Tuesday, July 27, 2010

Kenyataan Nazir Mengenai Laporan FDI Merosot 81%

Nazir Razak atas kapasiti menteri apa mengatakan bahawa laporan antarabangsa itu tidak tepat..walhal sebelum ini kita begitu beria-ia inginkan pengiktirafan antarabangsa sehinggakan dahulu kita kuburkan Bahasa Melayu ( zaman Tun Dr Mahathir ) , kita berlumba-lumba inginkan penarafan yang baik buat pendidikan ( ranking universiti ) , penarafan bank , dan segala penarafan yang menyebabkan ramai pengusaha Melayu gulung tikar.
Lihat bagaimana kita hendak meningkatkan penarafan antarabangsa dalam sektor perkilangan ubat-ubatan GMP , begitu ramai pengusaha Melayu mati tanpa nesan. Itu senario akibat kita mahukan penarafan antarabangsa . Pelik pula Nazir berkata penarafan antarabangsa itu tidak tepat. Maka apa perlunya kita sentiasa mahu dilihat lebih maju dan seiring dengan negara lain tetapi hakikat kepahitan yang terjadi di negara ini tidak kita terima.
Halkikat bahawa FDI merosot sekitar 81% harus diambil iktibar dalam menaikkan lagi kemasukan pelabur asing. Sebenarnya kita sendiri tahu apa jawapannya jika orang tak mahu berurusan dengan kita. Tepu dada tanya perangai sendiri?

No comments:

There was an error in this gadget