Monday, June 28, 2010

Mana Lebih Sesat...Wahabi...OneMalaysia...Tun Mahathir...Judi Boleh Lulus...?

Minggu ini sibuk media memperkatakan wahhabi...Jemaah Islamiyyah...Dr Asri...Hj Hadi..media seakan mahu menutup pekung di dada yang memang banyak salahnya. Antara semua perkara di atas ini , fikirlah antum semua mana lebih sesat dan menyesatkan. Tun ada berkata , kalau beliau memerintah , beliau luluskan judi bola...itu Tun kata..apakah perkataan seumpama ini boleh dibenarkan dalam Islam...? Saya ingat tok Mufti di Malaysia ini mungkin akan mengeluarkan kenyataan sedikit lama lagi ataupun jadi syaitan bisu..? Pilihlah antara dua..? Kenyataan sebegini perlu disanggah oleh ulamak pewaris Nabi..?Saya beranggapan andai perkataan Tun ini keluar di nagara Indonesia..Tun boleh dikenakan...hukuman berat tau...itu tanya mufti...aku hanya belajar agama setakat darjah enam je...hangpa lebih tau...
Puak-puak yang nak bobek kerajaan ni pun kena hatri-hati...setakat nak puji...baju cantik ka...smart ka...cantik bangunan ka...ok la...ini tidak hangpa main tuduh Ustaz Hj Hadi wahhabi...Dr Asri wahhabi..apa hangpa ni...makan gaji buta tak selidik ka...?

Thursday, June 24, 2010

Kaitkan Wahabi Dengan JI...Propaganda APCO...

Propaganda Wahabi dikaitkan dengan Jemaah Islamiyyah adalah sesuatu yang dijangkakan.
Berita sebegini diperlukan untuk perancangan projek besar pilihanraya umum nanti. Itulah perkiraan saya sebagai insan yang melihat senario politik tanahair negara. Andai negara kita Malaysia amat prihatin terhadap unsur kesesatan yang dibawa oleh sesuatu kumpulan ...mengapa Kumpulan Ayah Pin tidak digempur habis-habisan. Tindakan ala suam-suam kuku hanyalah untuk menunjukkan mereka buat kerja. Kalau kita melihat KLCI indeks telahpun melepasi 1300 mata , dan ini adalah salah satu tanda akan diadakan pilihanraya nanti. Kerajaan Najib tidak akan mengambil risiko untuk membubarkan Parlimen ketika indeks komposit rendah.
Propaganda Wahabi-JI memang dirancang rapi agar seluruh ummat melihat adanya suatu fahaman baru kononnya menyesatkan. Apakah ulama-ulama UMNO tidak melihat dengan mata hati akan hal ini? Pemikiran sekular memisahkan pentadbiran negara dengan agama adalah suatu fahaman yang lebih sesat dan menyesatkan jika dibandingkan fahaman Wahhabi yang kita perkatakan. Rakyat apabila ditimbulkan isu ini adalah baik kiranya mencari maklumat yang tepat agar tidak berlaku fitnah . Fitnah itu amatlah besar kerosakannya.Semua propaganda jahat ini adalah hasil yang kita perolehi setelah berbaik dan bersahabat secara gelap dengan Israel Laknatullah...

Wednesday, June 23, 2010

Yang Halal Itu Jelas Yang Haram Itu Jelas..

Judi dan arak jelas haramnya dalam Al Quran, kata putus Qati realitinya lain pula.
Malaysia berkokok kononnya negara Islam walhal dari dulu sampai kini judi dan arak bersepah merata negeri kecuali Kelantan yang cumanya arak hanya diberikan koata sekadar mencukupi bagi pemakainya. Realiti politik di Malaysia ini meberikan gambaran hanya ada dua pihak sahaja yang boleh menarik undi melalui undi demokrasi. Banyak kumpulan Islam lain dulunya membawa obor-obor Islam , hanya setakat kumpulan itu sahaja. Pengaruh mereka tidak dapat membawa dan menarik pelbagai kaum untuk lebih memahami Islam itu sendiri. Bagaimana ini berlaku? Adakah ulamak kita hanya jagoh kampung , tetapi dalam berdakwah ke seluruh kaum dan agama kita ketinggalan..?
Dalam politik pula yang menonjol membawa pemahaman Islam , tak lain tak bukan PAS.
Namun ada jua ustaz-ustaz dan ilmuan Islam yang lebih menyukai UMNO yang dirasakan lebih Islam dengan slogan itu. Dugaan ini menimpa semua manusia akhir zaman. Kebenaran itu untuk memakainya memanglah sesuatu yang berat seolah-olah memegang bara api. Itulah hakikat kebenaran akhir zaman. Suatu ketika nanti seruan Islam akan tenggelam dan ketika itu Nabi Isa akan muncul penyelamat ummat.Secara realiti dilihat kini parti yang jelas lebih membawa islam adalah PAS. Buat golongan yang ingin atau berhasrat masuk UMNO , fikirlah seribu kali. Nabi Muhammad ketika memberikan hukuman bunuh kepada sesetengah musuh Islam ketika peperangan Badar ada menjelaskan bukan seseorang mukmin itu jatuh kedalam lubang biawak dua kali. Memasuki UMNO ini ibarat masuk ke dalam lubang biawak kerana ramai ulamak cuba memperbaiki UMNO namun akhirnya judi sukan yang diperoolehi.

Monday, June 21, 2010

Andai Benar Dr Asri Masuk UMNO..

Andailah Dr Asri masuk UMNO , implikasi yang ditanggung amatlah besar buat dirinya sendiri. PAS tiada terkesan langsung kalau Asri masuk UMNO , UMNO kalau dilihat semua orang kenal..cakap lain buat lain..
Apa hujah Dr Asri mahu masuk UMNO sekarang? Amatlah besar kerugiannya kalau begitu jadinya..lihatlah apa yang berlaku ketika Imam Besar Masjid Negara , Firdaus masuk ke gelanggang politik..yang dicita tak dapat yang dikendong bertaburan..saya menjangkakan kalaulah Dr Asri masuk UMNO , ramai pengikutnya akan bertebaran..

KALAULAH ADA PARTI DI MALAYSIA INI YANG SESUAI DAN PALING HAMPIR SESUAI BUAT DR ASRI IANYA TIDAK LAIN HANYALAH PAS..

SPRM...Norza Tidak Bersalah..Saksi Yang Bersalah...Kah..kah..kah...

SPRM memang sudah dibaca gerakkerja mereka ini. Mula-mula tangkap tertuduh ..ketika kekecohan dekat pilihanraya ..setelah kes berjalan...setahun dua .tiada bukti atau bukti hilang....saksi pula yang beri maklumat palsu...kemudian ...dakwa saksi palsu...setahun dua..setelah semua orang lupa...tiada kes...
Beginilah sandiwara oleh SPRM sejak dulu lagi...semuanya tiada kes ...kah..kah..kah..
Cantik benar dan molek juga cara kerha SPRM ni....

Friday, June 18, 2010

Masa Terbaik Buat Be End Buat Pilihanraya..

Merdeka Centre telah membuat tinjauan dan kaji selidik dan mendapati kepimpinan Najib telah berjaya diterima oleh responden soal selidik , ini menaikkan imej dan reputasi kerajaan kepimpinan Najib baru-baru ini. Tun Mahathir dilaporkan berkata inilah masanya yang sesuai untuk kerajaan kepimpinan Najib membubarkan Parlimen. Itu telahan Tun semata-mata , namun Najib mengatakan belum masanya lagi. Najib juga merasakan dapat membuat kejutan kepada Pakatan Rakyat akan tarikh pilihanraya nanti.
Najib merasakan masih belum cukup serangan terhadap Pakatan Rakyat untuk melumpuhkan pakatan itu dan mempercayai bahawa sekarang bukan masanya. Apa petunjuk yang akan memberikan keputusannya terserahlah kepada PM , Najib Tun Razak.
PAS meramalkan ianya diadakan selepas March tahun 2011. Apakah keadaan ekonomi semakin baik sekarang ? Petunjuk ekonomi merupakan salah satu faktor pembubaran Parlimen..ketika indeks komposit menaik maka ketika itu masa paling sesuai , rakyat selesa dan mesra kepada kerajaan.

Tuesday, June 15, 2010

Gelaran Datuk Chua Jui Meng Dilucut...Implikasinya?

Chua jui Meng telahpun ditarik gelaran Datuknya..walhal kalau dikaji dan diteliti antara Chua Soi Lek dan Chua Jui Meng , reputasi Chua Jui Meng lebih baik , menyerlah telus dan bersih.
Memang kadangkala kesilapan manusia sering berlaku dimana-mana . Bila silap dalam keadaan memandu kemungkinan besar kita kemalangan , silap keputusan masa depan rosak , silap strategi permainan bola kalah , silap percaturan strategi peperangan musnah , silap pilih pekerjaan jadi membosankan ,silap pilih kawan rosak badan , silap hisap merana diri, semuanya gara-gara silap.
Apa pulak silapnya Chua Jui Meng sehingga gelaran ditarik balik..walhal kalau diteliti Chua Soi Lek lebih memalukan warga Johor bahkan seluruh Malaysia. Inilah yang merunsingkan kita semua apabila penilaian manusia di dalam membuat keputusan ekoran fahaman sempit yang merosakkan dan memecahkan.
Justru itu nilailah apa neraca yang kita pakai? Anak cucu cicit kita akan melihat samada kita berbuat sesuatu kebaikan ataupun kerosakan...

Pengurusan Hebat...

Dahulu pada tahun 2006 kos istana negara 400 juta , dan ianya meningkat menjadi 811 juta pada tahun ini. Beginilah perjanjian yang dibuat oleh kerajaan dengan syarikat kontraktor yang akhirnya duit rakyat terpaksa diambil lebih untuk menampung kos.
Inilah kerajaan yang menggunakan motto rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..Bijaknya kerajaan sering mengorbankan wang rakyat berlebihan , contoh ketara apabila MAS dibeli dengan harga tinggi daripada harga pasaran kononnya untuk memulihkan MAS , sebenarnya menyelamatkan kroni yang menolong kita dizaman sukar...
Inilah kerajaan yang ada di Malaysia ini...
Kroni diutamakan..rakyat dikemudiankan..

Thursday, June 10, 2010

Kabinet Malaysia Hebat ...RM 800 juta Untuk Parlimen Baru..


Kabinet Malaysia mempertimbang untuk bangunan parlimen baru yang dianggarkan RM800 juta wang rakyat. Jumlah ini terlalu sedikit buat negara Malaysia untuk berbelanja agar ahli parlimen merasai bangunan baru yang bakal dibina itu. Rakyat Malaysia akan merasa bangga dengan kewujudan bangunan baru itu walaupun subsidi bakal beransur-ansur dihapuskan. Rakyat Malaysia seharusnya merasa bertuah mempunyai Perdana Menteri yang berfikiran jauh .
Walaupun bangunan parlimen yang lama masih boleh digunakan namun pembinaan ini dapat menolong kontraktor yang semakin tersepit ekoran ekonomi mendesak ini meemberi sedikit kelegaan buat mereka.
Inilah motto barisan kabinet Malaysia ...kontraktor didahulukan rakyat dikemudiankan...
Cerita di sini

Wednesday, June 9, 2010

GST Tetap Akan Dijalankan?

GST tetap akan diaplikasikan ke atas seluruh rakyat Malaysia , untuk mengelak Malaysia terjerumus kategori bankrap? Betulkah atau sekadar propaganda murahan oleh media haprak..
Idris Jala meramalkan kita akan bankrap jika subsidi diteruskan manakala Awang Adek pula mengatakan tidak. Najib pula berkata kita tidak bankrap jika diurus baik. Apakah permainan propaganda mereka ini sekadar ingin membenarkan GST diteruskan secepat yang mungkin..
Suatu sistem yang baik rakyat tidak akan menolaknya sekadar mahu kerajaan lebih telus menangani masalah ketirisan yang acapkali kedengaran namun tiada penyelesaiannya , sekadar menyapu kotor di bawah lantai.

Malaysia Mempunyai Dasar Hipokrit..? Dasar Munafiq..?



Kerajaan Malaysia telah mempunyai beberapa Perdana Menteri , sehinggalah Najib Tun Razak pula yang memegang jawatan tersebut. Malaysia telah lama mengamalkan dasar hipokrit sejak sekian lama dulu lagi. Suatu ketika dahulu , ketika pimpinan PLO diterajui Yasser Arafat , Tun Mahathir beria-ia mengutuk Israel , namun dalam masa sama membantai para demonstran yang membuat bantahan kedatangan pasukan kriket Israel..Itu bukan hipokrit namanya?
Dasar hipokrit ini kononnya untuk mendapatkan belas ihsan ekonomi dengan negara Amerika. Pemimpin Malaysia yang ada hari ini tidak mempunyai keyakinan tinggi untuk merubah dunia agar tidak lagi berpaksikan ekonomi dengan Amerika. Dahulu hinggalah sekarang , banyak negara Islam tunduk dan mengharap belas ihsan Amerika . Tiada satu negara pun yang mempunyai pemimpin berkarisma yang boleh membuat blok perdagangan dengan lain-lain negara tanpa Amerika. Sebenarnya umat Islam mempunyai negara yang hebat yang mempunyai rangkaian ekonomi kukuh , minyak yang banyak , teknologi hebat namun disebabkan pemimpin yang menerajuinya amat lemah pemikirannya maka Amerikalah tempat mereka bergantung.
Najib pula berdolak dalik , isu Israel ketika sudah nampak kemarahan rakyat , maka tanpa rasa malu berdepan jualah dengan sukarelawan yang pergi untuk misi bantuan kemanusiaan life4Gaza baru-baru ini. Namun di sudut hati kecil , kita masih lagi menaruh harapan kepada APCO ( mengapa tidak syarikat perunding Iran ) , meminum Coca-cola ( mengapa tidak sokong Zam-zam cola ). Itulah kelemahan umat Islam kini yang membiarkan urusan politik dipegang oleh individu yang tidak kasihankan umat Islam sendiri. Politik sahaja yang boleh menguruskan ekonomi ke arah pemboikotan Israel dan Amerika , politik sahaja yang boleh menekan mereka.
Israel bertambah angkuh dan kukuh , kerana menguasai ekonomi Amerika..Amerika pula menguasai ekonomi dunia..maka wajarlah mereka berdua Amerika Israel disisihkan dahulu daripada kekuatan ekonominya.
Tindakan pertama ke arah melumpuhkan ekonomi Amerika Israel , buanglah APCO sebagai perunding , putuskanlah hubungan terlarang dengan Israel walaupun dalam gelap...
Cerita pautannya di sini

Monday, June 7, 2010

Demo Anti Israel..Mengapa Buat Di Mesjid..?


Demo membantah kekejaman Israel yang dibuat baru-baru ini oleh Pakatan Rakyat dilihat sebagai suatu isu yang perlu didokongi semua pihak tanpa mengira fahaman politik kepartian. Soalnya mengapa UMNO pula membuat suatu demo di mesjid pula?
Seringkali UMNO yang berfikir banyak kali baru membuat demo di mesjid yang langsung tiada sokongan dan dokongan pimpinan mereka sendiri. Demo anti Israel , kalau dianjurkan oleh Pakatan memang kelihatan betul dan tepat kerana mereka tidak mengambil syarikat Yahudi APCO untuk tujuan pemasaran Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat dipasarkan sendiri oleh rakyat marhaen yang dahagakan keadilan , ketelusan dan keharmonian yang sebenarnya. UMNO atau jelas kerajaan Be End , memang jenis pandai berpolitik dan mengambil kesempatan. Najib PM 1Malaysia yang mirip rupanya hampir sama tapi tak serupa 1Israel boleh meluangkan masa dengan sukarelawan Life4Gaza yang baru pulang dari berjuang menghantar bantuan. kadangkala lucu benar melihat kepura-puraan yang ditonjolkan pimpinan kerajaan , suatu masa memeluk syarikat Yahudi APCO dan memberi susu kepada mereka , dalam masa lain boleh pula bemain wayang dengan pejuang tulen..
Malulah kita kepada Allah yang menciptakan kita , kalau betul kita ikhlas putuskan hubungan Malaysia dengan APCO , APCO itu jelas Yahudinya ...jangan bermain api...rakyat bukan lagi meudah diperbodohkan lagi. Usul di Parlimen mengutuk Israel wajar dibuat dan seterusnya Najib perlu membuang APCO dari bumi Malaysia yang dikatakan anti Israel laknatullah...

Thursday, June 3, 2010

Hutang Luar Negara Lebih Kurang 362 bilion ( 2009 ) maka Tebus Dengan 2 Blok Minyak 320 bilion...?

Ini aku pakai teori otak aku la. Aku dengar cerita hutang negara lebih kurang 360 bilion ( 2009 )maka ikut matematik mudah 2 blok minyak yang diberi pada Brunei tu kira minta tunailah kat Brunei kira-kira 320 bilion . Maka hutang kita cuma tinggal 40 bilion saja.
Gomen ni nak potong subsidi kat rakyat...tapi subsidi pada IPP , pengeluar tenaga elektrik diberi 20 bilion setahun ...dah la kaya syarikat besar tu bagi pulak subsidi...memaNG YANG kAYA DIDAHULUKAN YANGmiskin ..kerajaan sekarang buat gempaq je tentang subsidi tu...mereka yang bocorkan kewangan rakyat puLAK yang kena dendanya...mana boleh macamtu...2 blok minyak yang Pak Lah dan kabinet beri pada Brunei tu...ingat tak da nilai ka? Sekurang-kurangnya kalu kita lego dengan nilainya maka hutang negara menyusut tinggal 40 bilion sahaja.

moralnya:

KALAU PAYAH NAK PERINTAH BAGI PADA PAKATAN RAKYAT...ANWAR BOLEH BUAT...

Yahudi Melenting Bila Agennya Diusik...Siapa Agen Israel? Tugas Berat KDN?

Yahudi laknatullah mula marah kepada Anwar dan sedang melobi agar pegawai Amerika tidak boleh berhubung dengan Anwar. Pada mereka Anwar telah mula mengusik anak didik mereka yang kini bersahabat dengan APCO?
Siapa anak didik Yahudi dan siapa pula bersahabat dengan APCO? APCO , syarikat Yahudi yang mengurus hal penjenamaan pemasaran 1Malaysia.
Nah tembelang sudah pecah...Tun Mahathir perlu tahu siapa agen Yahudi? Mana bahaya agen Amerika ataupun agen Yahudi? Kedua-duanya syaitan laknatullah..Allah telah jelaskan dalam Quran tetapi kita butakan mata , pekakkan telinga , bab jihad mengangkat senjata adalah jalan buat Yahudi...Peperangan Armagedon yang diramalkan sudah hampir...moga Allah melindungi kita semua....Sebagai orang Islam , semua perencanaan Yahudi ada disebutkan dalam Al Quran , kita kajilah...jangan jadi Mufti dan Tok Peti bisu , bab jihad ditutup nanti Allah matikan kita dalam kekufuran...cerita Yahudi melenting di sini

Wednesday, June 2, 2010

Rombakan Kabinet Najib..Cina Dipuja...Untuk Tarik Sokongan Kaum Cina..

Kabinet Najib semalam menggambarkan betapa strategi menarik pengundi Cina ditumpukan setelah melihat banyak kawasan campuran Cina pasti Be End tumbang selepas era PRU12.Apabila dianalisis kita melihat bahawa pengundi Cina amat penting buat Be End untuk menyelamatkan hayat mereka . Oleh kerana itu banyak jawatan Menteri telahpun diberi dengan harapan masyarakat Cina kembali ke pangkuan Be End.
Tampak seolah-olah sudah desperatenya Najib terhadap pengundi Cina namun Najib harus mengakui dengan kes yang melibatkan DSAI iaitu kes liwat 2 ini akan menambah amarah orang Melayu. Masuknya Anwar Ibrahim ke dalam penjara akan memastikan undi Melayu akan berpaling ke Pakatan Rakyat sepertimana ketika tahun 1999 dahulu.
Barisan kabinet Najib menolak kepimpinan Pemuda UMNO dilihat ekoran tiada kemampuan golongan ini menambah undi buat Be End. Khairy dan Razali , kedua-duanya tidak terpilih ke dalam barisan kabinet Najib amatlah memalukan pergerakan tersebut. Nyata dendam Najib pada Pak Lah masih ada , buat apalah Khairy selagi Najib ada selagi itulah tiada peluang menjadi Menteri walaupun Khairy kelihatan hebat. Mungkin Khairy harus cepat bertindak bergabung dengan Muhyiddin seterusnya memintas Najib dan Hishamuddin jika ingin pergi jauh lagi..

Tuesday, June 1, 2010

Malaysia Sepatutnya Sudah Lama Putuskan Hubungan Dengan Israel

Malaysia , negara yang pernah menduduki kerusi Pengerusi OIC wajar mengambil tindakan memutuskan hubungan samada terang ataupun sulit dengan Israel. Kabinet juga perlu mengeluarkan kenyataan rasmi kecaman terhadap Israel , manakala Dewan Negara ataupun Dewan Parlimen perlu meluluskan Sidang Tergempar Mengutuk Tindakan Israel yang melangkaui batas kemanusiaan.
Jangan lagi kerajaan Malaysia berhubung langsung ataupun tidak langsung dengan Israel.Kunjungan Zahid tempohari juga dengan pemimpin Israel amatlah dikesali. Zahid Hamidi pelajar lulusan agamapun boleh bersekongkol berjumpa dengan Israel laknatulah ini. Darah mereka Yahudi ini adalah halal bagi kita untuk dibunuh kerana mereka dengan terang dan jelas telah melewati batas kemanusiaan normal.
Malaysia perlu tegas menyatakan pendirian. Janganlah kita menuding kepada Mesir semata-mata tidak membenarkan sempadan mereka dibuka tetapi dalam masa sama kita serupa sahaja sama dengan mereka.
Malaysia mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat 1Malaysia , sama jugalah kita memberi mereka dana untuk membunuh umat Islam ....
Salam 1Malaysia....

Israel Mengganas...Suatu Kaum Yang Wajib diperangi ...

Bantuan kemanusiaan diserang walaupun belum menghampiri pantai Gaza . Itulah yang dilakukan oleh Israel laknatullah , namun tiada sebuah negara Islam pun boleh membantu semua diam membisu tanpa apa-apa tindakan.
Yahudi ini sememangnya musuh yang nyata adalah golongan takbur dan sombong , ego , bongkak . Sudah nyata dan jelas mereka ini hanya boleh diperangi secara fizikal dan mental. Umat islam dan negara umat Islam sudah lama meninggalkan jihad yang merupakan suatu tuntutan yang wajib. Golongan yang memerangi umat Islam ini wajib diperangi secara total. Namun disebabkan kejahilan , kecintaan keduniaan semua negara umat Islam mundur. Negara umat Islam maju dari segi material seperti Negara Asia Barat , sungguh kaya namun tiada lagi yang betul-betul berpegang kepada agama Islam itu , umat Islam dihina sebegini.
Jihad Fi Sabilillah mengangkat senjata sahaja yang boleh mengajar Israel laknatullah...
Negara Islam yang ada cadangan untuk mewujudkan tentera Islam OIC tidak lebih sekadar gimik politik .
Kita lihat samada negara kita Malaysia , yang pernah menerajui OIC , beranikah bersuara melalui kenyataan rasmi mengutuk Israel atau Malaysia sekadar negara pengecut. Sekadar kenyataanpun kita tak boleh keluarkan , jangan haraplah nak pergi berperang dengan Israel. Jauh dari panggang...
There was an error in this gadget