Wednesday, June 23, 2010

Yang Halal Itu Jelas Yang Haram Itu Jelas..

Judi dan arak jelas haramnya dalam Al Quran, kata putus Qati realitinya lain pula.
Malaysia berkokok kononnya negara Islam walhal dari dulu sampai kini judi dan arak bersepah merata negeri kecuali Kelantan yang cumanya arak hanya diberikan koata sekadar mencukupi bagi pemakainya. Realiti politik di Malaysia ini meberikan gambaran hanya ada dua pihak sahaja yang boleh menarik undi melalui undi demokrasi. Banyak kumpulan Islam lain dulunya membawa obor-obor Islam , hanya setakat kumpulan itu sahaja. Pengaruh mereka tidak dapat membawa dan menarik pelbagai kaum untuk lebih memahami Islam itu sendiri. Bagaimana ini berlaku? Adakah ulamak kita hanya jagoh kampung , tetapi dalam berdakwah ke seluruh kaum dan agama kita ketinggalan..?
Dalam politik pula yang menonjol membawa pemahaman Islam , tak lain tak bukan PAS.
Namun ada jua ustaz-ustaz dan ilmuan Islam yang lebih menyukai UMNO yang dirasakan lebih Islam dengan slogan itu. Dugaan ini menimpa semua manusia akhir zaman. Kebenaran itu untuk memakainya memanglah sesuatu yang berat seolah-olah memegang bara api. Itulah hakikat kebenaran akhir zaman. Suatu ketika nanti seruan Islam akan tenggelam dan ketika itu Nabi Isa akan muncul penyelamat ummat.Secara realiti dilihat kini parti yang jelas lebih membawa islam adalah PAS. Buat golongan yang ingin atau berhasrat masuk UMNO , fikirlah seribu kali. Nabi Muhammad ketika memberikan hukuman bunuh kepada sesetengah musuh Islam ketika peperangan Badar ada menjelaskan bukan seseorang mukmin itu jatuh kedalam lubang biawak dua kali. Memasuki UMNO ini ibarat masuk ke dalam lubang biawak kerana ramai ulamak cuba memperbaiki UMNO namun akhirnya judi sukan yang diperoolehi.

No comments:

There was an error in this gadget