Thursday, May 13, 2010

Judi Sukan Bola Sepak World Cup 2010...Ramai Akan Muflis..Bangkrap..?



Apabila kerajaan memperakui bolehnya judi yang haram ini menjadi suatu aktiviti halal buat kerajaan , seterusnya mendapat hasil cukai judi itu untuk kegunaan kerajaan maka bolehlah disimpulkan kerajaan berusaha memufliskan rakyat menjadi miskin. Industri judi ini akan menjadikan sebahagiannya , hanya segelintir kaya tetapi ramai yang akan miskin.
Tunggulah apabila habisnya musim Piala Dunia ini jangan terkejut ada yang mati bunuh diri , ada yang jual anak , ada yang menjadi bangkrap , ada yang lari hutang , dan rompakan bertambah...kita lihatlah nanti.
Kerajaan Malaysia ini seringkali menggunakan Islam , kononnya negara Islam , berbicara penyelesai masalah ummat Palestin , orang tengah untuk Pejuang Moro , Berkebajikan terhadap mangsa gempa bumi namun judi , arak , pelacuran juga diberi lesen besar untuk beroperasi.
Gejala sosial dan jenayah yang berlaku sekarang adalah manifestasi kehendak pemimpin kita sebenarnya. Itulah acuan didalam sanubari mereka , pemimpin sekarang yang mengakibatkan terserlahlah hasil yang disemai....

No comments:

There was an error in this gadget