Friday, May 28, 2010

Judi Disepakati Semua Merosakkan...Tunggu Apa Lagi...

Demontrasi telah pun berlaku di banyak negeri dengan sokongan orang Islam begitu juga bukan Islam. Langkah seterusnya Pakatan Rakyat perlu menghentikan pemberian lesen syarikat judi dan membatas sehingga menjadi zero. Itu adalah langkah yang perlu diambil oleh semua negeri Pakatan Rakyat sementara negeri lain kita kenalah berusaha agar kerajaan Be End juga berbuat demekian.
Kita boleh memikirkan cara untuk mendapatkan wang dengan cara-cara lain , menambahbaik pengurusan PBT dan kerajaan , mengurus tadbir agar tidak berlaku pembaziran yang tidak perlu. Ianya mestilah didokongi semua pihak baik rakyat mahupun pemerintah.
Zakat dan cukai perlu diperhebatkan agar semua yang layak perlu membayar cukai pendapatan tersebut. Melalui langkah yang pelbagai dan iringan doa InsyaAllah kita tidak bergantung dengan judi yang telah lama mencengkam seluruh kehidupan rakyat Malaysia yang bencikan judi...
Apa kata Mufti? Apa kata pemimpin Be End ? Apa kata pemimpin PAS , PKR , DAP ?
Itu langkah terbaik untuk menjadikan negara bersih judi 2020...

No comments:

There was an error in this gadget