Wednesday, June 2, 2010

Rombakan Kabinet Najib..Cina Dipuja...Untuk Tarik Sokongan Kaum Cina..

Kabinet Najib semalam menggambarkan betapa strategi menarik pengundi Cina ditumpukan setelah melihat banyak kawasan campuran Cina pasti Be End tumbang selepas era PRU12.Apabila dianalisis kita melihat bahawa pengundi Cina amat penting buat Be End untuk menyelamatkan hayat mereka . Oleh kerana itu banyak jawatan Menteri telahpun diberi dengan harapan masyarakat Cina kembali ke pangkuan Be End.
Tampak seolah-olah sudah desperatenya Najib terhadap pengundi Cina namun Najib harus mengakui dengan kes yang melibatkan DSAI iaitu kes liwat 2 ini akan menambah amarah orang Melayu. Masuknya Anwar Ibrahim ke dalam penjara akan memastikan undi Melayu akan berpaling ke Pakatan Rakyat sepertimana ketika tahun 1999 dahulu.
Barisan kabinet Najib menolak kepimpinan Pemuda UMNO dilihat ekoran tiada kemampuan golongan ini menambah undi buat Be End. Khairy dan Razali , kedua-duanya tidak terpilih ke dalam barisan kabinet Najib amatlah memalukan pergerakan tersebut. Nyata dendam Najib pada Pak Lah masih ada , buat apalah Khairy selagi Najib ada selagi itulah tiada peluang menjadi Menteri walaupun Khairy kelihatan hebat. Mungkin Khairy harus cepat bertindak bergabung dengan Muhyiddin seterusnya memintas Najib dan Hishamuddin jika ingin pergi jauh lagi..

1 comment:

Jati Diri said...

Bukankah jawatan Menteri yang diberikan kepada 2 orang dari MCA itu sememangnya sebelum ini adalah milik MCA?

Jadi rasa saya tidak timbul soal "banyak" diberikan kepada MCA/Cina. Soal banyak hanya timbul apabila jawatan itu milik orang Melayu dan kini diberikan kepada orang Cina.

There was an error in this gadget