Tuesday, May 18, 2010

Undi POS Penyelamat Kalah Besar...?

Undi Pos memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan ataupun kekalahan seseorang calon. Tanpa undi Pos pasti ramai pemimpin UMNO tidak dapat menduduki kerusi Parlimen ataupun ADUN. Itulah sebabnya SPR tidak berganjak membenarkan undi pos ini. Undi pos bolehlah diibaratkan bonus besar buat calon Be End. Kita boleh lihat kawasan Pekan , PM sendiri begitu banyak kem-kem tentera diwujudkan seterusnya meningkatkan undi pos untuk beliau. Suatu ketika Najib memenangi PRU 1999 undi majoriti sekitar tiga ratus sahaja tetapi selepas persempadanan semula ketika PRU 2004 melonjak majoritinya menjadi puluhan ribu...Ya undi poslah penyelamat Najib dan ramai rakan-rakan beliau.
Selama lagi undim pos itu diwujudkan selagi itulah perjuangan menuntut keadilan demokrasi tidak padam. Undi pos banyak sekali dimanipulasi oleh Be End. Mungkin suatu hari nanti akan wujud banyak kem di setiap kawasan Parlimen untuk memastikan kemenangan Be End. Ketika itu kerajaan melaungkan demokrasi berperlembagaan melalui undi rakyat namun , kelebihan banyak kepada mereka. Ketika itu kita akan gelar mereka kabinet undi pos....di sini

No comments:

There was an error in this gadget