Friday, May 21, 2010

MIC Bakal Berkubur ...Pengkritik Dipecat...Mugilan...oh Mugilan...

MIC pasti akan hancur dan musnah andai Mugilan dipecat. Tiada lagi insan di dalam MIC boleh mengkritik Samy Vellu . Penat lelah pejuang di dalam MIC untuk mendapatkan undi India bagi Parlimen Hulu Selangor dihadiahkan dengan pemecatan Mugilan. Mugilan adalah pilihan UMNO , manakala Palanivel pula pilihan MIC. Atas alasan kompromi maka Kamal-Natha-alan pula yang diberi tugas sebagai calon Hulu Selangor.
MIC mendakwa telah berjaya menarik sokongan orang India ke pangkuan Be End , namun mereka juga tidak menyedari sokongan yang diterima oleh Kelab Penyokong PAS yang akan dinaikkan taraf sebagai dewan. Pelbagai pihak mendakwa sokongan telah kembali , pada hakikatnya rakyat sudah semakin cerdik dan matang dalam proses demokrasi ini. Inilah matlamat utama agar rakyat celik politik dan dapat merasai kenikmatan hidup di negara yang amat kaya sumber petroleumnya , sumber hutannya , sumber galiannya dan juga kehebatan intelektualnya.
Hulu Selangor , kalau diberikan kepada Be End sekalipun bukanlah petunjuk sokongan telah kembali , cuma percaturan SPR dan jentera rasuah janji politik yang mempengaruhi sokongan kawasan yang masih dalam pembangunan. Rakyat Hulu Selangor berhak mendapat hak pembangunan yang telah lama ditumpukan di Lembah Klang sahaja.
Cuma apakah hak dan janji-janji tersebut ditunaikan atau Be End selamanya begitu..berjanji dan tinggalkan janji kosong...Janji bagi mereka hanyalah luahan kosong tak bermakna di sini

No comments:

There was an error in this gadget