Sunday, May 30, 2010

Subsidi Beransur-ansur Dihapuskan...

Kerajaan tidak akan lagi memberikan subsidi untuk rakyat sedikit demi sedikit masa lagi. Keputusan itu dari satu segi nampak baik , kurangnya bebanan kerajaan terhadap rakyat. Masalah yang timbul adalah kerajaan sepatutnya menyediakan perkara penting terhadap rakyat dengan memberikan peluang-peluang pekerjaan melalui pelabur-pelabur besar agar melabur di Malaysia seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat. Tanpa pendapatan tinggi bagaimana rakyat boleh menampung kos hidup yang semakin meningkat.
Sepatutnya nilai gaji minimum akan dinaikkan untuk semua rakyat seterusnya sektor swasta juga pasti berupaya dengan insentif yang diberikan kerajaan akan mampu majikan memberikan gaji yang baik.
Kerajaan juga perlu telus kepada rakyat , ketika mana rakyat ingin mengetahui perbelanjaan negara , maka kerajaan berupaya memberikan jawapan rasional dan telus.
Kebocoran dan ketirisan projek kerajaan yang sentiasa merugikan rakyat sepatutnya diambil tindakan tegas oleh kerajaan demi menyelamatkan wang rakyat. Kerajaan sering menagih simpati daripada rakyat..rakyat perlu lebih patriotik kepada negara namun dalam hal mengurus wang rakyat kerajaan besikap sambil lewa dan buat tak tahu terhadap kebocoran , salahguna wang rakyat, rasuah dan sebagainya.
Kes PERWAJA yang merugikan berbilion wang rakyat sehingga kini terperam , kes jambatan bengkok ratusan juta wang rakyat lebur , kes pembelian Scorpene kapal selam dianggarkan ratusan juta wang komisen rasuah, kes Marina Harbour di Kedah puluh jutaan wang rakyat lebur , kes pembelian Eurocopter diberitakan harga pembelian melalui syarikat di Malaysia ini terlampau tinggi daripada harga pasaran luar ,dan pelbagai lagi projek runtuh di Trengganu sehingga kini tiada insan yang bersalah.
Rakyat bukan mahukan subsidi diteruskan demi negara namun rakyat tidak rela wang rakyat dibaham secukupnya oleh segelintir perompak berstatus ahli karparat yang dilindungi oleh ahli politik besar kerajaan.
Kita liaht dulu cara pembelian mAS daripada Tajuddin Ramli , ianya dibeli kerajaan pada harga tinggi melebihi harga asal pasaran . Mengapa tidak dibeli harga pasaran?
Itulah permainan licik mereka yang bergelar karparat yang berselindung nama kononnya syarikat usahawan Melayu perlu dipertahankan.
Jangan kerajaan bermain politik dengan rakyat , buanglah segala subsidi , nanti tahu kerajaan diajar cara berpolitik. Tunggu nanti PRU 13 , kami seluruh rakyat akan menjadi patriotik terhadap negara , mana-mana pemimpin yang menyedut wang rakyat atas nama apa sekalipun akan dihumban keluar daripa menduduki kerusi Parlimen ataupun ADUN...

No comments:

There was an error in this gadget