Wednesday, May 12, 2010

UMNO , Jika Mahu Tumbangkan Kedah Tolong Ikut Saluran...

UMNO diingatkan harus bertindak dengan betul dan mengikut saluran demokrasi dan bukan seperti mana yang berlaku ke atas Perak. Peritiwa tumbangnya Kerajaan Perak Pakatan Rakyat amatlah memalukan buat seluruh rakyat Malaysia . Ianya menjadi sejarah dan bahan ketawa oleh pengamal undang-undang , kononnya Malaysia adalah negara demokrasi.
UMNO perlu bijak bertindak jika bermimpi untuk menawan Kedah , namun hakikatnya andai berlaku pilihanraya belum tentu Be End dapat menguasai Kedah.
Berlakunya peristiwa rampasan negeri Perak masih lagi diingati seluruh warga Perak yang hanya menunggu tibanya pilihanraya. Be End tidak akan menang mudah seandainya berlaku pilihanraya.
Melihat senario sekarang ada kemungkinan berlaku pembelian ADUN yang kelabu mata dengan wang ringgit , projek dan sebagainya tidak dapat dinafikan ekoran Ezam , telahpun dilantik Senator yang bertindak sebagai pengarah Projek katak-katak yntuk melompat.
cerita di sini

No comments:

There was an error in this gadget