Wednesday, May 26, 2010

Keputusan Mahkamah Persekutuan Jelas...Rakyat Sendiri Kena Tentukan Nasib...?

Mahkamah Persekutuan telah menolak dengan kos permohonan Sivakumar untuk menggugurkan 3 Adun Katak di Perak , ini bermakna Mahkamah dengan jelas menunjukkan isyarat bahawa semua perubahan yang ingin dilakukan mestilah rakyat tentukan.Rakyat perlu faham bagaimana rasanya mereka yang diberi suap oleh Kerajaan memerintah akan membuat keputusan yang menidakkan kebaikan pemerintah. Maksudnya seperti hendak menderhakai kepada pemerintah yang memberi mereka segala-galanya. Maka rakyatlah hakim sebenar yang perlu melakukan tindakan seterusnya. Konsep pengasingan kuasa hanyalah retorik semata-mata tidak lain hanya laungan kosong untuk menunjukkan negara ini demokrasi berperlembagaan . Maka rakyat perlu akur dan bersetuju dengan pandangan bahawa sesuatu perubahan mestilah rakyat yang usahakan. Kalau kita ingin lihat pemerintah yang usahakan , jauh panggang dari api.
Mesej yang mahkamah sampaikan kepada semua rakyat Malaysia jelas.

JIKA ANDA MAHUKAN PERUBAHAN , UNDI ANDA TENTUKAN....

ceritanya di sini

No comments:

There was an error in this gadget