Tuesday, September 28, 2010

SPR Begitu Pantas..ADUN Galas Baru Meninggal Sudah Mesyuarat...Yakin Menang Ke?

ADUN Galas , baru sahaja meninggal dunia , SPR sudah berkira-kira mengadakan mesyuarat untuk pilihanraya kecil. Inilah sikap musang berbulu ayam SPR kononnya telus , amanah kepada rakyat tetapi mereka hanyalah amanah kepada tuan-tuan mereka sahaja. Jelas apabila berlaku di Siputeh di Kedah , Behrang , Cangkat Jering di Perak mereka SPR bertindak melindungi segala apa sahaja yang difikirkan boleh melanggari perlembagaan untuk membodek tuan-tuan mereka.
Sikap SPR yang 'double standard ' ini bukan perkara baru namun perkara sedemikian menambahkan lagi persepsi buruk rakyat kepada tuan-tuan mereka, Be End itu sendiri. Gelagat SPR ini perlulah diperbetulkan oleh pemerintah yang adil , yang mahukan kerahmatan dan kedamaian dalam kehidupan.
Rasa damai dan aman telahpun hilang di Malaysia ini , rata-rata semua rakyat ketakutan , berjalan ke pasaraya pun boleh dibunuh , naik bas awam pun dirogol , cikgu juga boleh merogol anak murid, jiran boleh jadi pembunuh ,peguam boleh menjadi ganas dan kejam , anak boleh diculik , pergi sekolah pun merbahaya , pergaulan anak-anak kecil pun perlu dipantau , nikmat aman damai sudah tiada lagi.
Terkadang ada juga memikirkan bagaimana anak-anak masa kini akan hidup pada masa akan datang...sungguh mengerikan...?
Bercakap tentang aman damai , jika kita membuat tugas yang selayaknya maka kerahmatan dan keberkatan pasti akan datang. Berbuatlah sesuatu amanah itu dengan betul maka ada keberkatan didalamnya. Mungkin ini yang SPR tak nampak sebab akhirat bukanlah matlamat mereka.

Tuesday, September 21, 2010

Sekadar Mengingatkan..

Kes Teo Beng Hock kelihatan ajaib dan pelik berikutan adanya nota yang ditinggalkan setelah setahun berlalu baru penyiasat menilainya? Logik ? Fikirlah sendiri? Kita mahukan agar kerajaan bertindaklah waras dan adil agar persepsi dunia kepada negara akan menjadi lebih baik. Namun kita sering alpa , perkara yang sebetulnya boleh disiasat adil menjadi bertambah rumit dengan pelbagai pertemuan ini?
Mengapa polis tidak menyiasat terus segala barangan yang tinggal?
Setelah setahun lebih baru dijumpai?
Ini bukan kes seperti Datu Sosila , penemuan bukti baru disebabkan keadaan lokasi mengiyakan kebenarannya...
Namun lain pulak kes Beng Hock..sekadar mengingatkan sahaja...peristiwa-peristiwa ini menjadi salah satu kayu ukur ketelusan untuk pelabur asing melabur dalam negara...
Kita bercita-cita untuk menjadi pilihan pelabur asing tetapi dalam masa sama kita menakutkan mereka dengan sistem yang kita cipta sendiri...

Peperiksaan UPSR 2010 bermula...

Peperiksaan UPSR 2010 telahpun bermula sejurus tadi sekitar jam 8.15 pagi. Subjek permulaan kertas Bahasa Malaysia Pemahaman , seterusnya Penulisan dan Matematik Kertas 2 , semoga anak-anak mendapat kejayaan cemerlang dunia akhirat.

Monday, September 20, 2010

Merudumnya FDI Akibat Kesilapan Sendiri...

FDI , kemasukan pelabur asing menurun bukanlah disebabkan kelantangan Pakatan mendedahkan cerita keluar , namun berita-berita yang kini boleh dicapai melalui klik sahaja membuatkan persaingan antara semua negara menjadi rata. Menteri berkaitan tidak perlulah melenting bising membuat kecoh kerana perkara sebegini akan menjadi lebih buruk. Terimalah laporan dan muhasabah diri dan kerajaan tindakan yang diambil. Kita telah lama menyatakan rentetan peristiwa demi peristiwa yang direncana ataupun tidak direncana mengakibatkan kesan jangka panjang yang memburukkan ekonomi negara. Kita telah lama berulang kali memberitahu misalnya peristiwa rampasan kudeta kerajaan Perak terdahulu mengakibatkan impak besar kerana perundangan telah dirobek sewenangnya yang mengakibatkan krisiss keyakinan dan kepercayaan masyarakat luar terhadap kita seluruhnya negara Malysia jatuh.
Ahli politik yang bijak dan matang sepatutnya memikirkan secara kolektif dan terancang dalam sesuatu tindakan yang bakal memudaratkan negara . Kita sepatutnya menyedari bahawa politik hari ini bukan didengari oleh penduduk setempat lokal ataupun sesebuah negara namun ianya boleh dicapai seluruh dunia. Nah inilah hasil yang telah kita tuai dan tanam akhirnya sendiri yang rugi. Memang sebagai rakyat Malaysia kita sedih perkara ini berlaku , namun apakah yang boleh kita lakukan?
Peristiwa pembakaran mesjid yang dirancang individu tertentu kononnya ingin menakutkan rakyat lain memberi tempias yang lain kepada kita. Masyarakat luar mengkin beranggapan rakyat Malaysia adalah insan-insan terlampau.
Kes terbaru , pembunuhan ngeri Datuk Sosilawatidan rakan-rakan beserta beberapa yang lain , meningkatkan lagi ketakuatan masyarakat luar untuk berniaga di sini. Profesional yang kita lahirkan pun boleh berubah wajah menjadi penyembelih dan pembunuh.Semua ini memberi impak negetif yang besar kepada imej negara keseluruhannya. Oleh itu pandangan Datuk Menteri Husni amatlah dangkal dan tidak waras. Jikalau kita sentiasa benar dan baik , maka pastinya orang akan menyukai kita...dahulu kini...selamanya...

Friday, September 17, 2010

Pembunuh Bedebah Itu Tak Layak Mendapat Seorang Peguambela ....

Suspek seorang profesional , waras dan berpendidikan tinggi sanggup dan tergamak membuat pembunuhan demi pembunuhan , tak kira secara langsung atau tak langsung tidak wajar mendapatkan peguambela. Biarlah suspek sendiri mengemukakan hujahnya sendiri untuk pembelaan nanti.
Mahukah anda seorang bergelar peguambela mendapatkan wang untuk tugas membela suspek yang wangnya didapati daripada pembunuhan demi pembunuhan yang terancang. Bayangkan begitu ramai dan banyaknya kes yang tak selesai yang berkaitan dengan peguam suspek ini.
Rakyat Malaysia seluruhnya menantikan siapakah peguambela-peguambela yang sanggup membela bedebah ini? Apabila melihat kronologi kejadian secara logiknya mereka telahpun disabitkan membunh semua mangsa , cuma mahkamah adalah proses untuk memperjelaskan lagi kejadian dan sebab berlakunya kejadian disamping memberi hak terhadap susspek untuk membela diri..
Terlalu banyak ikthibar yang dapat kita ambil rentetan peristiwa ini....

Wednesday, September 15, 2010

Pembunuhan Sosilawati Dan 3 Yang Lain Amat Kejam...

Pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 rakan yang lain perlukan pembelaan yang sewajarnya. Mereka yang bersalah mesti dihukum gantung sampai mati. Hukum Islam menetapkan begitu. Setelah semua suspek mengaku membunuh , wajarlah keluarga mangsa diberikan pilihan untuk memaaf ataupun hukuman bunuh. Andai keluarga mangsa memafkan lepaslah..namun jika mereka mahu yang setimpal maka gantung adalah hukumannya. Kes ini amat berat buat PDRM agar tidak tersilap teknilkal dan sebgainya , mengikut bahasa undang-undang . PDRM perlu mengemukakan bukti cukup untuk mensabit kesemua mereka hukuman gantung sampai mati. Seluruh rakyat Malaysia menunggu saatnya , jika perkara ini dibiarkan lagi maka jenayah pasti berleluasa melakukan jenayah.
Syabas PDRM , pastikan kesemua mereka tidak terlepas hukuman gantung sampai mati...

Monday, September 6, 2010

Iklan TV3...Propaganda Kristian Menular...?

Penonjolan babak tahyul munculnya beca di dalam Al Quran , ditambah pula menaiki beca seolah-olah Santa Claus membawa ke mesjid adalah perbuatan mengundang kemarahan umat Islam. Bukan begini penonjolan Hari Raya Idil Fitri yang dianjurkan Islam. Propaganda sebegini memang dirancang untuk memberi konsep penyamaan semua agama walhal Islam itu tinggi melebihi segalanya.
Kementerian Penerangan kelihatan tidak mempunyai badan penapis yang menjiwai konsep Islam , namun dalam masa lain PM , apabila bertemu orang Melayu menunjukkan kehebatan mereka membawa Islam ke dalam pentadbiran , kononnya.
Ini semua adalah perancangan Yahudi yang memang memusuhi umat Islam dan pengamalnya yang tulen. Yahudi akan menundukkan semua manusia mengikut acuan pemikiran mereka.
TV3 perlu menghentikan babak demi umat Islam seluruhnya. TV3 sudah terpesong jauh dari landasan Islam. Mufti dan ulamak perlu menegur perkara ini jangan dibiarkan berlarutan.

SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN ...DAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR BUAT ANAK-ANAK..

Friday, September 3, 2010

Hujah Agama Tidak Boleh Untuk Politik ?

Utusan Melayu ada melaporkan kenyataan Saifuddin Abdullah yang menyatakan hujah agama tidak dibenarkan untuk politik baru-baru ini. Saya terpanggil untuk mengutarakan pandangan saya terhadap komentar yang amat berbahaya ini. Sebagai seorang Islam seringkali kita bersembahyang yang didalamnya mengandungi ucapan , perbuatan yang menjurus kepada pengabdian kepada Allah. Jikalaulah hujah agama tidak dibolehkan untuk berpolitik , maka hujah apa kita nak pakai...teori komunis...teori demokrasi...teori Plato...teori sosialis...teori bermacam-macam teori lagi..?
Bukankah kita diberikan akal fikiran maka kajilah Al Quran dan Sunnah..Lihatlah kandungan Al Quran sedalam-dalamnya...Apakah kita apabila membaca dan memahaminya merasakan bahawa Al Quran itu bukan datang dari Pencipta Yang Maha Agong? Fikirlah wahai saudara...Kandungan Al Quran yang diturun kepada manusia ini untuk memberi petunjuk cahaya ..mengenai masalah hiduplah...
Apakah kita ini terasa hebat dan besar setakat ada ijazah , master atau PHD sudah bisa berkata seperti itu? Fikirlah saudara...sesaat berfikir lebih baik beribadat sepanjang masa tanpa ilmu...
Saudara , Kajilah ayat-ayat Al Quran , didalamnya penuh panduan untuk kita , sejarah kemanusiaan , dan juga peristiwa yang bakal mendatang..Mengapa kita terlalu angkuh dengan Pencipta kita? Sedarlah saudara masih ada lagi ruang untuk bertaubat..janganlah disebabkan habuan keduniaan yang sedikit kita jual agama kita , Islam agama yang syumul..Kajilah Al Quran , ianyalah yang akan melindungi kita dunia dan akhirat...tanpanya Al Quran Kalam Allah tetap begitu dijagai oleh Empunyanya , namun kita tanpa Al Quran , tunggulah azabNya....

Thursday, September 2, 2010

13 September , Tan Sri Musa Diganti Tan Sri Ismail Omar

Tarikh itu adalah tarikh akhir buat TS Musa Hassan . Ketua Polis Negara akan diambil alih oleh TS Ismail Omar . Mudah-mudahan gaya orang baru ini akan lebih baik dan berhemah tinggi agar PDRM disanjung tinggi. Agak menghairankan juga kadangkala seringkali orangramai selalu membandingkan PDRM dengan Tentera . Mereka selalu mengatakan Tentera lebih bagus dan lebih baik daripada PDRM. Mengenai apa yang baik hangpa semua fikirlah?

Natrah@Nadra@Bertha

Saya ada membaca buku Natrah 1937-2009 , sungguh memilukan melihat nasib beliau yang awalnya sebagai seorang Islam ( ketika kanak-kanaknya ) sehinggalah Natrah berkahwin dengan Mansor Adabi ketika berumur 13 tahun , bermulalah kehidupan yang meyeksakan sehingga beliau diambil semula oleh ibu asalnya dan seterusnya kehidupan yang tidak menentu . Setelah itu beliau mengamalkan Kristian sehinggalah akhirnya terkeliru mana ajaran yang benar mana yang salah. Saya mencadangkan saudara-saudara , saudari sekelian agar mengambil iktibar kejadian yang berlaku kepada Natrah. Selalulah kita berdoa agar Allah matikan kita , keturunan kita , anak-anak kita , saudara-saudara kita didalam iman dan Islam.
Peristiwa Natrah ini mempunyai banyak iktibar yang boleh kita ambil.
Antaranya sistem kaedah perundangan Islam dan perundangan Barat yang berada di Malaysia kini perlu digubal selari dengan hukum Islam yang lebih adil dan menyeluruh. Tatkala kita adalah tuan dan pemerintah maka gunakanlah kekuasaan untuk mengarah kepada Islam , condong kepada Islam. Pihak lain pasti tidak akan bersekongkol dengan Islam melainkan kita sendiri yang perlu tegakkan.
There was an error in this gadget