Monday, August 23, 2010

Kibaran Bendera Malaysia Mengecewakan..? Mengapa?

Bendera Malaysia tidak lagi dikibarkan walaupun hari menjelangnya ulangtahun kemerdekaan kurang 7 hari lagi. Pemerhatian penulis sekitar Ipoh dan laluan balik pergi kerja mendapati tiada langsung bendera yang dipasang atas kenderaan untuk menunjukkan semangat patrotisme terhadap negara.Hanya tinggal beberapa hari lagi sahaja menjelangnya 31 Ogos yang mungkin cara sambutannya berbeza sedikit demi menghormati bulan Ramadan yang barakah ini. Tahu pulak kita menghormati bulan Ramadan ini ? Terdapat juga bendera dipasang namun ianya hanyalah bangunan-bangunan premis perniagaan sahaja , mungkin para peniaga diarahkan untuk memasangnya ?
Rakyat mencintai negara ini bukan sekadar memasang bendera , lebih dari itu rakyat berharap kerajaan agar lebih merakyat dalam tindakannya. Janganlah rakyat digula-gula ketika kempen pilihanraya tetapi setelah itu segala masalah dibiarkan. Segala kuasa dan kawalan kerajaan terhadap entiti perniagaan dilonggarkan , kos hidup rakyat meningkat bila barang keperluan meningkat akibat kenaikan harga minyak , syarikat besar-besar untung besar-besar namun caj elektrik , caj air mahal dan yang terbaru caj setem pula. Kerajaan mempersalahkan rakyat berbelanja lebih kononnya padahal rakyat sudah berjimat cermat . Kerajaan kita bijak , segala hal kewangan diaktakan rahsia kononnya akta rahsia walhal di situ penuh penyelewengan harga pembelian dan tender. Bukan rakyat tak tahu cuma rakyat malas nak lebih-lebih nanti antum semua fahamlah..
Andai niat rakyat untuk memberi ingat kepada pemerintah agar kembali semua ke pangkal jalan asal dengan tidak mengibarkan bendera baguslah , namun sedarkah kerajaan? Kalau kerajaan tetap begitu bagaimana mahu diajar? Rakyat perlu bijak ketika pilihanraya nanti. Politik pembangunan , politik kain batik , politik kebendaan bukanlah penentu undi kita.

2 comments:

Anonymous said...

Kah...kah...kah...

Nak kibarkan bendera Malaysia...???

X payah la...buat habiskan duit aja...buat penat aja.

Nak sambut merdeka??...Perghhhhhhh...pemimpin yang adapun X merdeka otak mereka....ni nak suruh orang sambut merdeka??

Boleh jalan laaaaaa.... Aku sikit X teringin ajakan menyambut kemerdekaan ni selagi pemimpin BN yg ada kat atas tu tak cau..

Anonymous said...

Sabtu 21/8/10 saya memandu dari BB Bangi ke Kerteh melalui KL dan lebuhraya PT, ada la empat lima buah kereta yang memasang bendera. Dua di Terengganu. Seminggu sebelum itu, dari Melaka ke Kuantan melaui KPilah, Bahau, Bandar Muazam, pun begitu juga. Apo nak dikato. Itulah patriotik 1 Malaysia di bawah NTR tu.

There was an error in this gadget