Friday, June 18, 2010

Masa Terbaik Buat Be End Buat Pilihanraya..

Merdeka Centre telah membuat tinjauan dan kaji selidik dan mendapati kepimpinan Najib telah berjaya diterima oleh responden soal selidik , ini menaikkan imej dan reputasi kerajaan kepimpinan Najib baru-baru ini. Tun Mahathir dilaporkan berkata inilah masanya yang sesuai untuk kerajaan kepimpinan Najib membubarkan Parlimen. Itu telahan Tun semata-mata , namun Najib mengatakan belum masanya lagi. Najib juga merasakan dapat membuat kejutan kepada Pakatan Rakyat akan tarikh pilihanraya nanti.
Najib merasakan masih belum cukup serangan terhadap Pakatan Rakyat untuk melumpuhkan pakatan itu dan mempercayai bahawa sekarang bukan masanya. Apa petunjuk yang akan memberikan keputusannya terserahlah kepada PM , Najib Tun Razak.
PAS meramalkan ianya diadakan selepas March tahun 2011. Apakah keadaan ekonomi semakin baik sekarang ? Petunjuk ekonomi merupakan salah satu faktor pembubaran Parlimen..ketika indeks komposit menaik maka ketika itu masa paling sesuai , rakyat selesa dan mesra kepada kerajaan.

No comments:

National Geographic POD