusnah Anwar bahkan Ezam juga berupaya menutup kehebatan Khairy dalam berpidato.
Otak Najib memang pintar , serampang dua mata ..lantikan Ezam akan memalapkan karier politik Khairy. Sahlah memang sekarang Khairy mempunyai musuh yang ramai...apalah dosa anak muda ini ...mungkin disebabkan cita-cita besarnya ketika Pak Lah menerajui negara maka hukuman sedang dijalankan.Kesian Khairy ...tapi Khairy masih lagi kaya raya. Cuam karier politik saja padam tetapi masih boleh buat duit...ibu duit dan lain-lain lagi..
Cerita Khairy di sini

Melayu Mati....India Mati....Tak Mengapa ....Kalau Cina Mati....TUMBANG KERAJAAN....

Kes Aminurrasyid ini adalah kes besar yang perlukan tindakan segera , setakat menukar pegawai terlibat tidak mencukupi , seharusnya polis ini digantung seumur hidup dan dipenjara kerana menembak melulu..
Itu sahaja yang boleh memulihkan maruah polis.
Anda semua bayangkan kalaulah adik Aminurrasyid ini berlaku ke atas seorang budak Cina....lagi harulah...silap haribulan

KERAJAAN TUMBANG....KERAJAAN TUMBANG...KERAJAAN TUMBANG...

Lagi Kes Polis...Polis Hanya Suka Tangkap Orang Politik..

Polis Malaysia hari ini lebih suka mencari salah dan silap walaupun sedikit terhadap orang politik , contohnya ketika kes Perak , berapa ramai anggota yang ditugas hanya untuk melihat perjalanan Persidangan Dewan Undangan Negeri.
Sepatutnya dibiarkanlah kepada Dewan Undangan itu sendiri seperti di Kelantan , Pulau Pinang , Kedah. Namun alasan mudah mereka takutkan kekecohan berlaku walhal negeri Pakatan lain tak kecoh pun. Ini menunjukkan mereka sendiri membelakangkan peraturan yang dibuat oleh mereka sendiri. Itu belum lagi hukum Islam , sekadar hukum duniawi yang mereka cipta sendiri pun dah tak boleh diikuti...DASAR SAMSENG...
Kes Aminurrasyid ini perlukan Suruhanjaya Diraja untuk menghukum mereka yang bersalah.Polis tidak perlulah melenting , kalau kita nak menghukum polis jahat mengapa tidak boleh.? Berikan alasan melainkan Polis ingin menggunakan polis jahat ini untuk tujuan tertentu...? Masih ingat kita kes Altantuya..polis itu sendiri bagitahu tiada keperluan untuk beliau bunuh Altantuya ...lagipun dia pun tak pernah kenal...tak pernah bertemu...itulah pertemuan pertama dan kali terakhir sehinggalah disabitkan kesalahan membunuh....Altantuya...
Saksi Aminurrasyi telah menjelas segalanya dalam Berita Harian bahawa mereka ketakutan , yang menghairankan bagaimana polis tolol ni boleh menembak ke kepala Aminurrasyid , ingat ini robotke...tolol dan bangang polis tu..polis jenis ni tak payah nak simpan lagi...buang dan hukum je...baru Polis dapat bersihkan nama baik polis...ingat tu...kes ini bukan kes kecik...bayangkan kalau anak Musa Hassan kena tembak gantikan tempat Aminurrasyid ...baru dia tau tinggi rendahnya dunia ini...

Selanjutnya di sini

Monday, May 3, 2010

Kebijaksanaan Pemimpin UMNO....

Kita rakyat Malaysia seharusnya berbangga mempunyai pemimpin yang merugikan negara berbilion-bilion dolar untuk anak cucu kita. Inilah jasa pemimpin yang terkenal kebijaksanaannya seluruh dunia yang diketawakan oleh orang luar.
Jual jangan tak jual...ada komisen ooooo....komisennya oooo.....komisen kenyang tujuh keturunan...ooooooo
Ceritanya di sini

Kes Pembelian Kapal Selam...SPRM Buta?


Anda bayangkan kes pembelian kapal selam ini Scorpene yang melibatkan komisen 600 juta ringgit pun tidak boleh dihidu baunya...bau rasuah oleh SPRM , Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia , maka semestinyalah negara kita merosot indeks ketelusannya..
Boleh pulak orang Perancis ni datang dan menyiasat kes sebegini..memang ianya memalukan negara. Pasti orang luar menempelak rakyat Malaysia begitu bodoh sehinggakan rasuah sebesar gunung ini pun boleh dipejamkan mata.
SPRM tiada inisiatif untuk meletakkan badan itu antara yang dihormati kawan dan lawan.
Itulah nasibnya yang berlaku suatu ketika dulu Singapura dilanggar todak , muncul budak pintar yang memberi idea bernas dan bagus agar diletakkan batang pisang , tetapi budi dan jasa baik budak itu dibalas dengan hukuman bunuh..sebenarnya kisah-kisah lama tersebut mempunyai kaitan sehinggakan hari ini...itulah sikap pemimpin Melayu dulu kini selamanya...selanjutnya di sini

Ekonomi Semakin Menjunam...Najib Mengaku...?


Sebenarnya ekonomi Malaysia semakin hari semakin buruk , namun rakyat dibuai dengan mimpi-mimpi indah bantuan peruntukan dan sebagainya dalam kempen-kempen pilihanraya.
Itulah hakikat sebanarnya , rakyat diperbodohkan berulang kali terutama pengundi setia Be End , orang Melayu. Sejarah menunjukkan orang Melayu seringkali ditipu dan dijual oleh bangsa mereka sendiri dibandingkan dengan bangsa lain.
Ekonomi merudum ekoran pengurusan negara yang amat lemah , pembelian peralatan secara tidak betul , kontrak melebihi harga asal , rasuah , jenayah , kredibiliti penguatkuasaan , undang-undang semuanya menjurus ke arah kehancuran.
Banyak peristiwa berlaku namun kita sebagai pemerintah tidak pernah mengambil iktibar kesilapan kita membuat sesuatu keputusan mengakibatkan segala indeks ekonomi dan pelbagai indeks menurun dan menjadikan Malaysia bukan lagi negara pilihan pelabur.
Cerita seterusnya di SINI
There was an error in this gadget