Sunday, May 16, 2010

Keputusan Sibu...Petanda Buruk Buat Be End...

Tewas , itulah keputusan pengundi Sibu , tewas buat Be End , menang bagi Pakatan Rakyat. Walaupun pelbagai jentera telah digunakan namun akibat penolakan rakyat yang kuat maka Be End akhirnya tersungkur. Adat permainan , ada kalah dan menang.
Be End harus menyedari bahawa rakyat keseluruhannya kini bukan lagi seperti dulu , sesuatu isu mudah buat kerajaan ingin ekploitasikan tetapi rakyat lebih cerdik dan berhati-hati dalam tindakan. SPR , walaupun bersungguh-sungguh mencari apa-apa kertas undi yang mungkin sedikit rosak agar dikira betul namun ianya masih tidak mencukupi untuk memenangkan Be End.
Ketika ini tiada mana partipun boleh mendabik dada mengatakan bahawa mereka kuat , namun keputusan malam ini menggambarkan perubahan minda rakyat sudah sampai ke Sarawak.
Isu yang sengaja dicipta sedikitpun tidak memberi apa-apa erti buat pengundi.
Janji-janji Be End yang begitu banyak pastinya akan ditagih , kalau tidak diberi bermakna Be End pembohong.
Tahniah Pakatan Rakyat...gelombang Sibu bakal menenggelamkan Ne End buat pertama kali pada PRU13 nanti.

No comments:

There was an error in this gadget