Monday, May 24, 2010

Khas Untuk Adun @ Ahli Parlimen Yang Teringin Lompat...

Buat ADUN dan Ahli Parlimen yang teringin nak lompat , fikirlah yang sebelum ini kita gunakan jentera parti selepas itu kita tinggalkan parti tersebut? Tiada perasaan belas setelah kita gunakan mereka dan cita-cita tercapai kita larikan diri...
Banyak sangatkah masalah dengan Pakatan? Adakah pemimpin mereka langsung tiada ciri pemimpin yang mendengar masalah rakyat?
Apakah pemimpin Pakatan hanya pandai bercakap sahaja..? Mungkin terdapat kesilapan pimpinan Kerajaan , namun mereka sebagai Adun atau Ahli Parlimen boleh mengingatkan terus kepada pemimpin tersebut dan fikirlah samada masalah itu memang boleh diselesai ataupun memerlukan masa untuk diselesaikan...
Andai mereka ahli biasa tidak mengapa , ini mereka adalah Adun dan Ahli Parlimen yang dahulunya sering berceramah ke hulu hilir , apabila diuji dengan sesuatu maka rebahlah mereka ini...
Jadi kesimpulannya sebelum berhasrat nak jadi YB , muhasabah diri samada diri ini memang suka kerja kemasyarakatan , masa banyak terluang untuk masyarakat , boleh turun naik sibuk , ganjaran rasuah tiada , ganjaran kauteam tiada , ikhlas , amanah , bersih , tiada masalah kewangan , tiada masalah sosial dan banyak lagi perlu difikirkan. Ini tidak bila tiba suatu masalah...habis lompat parti...kononnya masalah beliau settle...padahal tidak juga...

No comments:

National Geographic POD