Saturday, August 28, 2010

Isu Khutbah , Isu Masuk Mesjid , Bagaimana Soal Rasuah? Arak? Judi? Itu Lebih Utama...

Permainan politik yang berlebihan sebegini akhirnya menyebabkan penumpuan ummat untuk mengatasi masalah lain terbantut. Soal-soal remeh ini nampak kecil namun adanya isu memberikan semangat baru kepada Mufti-mufti dan pegawai agama dapat lebih aktif memberikan penerangan dan kupasan berkenaan masalah tersebut. Itulah hikmahnya diadakan sesuatu kejadian agar manusia itu berfikir.
Walaupun kekadang kita merasai letih dan bosan dengan isu remeh namun , ada sesuatu disebaliknya. Para daei , para ulamak dan pegawai agama akan membuat perbincangan , muzakarrah , mesyuarat untuk mendapatkan sesuatu keputusan. Penting untuk kita semua menentukan mana yang perlu diutamakan dalam tindakan apabila berdepan masalah yang serentak. Kita juga perlu ada fakta dan nas yang menyebabkan sesuatu itu dipilih bersadarkan senario setempat. Ada perkara yang sepatutnya menjadi agenda utama , namun ia hanya dibekukan semata-mata keuntungan...soal arak? judi? judi bola? judi nombor? judi haiwan? segala-gala judi? pusat hiburan? pusat urutan? zahir? batin? pusat refleksologi? Apa tindakan kerajaan?...

1 comment:

suwaibah said...

Kebanyakan isu besar seperti arak perlu diketengahkan namun didiamkan saja kerana orang atasan sendiri yang mengamalkan amalan tersebut jadi tak hairan lah kenapa isu itu tidak diperbesarkan.Malahan ia telah menjadi budaya bagi sestengah pihak dalam masa yang sama mereka ini ingin menunjukan diri mereka bahawa mereka masih menjalankan apa yang Allah perintahkan.Padahal,masjid mempunyai pelbagai fungsi dan tidak hanya sebagai tempat beribadat bagi islam malahan aktiviti ekonomi dan politik juga boleh dilaksanakan malahan tidak terhad kepada orang Islam sahaja.Disimilah kita berharap agar apabila orang bukan Islam melihat keindahan itu sendiri dan semoga mereka tertarik untuk mendalami agama Islam.Wallahua'lam.

There was an error in this gadget