Saturday, August 28, 2010

Isu Khutbah , Isu Masuk Mesjid , Bagaimana Soal Rasuah? Arak? Judi? Itu Lebih Utama...

Permainan politik yang berlebihan sebegini akhirnya menyebabkan penumpuan ummat untuk mengatasi masalah lain terbantut. Soal-soal remeh ini nampak kecil namun adanya isu memberikan semangat baru kepada Mufti-mufti dan pegawai agama dapat lebih aktif memberikan penerangan dan kupasan berkenaan masalah tersebut. Itulah hikmahnya diadakan sesuatu kejadian agar manusia itu berfikir.
Walaupun kekadang kita merasai letih dan bosan dengan isu remeh namun , ada sesuatu disebaliknya. Para daei , para ulamak dan pegawai agama akan membuat perbincangan , muzakarrah , mesyuarat untuk mendapatkan sesuatu keputusan. Penting untuk kita semua menentukan mana yang perlu diutamakan dalam tindakan apabila berdepan masalah yang serentak. Kita juga perlu ada fakta dan nas yang menyebabkan sesuatu itu dipilih bersadarkan senario setempat. Ada perkara yang sepatutnya menjadi agenda utama , namun ia hanya dibekukan semata-mata keuntungan...soal arak? judi? judi bola? judi nombor? judi haiwan? segala-gala judi? pusat hiburan? pusat urutan? zahir? batin? pusat refleksologi? Apa tindakan kerajaan?...

Wednesday, August 25, 2010

Persoalan Hudud....Amat Menarik.....Propaganda Musuh Islam Untuk Memecahkan Pakatan?

Hudud adalah undang-undang yang telah diputus dalam syariat Islam. Namun persoalannya perlukah dalam masa singkat ini hudud diperkenalkan?
Menurut pandangan Prof Dr Yusuf Qardawi..dalam buku Fiqh Keutamaan hudud memang adalah salah satu cabang ajaran Islam yang tidak boleh diketepikan. Semua umat Islam semestinya mempunyai niat untuk terlaksananya hudud di muka bumi ini. Namun atas faktor masa dan ketikanya maka hudud boleh ditangguhkan dahulu. Lebih banyak perkara yang perlu didahulukan seperti pembangunan insan..
Insan yang berada di bumi malaysia ini perlu diberikan pendidikan yang lebih menyeluruh , mengenal Rabbnya secara tepat dan betul seterusnya ini kan melahirkan individu-individu yang bertaqwa , berintegriti , amanah seterusnya mencetuskan banyak perubahan. Apabila ramainya individu yang mempunyai fikrah dan pandangan Islamnya jelas betul maka tugas untuk menjalankan hudud menjadi tugas yang lebih mudah..
Realitinya ketika ini lebih baik penumpuan ke arah pendidikan dan masalah sosial yang melanda ummat. Jangan biarkan musuh mengambil isu ini untuk meranapkan Pakatan Rakyat yang jelas lebih 'Islam "nya jika dibandingkan pendekatan oleh Be End. Pilihlah parti dan pakatan yang kurang kerosakannya daripada segala -gala kerosakan yang ada. Ketika realiti zaman moden ini hampir keseluruhan sistem itu parah dan rosak , cuma kita kurangkan dengan mengambil sedikit kerosakan jika dibandingkan kerosakan yang lebih besar...Baclah buku "Fiqh Keutamaan " oleh Prof Dr Yusuf Qardawi terjemahan Ahmad Nursyadi Asmawi...ISBN:967-69-0160-1 TERBITAN THINKER'S LIBRARY...

Tuesday, August 24, 2010

Politik Perkauman Sempit Tiada Sambutan Rakyat Era Baru...

Sejak pasca PRU12 , masyarakat Malaysia telah mengalami pelbagai suasana yang menarik untuk pengkajian bagi sesiapa yang berfikir. Apabila direnung sejenak akhir-akhir ini begitu banyak rancangan propaganda Be End yang aeakan-akan tidak mendapat sambutan langsung daripada rakyat. Politik perkauman sempit dapat dilihat seperti kejadian membakar mesjid yang didalangi oleh suatu pihak berkepentingan , meletakkan kepala babi di hadapan pagar mesjid , banner Chua Jui Meng sebagai MB Johor dan yang terbaru pula simbahan cat di surau di Negeri Sembilan , kesemuanya nampak hambar dan tidak menjadi isu hangat buat rakyat. Rakyat Malaysia telah mengalami suatu anjakan pemikiran era baru setelah melihat contoh kepimpinan Cina DAP di Penang , begitu juga kepimpinan PAS di negeri Perak tidaklah seperti mana yang digemburkan pemikiran ideologi Be End yang berideologi pemikiran perkauman sempit. Rangsangan emosi dan gelojak amarah sering dibuai oleh pemimpin untuk kepentingan politik mereka.Syabas diucapkan buat rakyat Malaysia seluruhnya dapat mengembalikan kerasionalan akal fikiran agar tidak terdorong dengan hasutan nafsu dan iblis.
Nabi S.A.W. ada meninggalkan pesan bukanlah umatnya yang berjuang atas perkauman kebangsaan sempit..Apa makna bukan umatku...anda fikirlah sendirian.
Nabi S.A.W. juga menyebut kuatnya seseorang itu bukanlah kuatnya beradu , bergaduh ataupun bergocoh, tetapi mereka yang dapat mengawal amarahnya iaitu nafsunya...
Anjakan pemikiran yang ditunjukkan oleh sekelian rakyat bukan suatu perkara mudah , namun berkat kesabaran perjuangan akhirnya sikap ini sudah menjadi seakan stabil dan ianya amat mengharu birukan bagi mereka yang sukakan politik perkauman sempit. Apa lagi haendak disajikan kepada rakyat agar berpaling arah semula kepada Be End? Ahh..memang pecah kepala otak untuk memikirkan selain idea perkauman sempit , cara kotor yang pasti diulang-ualang tayang untuk tontonan rakyat. jika rakyat menyeambutnya hancur luluhlah Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berjuang atas nama seluruh rakyat Malaysia...menepati slogan 1Malaysia...?
Selamat meraih ganjaran sepuluh malam terakhir Ramadan Al mubarak..malam-malam yang membawa kepada terhindarnya kita dari azab seksa api neraka...

Monday, August 23, 2010

Kibaran Bendera Malaysia Mengecewakan..? Mengapa?

Bendera Malaysia tidak lagi dikibarkan walaupun hari menjelangnya ulangtahun kemerdekaan kurang 7 hari lagi. Pemerhatian penulis sekitar Ipoh dan laluan balik pergi kerja mendapati tiada langsung bendera yang dipasang atas kenderaan untuk menunjukkan semangat patrotisme terhadap negara.Hanya tinggal beberapa hari lagi sahaja menjelangnya 31 Ogos yang mungkin cara sambutannya berbeza sedikit demi menghormati bulan Ramadan yang barakah ini. Tahu pulak kita menghormati bulan Ramadan ini ? Terdapat juga bendera dipasang namun ianya hanyalah bangunan-bangunan premis perniagaan sahaja , mungkin para peniaga diarahkan untuk memasangnya ?
Rakyat mencintai negara ini bukan sekadar memasang bendera , lebih dari itu rakyat berharap kerajaan agar lebih merakyat dalam tindakannya. Janganlah rakyat digula-gula ketika kempen pilihanraya tetapi setelah itu segala masalah dibiarkan. Segala kuasa dan kawalan kerajaan terhadap entiti perniagaan dilonggarkan , kos hidup rakyat meningkat bila barang keperluan meningkat akibat kenaikan harga minyak , syarikat besar-besar untung besar-besar namun caj elektrik , caj air mahal dan yang terbaru caj setem pula. Kerajaan mempersalahkan rakyat berbelanja lebih kononnya padahal rakyat sudah berjimat cermat . Kerajaan kita bijak , segala hal kewangan diaktakan rahsia kononnya akta rahsia walhal di situ penuh penyelewengan harga pembelian dan tender. Bukan rakyat tak tahu cuma rakyat malas nak lebih-lebih nanti antum semua fahamlah..
Andai niat rakyat untuk memberi ingat kepada pemerintah agar kembali semua ke pangkal jalan asal dengan tidak mengibarkan bendera baguslah , namun sedarkah kerajaan? Kalau kerajaan tetap begitu bagaimana mahu diajar? Rakyat perlu bijak ketika pilihanraya nanti. Politik pembangunan , politik kain batik , politik kebendaan bukanlah penentu undi kita.

Saturday, August 21, 2010

Salahkah Mendoakan Lim Guan Eng..?

Ya atau tidak bukan persoalannya , namun mendoakan pimpinan agar memeluk Islam salah?
Kita berharap agar para mufti dan cendikiawan agama agar tampil memberikan maklumat yang tepat berdasarkan nas hadis dan Al Quran persoalan ini. Apakah Islam ini hanya untuk anutan umat Melayu sahaja? Bukankah Al Quran diturun sebagai petunjuk seluruh manusia tak kira Yahudi ke , Melayu ke, Cina ke, Arab ke, Rusia ke ...semuanya untuk memberi petunjuk ke jalan yang benar...
Maka setakat mendoakan pun dah bising ...tak faham kot puak-puak rasis ni dalam Utusan Meloya...Kita sepatutnya memberi contoh kepada non Muslim agar mereka turut dalam satu kapal kita di akhirat nanti. kita ni selalu jenis dengki kat manusia selain Melayu..ingat perjuangan kebangsaan itulah yang membawa kita ke neraka...perjuangan seluruhnya hanya untuk Islam...

Thursday, August 19, 2010

Operasi Lalang???

Pemerintah Malaysia jika mempunyai niat ataupun hati untuk projek Operasi Lalang , lebih baik jangan dibuat. Operasi Lalang ini hanya akan mempercepatkan peratusan pereputan Be End. Be End seharusnya memikirkan secara masak-masak , walaupun atas alasan keselamatan jika meneruskan operasi Lalang ini. Rakyat Malaysia kini bukan lagi seperti era 80an dahulu, banyak cerita dan perkara dapat diketahui awal dan cepat maka pemerintah harus tahu bahawa rakyat sekarang adalah keturunan celik maklumat yang datang segenap penjuru.
Permainan politik Muhyiddin-Chua sudah dapat dibaca oleh sluruh rakyat yang bijak , yang hanya berpaksikan Utusan Meloya sahaja kabur dan hilang pertimbangan.

Wednesday, August 18, 2010

Islam Itu Adil Untuk Semua..

Islam yang diturunkan oleh Allah kepada umatNya ini adil untuk semua pihak. Ianya adalah kesinambungan agama samawi yang terdahulu. Adalah mustahil semua gerak tari kehidupan semesta alam ini tiada yang mengawalnya. Secara realitinya buat masa ini di bumi Malaysia ini , PASlah satu-satunya parti yang terbaik dari kalangan semuanya. Jika dibandingkan dengan lain-lain tu , dialah yang terbaik untuk memayungi umat Melayu wal Islam. PAS bukanlah parti assobiyyah yang mementingkan kebangsaan , ia sebuah parti yang meletakkan Islam di tempat yang tinggi. Segala tindak tanduk parti bersandarkan sirah dan mengikut perlembagaan parti , iaitu Islam sebgai dasarnya. Maka jika kita bandingkan parti lain seperti UMNO , MIC , MCA semuanya lebih kepada perjuangan kebangsaan.
Mereka sering membuat isu untuk melagakan rakyat ,akhirnya rakyat tertipu maka pusingannya begitulah akhirnya mereka merompak khazanah negara secara 'terhormat'.
Itulah yang dialami oleh negara kita sekarang.
Lihat kes MAS , atas nama menjaga kepentingan negara , saham dibeli balik oleh kerajaan dengan harga yang lebih tinggi , walhal di pasaran harganya rendah.
Ada sesetengah golongan lebih suka kepada pertubuhan NGO..ya memang diakui NGO ini banyak membantu menyebarkan dakwah Islam seluruh negara namun peranan PAS di erana politik tidak boleh dipandang rendah.
Pada hemat saya Pakatan Rakyat lebih baik memerintah jika dibandingkan dengan Be End , cuma kita sering dipermainkan dengan isu-isu yang remeh dan cabang. Melalui Pakatan , PAS lebih bebas untuk mengukuhkanlagi syiar dakwah seluruh ummat jika dibandingkan kongkongan dibawah Be End.

Tuesday, August 17, 2010

Politik Selak Kain...Jika Bibenar UMNO Tumpoor...

Politik selak kain andai dibenarkan memang alamatlah UMNO hancur , sebabnya ramai kalangan mereka punya skandal. Apabila RPK mendedahkan skandal terbaru demi terbaru sehingga boleh mengaibkan Istana Keadilan , inilah akibatnya kerana kita bermain politik selak kain akhirnya diri sendiri terpalit jugak.
Islam telah menggariskan panduan dan peraturan dalam hidup namun ramai manusia walaupun bergelar atas namanya Islam namun tidak menerima pakai hukum dan peraturan yang telah ditetapkan Allah. Namun disebaliknya mereka pulak melanggarinya.
Contoh Allah menghalalkan poligami namun kita menidakkannya. Namun dibelakannya kita berbuat seauatu yang menyalahinya.
Kita sering lupa asal usul dan konsep kejadian manusia itu sendiri. Setelah bernyawa kita lupa arah tuju , menjadi manusia hebat maka bertambah sombonglah kita asal kejadian kita daripada air yang hina. Kita merasakan kita hebat orang lain salah belaka bahkan Pencipta jua secara tak langsung kita derhakai. Begitulah sifatnya diri kita menzalimi diri sendiri. Bagi Pencipta tiada kecacatan andai kita tidak menerima peraturanNya namun kitalah yang rugi .

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak..

Bulan Ramadan datang tanpa melengahkan waktunya , cuma kita yang sering lupa dan lalai membiarkan diri tanpa berusaha sepenuh tenaga untuk mendapatkan pelbagai ganjaranNya yang ditawarkan. Peluang untuk muhasabah dan membersihkan diri lebih luas dengan terantainya syaitan-syaitan maka tinggallah nafsu keseorangan. Namun nafsu tidak boleh dipandang dan enteng kerana manusia seringkali tewas dalam dakapan nafsu.
Mungkin kita dapat menahan diri melakukan maksiat namun ketika berbuka kita menjadi lebih seekor serigala yang membaham daging dengan sepuas-puasnya. Akhirnya kita tertewas juga mainan nafsu .Bolehkah kita berbuka dengan tiga biji kurma dan seteguk air minuman?
Itulah sebaik-baiknya sunnah Nabi s.a.w.Sepuluh malam awalnya penuh kerahmatan dan keberkatan , sepuluh malam kemudiannya mohon mendapat keampunan Allah dan sepuluh malam terakhir moga kita dijauhi seksa api neraka.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang penuh barakah..

Monday, August 2, 2010

Program Ceramah Di Cangkat Lada Batal ...UMNO Ketakutan..?

UMNO ketakutan sehinggakan memaksa polis mengganggu ceramah PAS di Cangkat Lada sehingga menangkap kira-kira 30 petugas unit amal. Ini merupakan serangan propaganda UMNO menakutkan rakyat , dan kita berharap agar pimpinan membuat lebih banyak program walaupun mendapat tentangan. Ini akan memperlihatkan niat ikhlas UMNO untuk bergabung dengan PAS kononnya. Kita lihat bagaimana pejuang-pejuang PAS dibalun sebegitu teruk dan ditahan di dalam lokap. Beginilah hulur tangan UMNO terhadap pejuang PAS tulen.
Rakyat akan menonton kisah tragis ini menjelang pilihanraya 13 nanti. Pengorbanan pejuang-pejuang tulen PAS ini akan dinilai oleh Allah sahaja. Kami rakyat Malaysia akan terus menyokong barisan Pakatan Rakyat yang lebih mesra rakyat dibandingkan kerajaan Be End yang rupanya Islam , tapi sifatnya seperti yang kita lihat semalam...

National Geographic POD