Saturday, July 17, 2010

Minyak Naik Lagi...

Harga minyak naik lagi dan alasan kerajaan pastinya subsidi tak boleh lagi diberikan kepada rakyat Malaysia ini. Subsidi menyebabkan kemalasan melampau kononnya.Mungkin pak menteri harus berfikir mengapa banyak subsidi diberikan kepada mereka sendiri yang bergelar Pak Menteri tetapi tidak tahu mengurus negeri. Bukan sedikit subsidi diberi , minyak , pembantu rumah , elaun keraian , elaun pakaian , elaun tukang gunting , tukang sisir , elaun perjalanan lebih masa , segala-galanya ada elaun. Setiap patah perkataan dan butir perbuatan ada elaun , kira-kira macam pahalalah. Tapi Pak Menteri akan berkata aku adalah layak menikmati semua ini kerana kepandaian aku selama ini. Oleh itu rakyat tidak boleh komplen lagi...Bagusnya Pak Menteri dengan gaji dan elaun yang bermcam-macam masih lagi boleh buat projek rugi...kita lihat apa jadi PKFZ ...berbilion wang rakyat hangus...MAS...duit rakyat lagi...bila jadi begini Pak Menteri berkata semua itu harus diselamatkan kerana ianya lambang kekuatan kerajaan...tapi wang rakyat dan rakyatlah yang kena tempiasnya ...cukai tinggi...segala macam cukai diwujud untuk menampung segala subsidi Pak Menteri...Tiada lagi Menteri yang betul-betul menjaga wang rakyat...yang ada cuma melihat peluang membocorkan wang rakyat atas nama bermacam-macam slogan. Setiap slogan pun wang rakyat hangus...1Malaysia wang dibazirkan kepada kepala Yahudi...
rakyat tetap mangasa kepada semua keadaan...

No comments:

There was an error in this gadget