Saturday, July 31, 2010

Hebat...Kepimpinan Najib Sudah Bersih...?Ling Liong Sik Didakwa..?

kepimpinan Najib tampak mula bersih dan membersihkan , itulah yang akan diperkatakan ulam mak - ulam mak UMNO yang inginkan perubahan drastik di dalam parti asobiyyah itu setelah episod Ling Liong Sik didakwa menipu kabinet...Malaysia..
Walaupun dasarnya bukan Islam namun ianya ke arah Islam adalah lebih baik daripada parti PAS. Kelihatannya begitulah namun , adakah ini lakunan terakhir untuk menuju pilihanraya ke 13 nanti. Pengarahnya pastilah inginkan penonton memerhatikan lakunan hebat ini yang akan diakhiri kenyataan seperti ini..
' Kita pendakwaraya telah berusaha dengan sesungguhnya , namun masih kekurangan bukti untuk pihak tertuduk mengambil tanggungjawab sepenuhkan atas kesalahan itu. Dengan itu tertuduh bebas tanpa apa-apa tindakan...Kes tutup buku...'

Ini cumalah gambaran semata-mata tetapi mungkin akan menjadi kenyataan ..kita saksikanlah..apakah kita tidak ingat kes...

PERWAJA...

Wednesday, July 28, 2010

Tazkirah Syaaban..

Jika bermain pada waktu petang , hadkan masanya. Jangan berhenti terlalu lewat. Dikhuatiri tidak sempat untuk bersiap diri mengerjakan solat Maghrib pada awal waktunya. Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran.
Sabda Nabi s.a.w.
"Apabila hari sudah senja , tahanlah anak-anak kamu ( keluar rumah ) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu . Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam , maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah , sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya ..."

( Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a. )

Tuesday, July 27, 2010

Kenyataan Nazir Mengenai Laporan FDI Merosot 81%

Nazir Razak atas kapasiti menteri apa mengatakan bahawa laporan antarabangsa itu tidak tepat..walhal sebelum ini kita begitu beria-ia inginkan pengiktirafan antarabangsa sehinggakan dahulu kita kuburkan Bahasa Melayu ( zaman Tun Dr Mahathir ) , kita berlumba-lumba inginkan penarafan yang baik buat pendidikan ( ranking universiti ) , penarafan bank , dan segala penarafan yang menyebabkan ramai pengusaha Melayu gulung tikar.
Lihat bagaimana kita hendak meningkatkan penarafan antarabangsa dalam sektor perkilangan ubat-ubatan GMP , begitu ramai pengusaha Melayu mati tanpa nesan. Itu senario akibat kita mahukan penarafan antarabangsa . Pelik pula Nazir berkata penarafan antarabangsa itu tidak tepat. Maka apa perlunya kita sentiasa mahu dilihat lebih maju dan seiring dengan negara lain tetapi hakikat kepahitan yang terjadi di negara ini tidak kita terima.
Halkikat bahawa FDI merosot sekitar 81% harus diambil iktibar dalam menaikkan lagi kemasukan pelabur asing. Sebenarnya kita sendiri tahu apa jawapannya jika orang tak mahu berurusan dengan kita. Tepu dada tanya perangai sendiri?

Monday, July 26, 2010

Pilihanraya October Ini?

Situasi semasa amat menggawatkan buat Be End. Tiada tanda-tanda menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan kendur , mungkin riaknya seperti menurun namun mungkin disebabkan rakyat merasakan bahawa adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum ke 13 dan berdiam dir menyimpan tenaga dan wang yang akan dicurahkan ketika masanya. Media haprak sudah lama menyerang Pakatan dari pelbagai sudut . Pelbagai isu dilontarkan walaupun isunya adalah kesilapan dan kesinambungan pemerintahan mereka yang lalu.
Saya juga lebih menumpukan pengajian Al Quran jika dibandingkan program ceramah buat masa ini memandangkan kesibukan anak menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini.
Buat Be End mereka serba salah namun pilihanraya terpaksa juga diadakan, buat Pakatan teruskan bekerja secara berhemah , teruskan usaha untuk menawan Putrajaya. Cerita kesilapan Be End klik di sini

Thursday, July 22, 2010

Pelawaan UMNO Penuh Muslihat...PAS Tak Perlu Dengar...

Saranan penyatuan UMNO-PAS hanyalah omongan kosong untuk menarik sokongan atas pagar dan golongan buta maklumat. UMNO jika boleh berubah kearah kebaikan iaitu meninggikan martabat Islam di negara ini tidak perlukan PAS sebenarnya. Mereka boleh melakukan tanpa penyatuan dengan sesiapapun . Buat sahajalah , apa-apa yang menguntugkan Islam dan orang-orang Islam akan memberi impak positif sokongan rakyat Melayu khususnya dan beragama Islam. Penyatuan UMNO-PAS juga adalah mustahil kerana selama inipun PAS telah dicop parti sesat merujuk kenyataan Shafie Afdal. Mana mungkin PAS boleh diambil sebagai rakan kongsi UMNO jika ianya sesat dan menyesatkan...

Wednesday, July 21, 2010

Dendam Kesumat Tun terhadap Khairy Masih Membara..

Tun Mahathir masih lagi berdendam dengan Khairy ekoran layanan yang diterima semasa Tun Abdullah memerintah negara. Mungkin juga beliau masih marah kerana Khairy menghalang kemaraan anaknya Mukhriz untuk memegang tampuk Ketua Pemuda.cerita lanjut di sini.

Saturday, July 17, 2010

Minyak Naik Lagi...

Harga minyak naik lagi dan alasan kerajaan pastinya subsidi tak boleh lagi diberikan kepada rakyat Malaysia ini. Subsidi menyebabkan kemalasan melampau kononnya.Mungkin pak menteri harus berfikir mengapa banyak subsidi diberikan kepada mereka sendiri yang bergelar Pak Menteri tetapi tidak tahu mengurus negeri. Bukan sedikit subsidi diberi , minyak , pembantu rumah , elaun keraian , elaun pakaian , elaun tukang gunting , tukang sisir , elaun perjalanan lebih masa , segala-galanya ada elaun. Setiap patah perkataan dan butir perbuatan ada elaun , kira-kira macam pahalalah. Tapi Pak Menteri akan berkata aku adalah layak menikmati semua ini kerana kepandaian aku selama ini. Oleh itu rakyat tidak boleh komplen lagi...Bagusnya Pak Menteri dengan gaji dan elaun yang bermcam-macam masih lagi boleh buat projek rugi...kita lihat apa jadi PKFZ ...berbilion wang rakyat hangus...MAS...duit rakyat lagi...bila jadi begini Pak Menteri berkata semua itu harus diselamatkan kerana ianya lambang kekuatan kerajaan...tapi wang rakyat dan rakyatlah yang kena tempiasnya ...cukai tinggi...segala macam cukai diwujud untuk menampung segala subsidi Pak Menteri...Tiada lagi Menteri yang betul-betul menjaga wang rakyat...yang ada cuma melihat peluang membocorkan wang rakyat atas nama bermacam-macam slogan. Setiap slogan pun wang rakyat hangus...1Malaysia wang dibazirkan kepada kepala Yahudi...
rakyat tetap mangasa kepada semua keadaan...

Wednesday, July 14, 2010

Sinar Harian Perak..Muhyiddin..Rundingan UMNO-PAS Terbuka Lagi...

Inilah taktik dan teknik pecah dan perintah yang dilakukan oleh UMNO terhadap PAS. UMNO sebagai tulang belakang kerajaan mempunyai sumber risikan yang hebat mengalahkan CIA dan juga KGB dalam pemantauan hal ehwal politik. Apabila mengetahui bahawa kelemahan PAS apabila diajukan atas nama perpaduan Islam , maka UMNO pantas berfikir untuk menenggelamkan gelombang rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Maka isu perpaduan atau gabungan dengan PAS adalah satu lubang yang ampuh untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Politik beli membeli nampaknya seakan tidak dapat diterima lagi oleh rakyat keseluruhannya. UMNO akan memikirkan strategi yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan peratusan sokongan ke atas Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat wajar memahami politik ini , agar tidak terperangkap dan jelas mengganggu proses menawan Putrajaya. Strategi UMNO ini jika dapat menarik sekitar 5% sudah mencukupi untuk menghalang projek Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Saya merasakan UMNO sanggup untuk menukar perlembagaan mereka sekalipun andai terdesak dalam menghadapi PAS. Mereka sanggup untuk menjadikan apa jua sebagai boneka demi mencapai cita-cita politik mereka. Bukan tidak banyak yang meletakkan Al Quran dan Hadis sebagai perlembagaan namun , ianya sekadar retorik tetapi tiada pengamalan. Apapun diharap agar pimpinan PAS tidak terjebak perangkap maut ini tambahan pilihanraya semakin hampir. Taktik kotor yang amat kotor...klik di sini

Tuesday, July 13, 2010

Kerajaan Kelantan Tak Bantu Sukan..kata Shabery..?

Sekali lihat tajuk akhbar ini nampak buruk benar kepimpinan Nik Aziz sehinggakan meminggirkan sukan. Namun sekali difikirkan maka , apa yang Nik Aziz lakukan adalah yang terlebih baik buat seorang pimpinan negeri. Tiada contoh buat masa ini kepimpinan Nik Aziz yang sanggup mengorbankan banyak elaun , kalau kita semuanya elaun itu disapu bahkan ramai kalangan pembesar yang mengutamakan perut sendiri dengan mahligai besar yang kalau dikira melebihi pendapatan mereka sendiri.
Shabery sepatutnya tahu bagaimana tekanan yang dihadapi oleh kerajaan Kelantan yang dinafikan royalti minyak , sekadar memberi wang ehsan yang kadarnya jauh lebih rendah ,pulak diberikan melalui saluran yang lain. Kemudian mereka berkokok kerajaan Kelantan tidak tahu memerintah sehinggakan sukan dipinggirkan. Kerajaan Kelantan jika diberi peluang secukupnya dan dana mencukupi pasti memberikan faedah dan manafaat seluruh rakyat Kelantan tak kira muda , tua , belia , remaja dan dewasa.Laungan Shabery sekadar menunjukkan beliau bekerja tambahan pula desus desus hampirnya pilihanraya menjadikan beliau agak teruja dalam memberi respon dan sidang media.
Respon Shabery di sini

Tuesday, July 6, 2010

Shafie Afdal Kata PAS Sesat , Andai PAS Sesat , UMNO 1000X Sesat...

Apalah mamat ni , kalau nak glamour pun jangan sampai jadi bangang....kalaulah dia kata PAS ajaran sesat , maknanya UMNO 1000x sesat. PAS , perlembagaan nya Islam , UMNO sekular ,Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan , UMNO pula sumber ikut pasaran...
Shafie Afdal ni mungkin ingin jawatan lebih tinggi kot...ada hati nak Timbalan Presiden ka...tapi kalau begini gayo politiknye silap haribulan Naib Presiden pun boleh jalan...
cerita di sini

Thursday, July 1, 2010

Ulamak Muda Sertai UMNO...Taktik Kotor UMNO...Dulu..Kini..Selamanya...

Cerita sebaliknya dapatlah diketahui apabila media haprak mempromosikan agenda ulamak muda sertai UMNO , maka isunya telah terserlah kebodohan mereka dalam mengatur dan memperdayakan golongan yang beragama. Kita sudah menjangkakan sesuatu perkara yang amat aneh untuk ramai ulamak sekaligus memasuki kem UMNO lantaran perubahan yang telah dilakukan oleh UMNO.Kenyataan media harakah telahpun merungkai masalah tersebut..
Klik di sini

National Geographic POD