Thursday, October 28, 2010

Di Galas , PAS-DAP boleh kawan...Najib pula Impikan Hub Hiburan...Politik Tak Ketahuan?

Muhyidin dengan lantang dan semangat mempersoalkan rasional kerjasama PAS-DAP , lalu hairan bagaimana pulak boleh PAS mengharamkan hubungan UMNO-MCA..soalnya? PAS , walaupun berhubung dengan DAP , tidak pulak menganjurkan cadangan hub hiburan ...ataupun hub halal hiburan , cuma PAS akan cuba mengawal dan memperkecilkan perkara-perkara maksiat yang telah lama subur mekar di bumi Malaysia ini.Itulah yang bezakan PAS dan UMNO untuk menghentam PAS dari sudut agama. PAS mengetahui realiti kehidupan masyarakat majmuk Malaysia dan cuba meperbetulkan keadaan secara hikmah dan bijaksana namun Be End , peneraju utamanya UMNO , boleh lagi mencadangkan bagi pihak untuk menjadikan Malaysia hub hiburan dengan memperbanyakkan lagi pusat spa dan kelab malam untuk rakyat negara ini. Itulah ajaran UMNO yang apabila berjumpa orang Islam mempersoalkan keislaman orang lain , tapi suatu sudut yang lain berjumpa orang lain, lain diucapkan....fikir sendirlah rakyat...

No comments:

There was an error in this gadget