Monday, May 3, 2010

Kes Pembelian Kapal Selam...SPRM Buta?


Anda bayangkan kes pembelian kapal selam ini Scorpene yang melibatkan komisen 600 juta ringgit pun tidak boleh dihidu baunya...bau rasuah oleh SPRM , Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia , maka semestinyalah negara kita merosot indeks ketelusannya..
Boleh pulak orang Perancis ni datang dan menyiasat kes sebegini..memang ianya memalukan negara. Pasti orang luar menempelak rakyat Malaysia begitu bodoh sehinggakan rasuah sebesar gunung ini pun boleh dipejamkan mata.
SPRM tiada inisiatif untuk meletakkan badan itu antara yang dihormati kawan dan lawan.
Itulah nasibnya yang berlaku suatu ketika dulu Singapura dilanggar todak , muncul budak pintar yang memberi idea bernas dan bagus agar diletakkan batang pisang , tetapi budi dan jasa baik budak itu dibalas dengan hukuman bunuh..sebenarnya kisah-kisah lama tersebut mempunyai kaitan sehinggakan hari ini...itulah sikap pemimpin Melayu dulu kini selamanya...selanjutnya di sini

No comments:

National Geographic POD