Monday, May 17, 2010

Post Mortem Kekalahan Be End...

Mengapa Be End kalah...?
Antaranya Be End selalu menggunakan media nasional mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menggunakan isu perkauman sempit , walhal siapa yang menggunakan isu tersebut?
Media dipergunakan memperlekeh kaum lain melalui Perkasa , di suatu keadaan yang lain mereka Be End memainkan isu perkauman sempit pada orang Melayu. Mereka katakan Cina , walaupun datang sehelai sepinggang namun tetap boleh berjaya memperdayakan Melayu , memijak Melayu untuk mencapai kejayaan , itulah cerita Be End mengapi-apikan Melayu dan dimasa lain mengapikan Cina pula suatu ketika yang lain . Pakatan memilih untuk bermuafakat dengan penuh tanggungjawab , terbuka membincangkan sesuatu isu perkauman dalam skop yang ada batasnya , ianya lebih telus dan menarik jika dibandingkan misi Be End suka mempermainkan isu dan bukan telus menangani masalah , cuma memperlambatkan penyelesaian...itulah Be End.
Namun kedatangan Pakatan yang jauh lebih telus walaupun mempunyai pelbagai masalah , jelas lebih menarik dan bertanggungjawab kepada rakyat.Be End perlu merungkai masalah ini supaya tindakan lebih adil untuk semua rakyat. Kini rakyat lebih berpelajaran , lebih bertolenrasi , lebih inginkan keteluasan dan terbuka. Isu ini sahaja , jika Be End berjaya merungkainya pasti sokongan kembali kepada mereka..Pakatan Rakyat jauh lebih telus dalam isu perkauman sempit ini...

No comments:

There was an error in this gadget