Tuesday, July 13, 2010

Kerajaan Kelantan Tak Bantu Sukan..kata Shabery..?

Sekali lihat tajuk akhbar ini nampak buruk benar kepimpinan Nik Aziz sehinggakan meminggirkan sukan. Namun sekali difikirkan maka , apa yang Nik Aziz lakukan adalah yang terlebih baik buat seorang pimpinan negeri. Tiada contoh buat masa ini kepimpinan Nik Aziz yang sanggup mengorbankan banyak elaun , kalau kita semuanya elaun itu disapu bahkan ramai kalangan pembesar yang mengutamakan perut sendiri dengan mahligai besar yang kalau dikira melebihi pendapatan mereka sendiri.
Shabery sepatutnya tahu bagaimana tekanan yang dihadapi oleh kerajaan Kelantan yang dinafikan royalti minyak , sekadar memberi wang ehsan yang kadarnya jauh lebih rendah ,pulak diberikan melalui saluran yang lain. Kemudian mereka berkokok kerajaan Kelantan tidak tahu memerintah sehinggakan sukan dipinggirkan. Kerajaan Kelantan jika diberi peluang secukupnya dan dana mencukupi pasti memberikan faedah dan manafaat seluruh rakyat Kelantan tak kira muda , tua , belia , remaja dan dewasa.Laungan Shabery sekadar menunjukkan beliau bekerja tambahan pula desus desus hampirnya pilihanraya menjadikan beliau agak teruja dalam memberi respon dan sidang media.
Respon Shabery di sini

No comments:

National Geographic POD