Thursday, June 24, 2010

Kaitkan Wahabi Dengan JI...Propaganda APCO...

Propaganda Wahabi dikaitkan dengan Jemaah Islamiyyah adalah sesuatu yang dijangkakan.
Berita sebegini diperlukan untuk perancangan projek besar pilihanraya umum nanti. Itulah perkiraan saya sebagai insan yang melihat senario politik tanahair negara. Andai negara kita Malaysia amat prihatin terhadap unsur kesesatan yang dibawa oleh sesuatu kumpulan ...mengapa Kumpulan Ayah Pin tidak digempur habis-habisan. Tindakan ala suam-suam kuku hanyalah untuk menunjukkan mereka buat kerja. Kalau kita melihat KLCI indeks telahpun melepasi 1300 mata , dan ini adalah salah satu tanda akan diadakan pilihanraya nanti. Kerajaan Najib tidak akan mengambil risiko untuk membubarkan Parlimen ketika indeks komposit rendah.
Propaganda Wahabi-JI memang dirancang rapi agar seluruh ummat melihat adanya suatu fahaman baru kononnya menyesatkan. Apakah ulama-ulama UMNO tidak melihat dengan mata hati akan hal ini? Pemikiran sekular memisahkan pentadbiran negara dengan agama adalah suatu fahaman yang lebih sesat dan menyesatkan jika dibandingkan fahaman Wahhabi yang kita perkatakan. Rakyat apabila ditimbulkan isu ini adalah baik kiranya mencari maklumat yang tepat agar tidak berlaku fitnah . Fitnah itu amatlah besar kerosakannya.Semua propaganda jahat ini adalah hasil yang kita perolehi setelah berbaik dan bersahabat secara gelap dengan Israel Laknatullah...

No comments:

There was an error in this gadget