Monday, June 7, 2010

Demo Anti Israel..Mengapa Buat Di Mesjid..?


Demo membantah kekejaman Israel yang dibuat baru-baru ini oleh Pakatan Rakyat dilihat sebagai suatu isu yang perlu didokongi semua pihak tanpa mengira fahaman politik kepartian. Soalnya mengapa UMNO pula membuat suatu demo di mesjid pula?
Seringkali UMNO yang berfikir banyak kali baru membuat demo di mesjid yang langsung tiada sokongan dan dokongan pimpinan mereka sendiri. Demo anti Israel , kalau dianjurkan oleh Pakatan memang kelihatan betul dan tepat kerana mereka tidak mengambil syarikat Yahudi APCO untuk tujuan pemasaran Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat dipasarkan sendiri oleh rakyat marhaen yang dahagakan keadilan , ketelusan dan keharmonian yang sebenarnya. UMNO atau jelas kerajaan Be End , memang jenis pandai berpolitik dan mengambil kesempatan. Najib PM 1Malaysia yang mirip rupanya hampir sama tapi tak serupa 1Israel boleh meluangkan masa dengan sukarelawan Life4Gaza yang baru pulang dari berjuang menghantar bantuan. kadangkala lucu benar melihat kepura-puraan yang ditonjolkan pimpinan kerajaan , suatu masa memeluk syarikat Yahudi APCO dan memberi susu kepada mereka , dalam masa lain boleh pula bemain wayang dengan pejuang tulen..
Malulah kita kepada Allah yang menciptakan kita , kalau betul kita ikhlas putuskan hubungan Malaysia dengan APCO , APCO itu jelas Yahudinya ...jangan bermain api...rakyat bukan lagi meudah diperbodohkan lagi. Usul di Parlimen mengutuk Israel wajar dibuat dan seterusnya Najib perlu membuang APCO dari bumi Malaysia yang dikatakan anti Israel laknatullah...

No comments:

National Geographic POD