Wednesday, June 9, 2010

Malaysia Mempunyai Dasar Hipokrit..? Dasar Munafiq..?



Kerajaan Malaysia telah mempunyai beberapa Perdana Menteri , sehinggalah Najib Tun Razak pula yang memegang jawatan tersebut. Malaysia telah lama mengamalkan dasar hipokrit sejak sekian lama dulu lagi. Suatu ketika dahulu , ketika pimpinan PLO diterajui Yasser Arafat , Tun Mahathir beria-ia mengutuk Israel , namun dalam masa sama membantai para demonstran yang membuat bantahan kedatangan pasukan kriket Israel..Itu bukan hipokrit namanya?
Dasar hipokrit ini kononnya untuk mendapatkan belas ihsan ekonomi dengan negara Amerika. Pemimpin Malaysia yang ada hari ini tidak mempunyai keyakinan tinggi untuk merubah dunia agar tidak lagi berpaksikan ekonomi dengan Amerika. Dahulu hinggalah sekarang , banyak negara Islam tunduk dan mengharap belas ihsan Amerika . Tiada satu negara pun yang mempunyai pemimpin berkarisma yang boleh membuat blok perdagangan dengan lain-lain negara tanpa Amerika. Sebenarnya umat Islam mempunyai negara yang hebat yang mempunyai rangkaian ekonomi kukuh , minyak yang banyak , teknologi hebat namun disebabkan pemimpin yang menerajuinya amat lemah pemikirannya maka Amerikalah tempat mereka bergantung.
Najib pula berdolak dalik , isu Israel ketika sudah nampak kemarahan rakyat , maka tanpa rasa malu berdepan jualah dengan sukarelawan yang pergi untuk misi bantuan kemanusiaan life4Gaza baru-baru ini. Namun di sudut hati kecil , kita masih lagi menaruh harapan kepada APCO ( mengapa tidak syarikat perunding Iran ) , meminum Coca-cola ( mengapa tidak sokong Zam-zam cola ). Itulah kelemahan umat Islam kini yang membiarkan urusan politik dipegang oleh individu yang tidak kasihankan umat Islam sendiri. Politik sahaja yang boleh menguruskan ekonomi ke arah pemboikotan Israel dan Amerika , politik sahaja yang boleh menekan mereka.
Israel bertambah angkuh dan kukuh , kerana menguasai ekonomi Amerika..Amerika pula menguasai ekonomi dunia..maka wajarlah mereka berdua Amerika Israel disisihkan dahulu daripada kekuatan ekonominya.
Tindakan pertama ke arah melumpuhkan ekonomi Amerika Israel , buanglah APCO sebagai perunding , putuskanlah hubungan terlarang dengan Israel walaupun dalam gelap...
Cerita pautannya di sini

No comments:

There was an error in this gadget