Thursday, October 28, 2010

Di Galas , PAS-DAP boleh kawan...Najib pula Impikan Hub Hiburan...Politik Tak Ketahuan?

Muhyidin dengan lantang dan semangat mempersoalkan rasional kerjasama PAS-DAP , lalu hairan bagaimana pulak boleh PAS mengharamkan hubungan UMNO-MCA..soalnya? PAS , walaupun berhubung dengan DAP , tidak pulak menganjurkan cadangan hub hiburan ...ataupun hub halal hiburan , cuma PAS akan cuba mengawal dan memperkecilkan perkara-perkara maksiat yang telah lama subur mekar di bumi Malaysia ini.Itulah yang bezakan PAS dan UMNO untuk menghentam PAS dari sudut agama. PAS mengetahui realiti kehidupan masyarakat majmuk Malaysia dan cuba meperbetulkan keadaan secara hikmah dan bijaksana namun Be End , peneraju utamanya UMNO , boleh lagi mencadangkan bagi pihak untuk menjadikan Malaysia hub hiburan dengan memperbanyakkan lagi pusat spa dan kelab malam untuk rakyat negara ini. Itulah ajaran UMNO yang apabila berjumpa orang Islam mempersoalkan keislaman orang lain , tapi suatu sudut yang lain berjumpa orang lain, lain diucapkan....fikir sendirlah rakyat...

Wednesday, October 27, 2010

Galas...PAS Underdog...UMNO Yakin Menang?

PAS hanya mengharapkan saingan hebat untuk kawasan Galas manakala UMNO begitu yakin menang setelah melihat kononnya transformasi ekonomi yang dibuat oleh Najib. Betul atau tidak kita lihatlah pemikiran politik orang-orang di Galas. UMNO merasakan bahawa mereka telahpun " merakyat" berdampingan dengan rakyat dan menyelami hati serta kepayahan rakyat. Namun begitu bajet yang dibentang Najib tempohari lebih kepada pengecualian cukai barangan peribadi pemimpin negara yang keluar masuk keluar negeri. Tiada kaitan dengan masyarakat marhaen dan bawahan. Ini menggambarkan sikap pemerintah yang lebih melihat kepayahan mereka sendiri ketika melancong keluar masuk negara daripada melihat kesusahan rakyat bergelut dengan barangan keperluan yang meningkat kosnya . Transformasi ekonomi Najib lebih kepada anagn-angan yang tidak berpijak di bumi nyata apatahlagi pelabur asing yang semakin jauh dari negara ini sendiri. Rakyat perlu bijak memilih agar pemerintah menjadi lebih prihatin masalah rakyat dan bertindak berhati-hati dengan wang rakyat. Barulah rakyat didahulukan pemimpin dikemudiankan...jangan pulak kebajikan pemimpin didahulukan rakyat lantaklah dikemudiankan....
Undilah Pakatan Rakyat...Undilah PAS....

Friday, October 22, 2010

Bila PAS Kelantan Boleh Beli Bangunan Milik UMNO...

Tatkala bergegar berita PAS Kelantan boleh beli bangunan milik UMNO , maka mereka timbulkan cerita kononnya duit haram ke? duit halal ke? Kalau PAS miskin dikatakan PAS parti orang miskin , tak tahu nak perintah , tak tahu buat duit...ini semua cerita orang bodoh yang dah nak mampus. Mereka ini kononnya bijak , blogger taik kucing memang makan duit upahan , mereka tak nampak kesalahan berbilion wang rakyat dilesap..perkara remeh menjadi modal..isu-isu lemah dijadikan sandaran...itulah hujah blogger UMNO yang bebal bertuhankan pulus....

Monday, October 18, 2010

Mengapa Anwar Perlu Dikenakan?

Anwar perlu dikenakan tak kira betul ataupun salah ianya perlu demi survival mereka lebih sedikit jika dibandingkan peluang Pakatan tanpa Anwar. Kospirasi liwat 1 yang serba tak menjadi menjadi iktibar kepada pasukan untuk membuahkan hasil yang lebih menarik namun , kecacatan kes masih berlaku.
Liwat tanpa tusukan pun boleh diterima oleh mahkamah Malaysia yang begitu naif yang mengakibatkan kesan jangka panjang. Mereka Be End sering menyalahkan Anwar kerana Anwar dilabel sering menghebahkan keburukan kerajaan keluar negara...itu yang mereka katakan..
Be End tidak pernah melihat dalam diri yang penuh dengki kesumat yang jahat terhadap susuk tubuh Anwar..Apakah anda semua merasa lega dengan pertuduhan demi pertuduhan terhadap Anwar? Mungkin anda semua berasa seronok apabila Anwar seringkali menumpukan masalah ini sehinggakan penumpuan terhadap yang lain?
Percayalah wahai sekian ummat , buatlah apa pun ke atas tubuh Anwar...namun semangat dan roh serta iltizam Saudara Anwar tetap dalam ingatan.
Reformasi yang dicetus adalah adil untuk semua , tanpa meminggirkan bangsa Melayu sebagai tuan negara ini. Be End akan terus merencana pelbagai versi dan cerita untuk dihidangkan kepada rakyat namun, kita percaya semau itu hanyalah helah politik kotor pendokong fahaman barat.Anwar ibarat penyatu untuk semua golongan , golongan marhean , golongan tertindas , golongan terpinggir , golongan fahaman Islam , golongan fahaman sekular , golongan fahaman barat. Anwar ikon penyatu ummat yang digeruni Be End dan rakan-rakan.

Thursday, October 7, 2010

Dekat Pilhanraya...Banyaklah Drama Bersiri...?

Semakin dekat menghampiri pilihanraya tak kiralah kecil ke...besar ke...banyaklah drama dan aksi-aksi pelik dan ajaib muncul bak cendawan. Nak kata tak dibayar pun susah..nak kata dibayarpun tak nampak. Kita kenalah berfikir secara betul dan benar serta berpandukan rasa hati kecil kita.
Mungkinkah ada benarnya? Tetapi mengapa pulak adegan drama baru si Rahimi ini tidak dari awal ketika sudah keluar dari kem Anwar? Mengapa baru sekarang? Mungkin ada tawaran menarik , tambahan pulak ekonomi sekarang ni memang gawat sungguh...Aku yang berniaga ni pun terasa jugak...bukan senang nak senang...bersengkang mata beb....
Cerita demo DAP pun menarik jugak , bila diteliti mereka tu bukan dari DAP pun , semuanya pakai upah...mereka ini ambik stail mat indon yang berdemo tu...dapatlah sekupang dua..roti canai...teh tarik satu...itu je untuk budak-budak tak da kerja ni...
Pada aku penyelewengan tu memang bermaharajalela tak kira siapa...Pakatan ataupun Be End...tetapi kalau Be End lagilah berhantu...kalau Pakatan buat silappun memang akan disiarkan ...contonya kes Beng Teok dulu tu...kira mereka kata ada hal pasal supply bendera yang nilainya 2...3...ribu...kalau Be End ....bilion-bilionlah ...itupun kena korek dalam-dalam baru dapat...
Jadi buat masa ini selagi tiada yang sempurna kira fatwa aku korang semua sokonglah Pakatan tak kira parti apa pun...Be End buat masa ni tak boleh harap lagi...kita lihat adegan seterusnya...

Monday, October 4, 2010

Ku Li...Politiknya Lebih Hebat..Siapa Muhyiddin?

Ku Li belum menyatakan persetujuan untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Galas tetapi Muhyiddin pula heboh seMalaysia menyatakan tanggungjawab itu akan di galas oleh Ku Li. Ku Li , pemimpin yang hebat seangkatan Mahathir , pesaing terhebat buat Mahathir diperlakukan sebegini rupa. UMNO ini parti jenis apa ye? Tak da otak ka? Meletakkan Ku Li sebagai penrurus di Galas adalah suatu sindiran yang pedas oleh UMNO kepada beliau kerana Ku Li seringkali tidak sependapat dengan Pusat. Ku Li bolehlah diibaratkan pemimpin yang betul-betul mempertahankan hak rakyat yang padanya betul dan sohih tetapi bagi pemimpin UMNO yang lain mereka sekadar mengiyakan kata-kata Ketua mereka secara membabi buta.
Mereka lebih takut akan dipinggirkan daripada memberi pandangan yang betul dan tepat berdasarkan sentimen rakyat seluruhnya. Ada sesetengah isu sukar difahami rakyat namun isu wang ihsan ataupun wang royalti ianya jelas menunjukkan Pusat sengaja mendera rakyat Kelantan. Namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya , ekonomi Kelantan tetap berjalan , kemelesetan ekonomi tidak begitu terasa , rakyat masih boleh berbelanja .
Muhyidin mungkin terlupa bahawa Ku Li siapa? kerana sekarang berjawatan Timbalan Perdana Menteri , pandangannya mesti selari dengan PM..inilah natijahnya..Mungkin yang bercita untuk menapak ke kerusi PM mestilah begitu....yes men sahaja.
Ku Li tidak seharusnya menjadi pengurus ataupun calon di Galas , UMNO mestilah hormat pendirian Ku Li mengenai Petronas dan wang royalti. Berilah sedikit maruah buat Ku Li..biar ianya akan dikenang oleh seluruh rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia.

National Geographic POD