Wednesday, July 14, 2010

Sinar Harian Perak..Muhyiddin..Rundingan UMNO-PAS Terbuka Lagi...

Inilah taktik dan teknik pecah dan perintah yang dilakukan oleh UMNO terhadap PAS. UMNO sebagai tulang belakang kerajaan mempunyai sumber risikan yang hebat mengalahkan CIA dan juga KGB dalam pemantauan hal ehwal politik. Apabila mengetahui bahawa kelemahan PAS apabila diajukan atas nama perpaduan Islam , maka UMNO pantas berfikir untuk menenggelamkan gelombang rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Maka isu perpaduan atau gabungan dengan PAS adalah satu lubang yang ampuh untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Politik beli membeli nampaknya seakan tidak dapat diterima lagi oleh rakyat keseluruhannya. UMNO akan memikirkan strategi yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan peratusan sokongan ke atas Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat wajar memahami politik ini , agar tidak terperangkap dan jelas mengganggu proses menawan Putrajaya. Strategi UMNO ini jika dapat menarik sekitar 5% sudah mencukupi untuk menghalang projek Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Saya merasakan UMNO sanggup untuk menukar perlembagaan mereka sekalipun andai terdesak dalam menghadapi PAS. Mereka sanggup untuk menjadikan apa jua sebagai boneka demi mencapai cita-cita politik mereka. Bukan tidak banyak yang meletakkan Al Quran dan Hadis sebagai perlembagaan namun , ianya sekadar retorik tetapi tiada pengamalan. Apapun diharap agar pimpinan PAS tidak terjebak perangkap maut ini tambahan pilihanraya semakin hampir. Taktik kotor yang amat kotor...klik di sini

No comments:

National Geographic POD