Wednesday, October 27, 2010

Galas...PAS Underdog...UMNO Yakin Menang?

PAS hanya mengharapkan saingan hebat untuk kawasan Galas manakala UMNO begitu yakin menang setelah melihat kononnya transformasi ekonomi yang dibuat oleh Najib. Betul atau tidak kita lihatlah pemikiran politik orang-orang di Galas. UMNO merasakan bahawa mereka telahpun " merakyat" berdampingan dengan rakyat dan menyelami hati serta kepayahan rakyat. Namun begitu bajet yang dibentang Najib tempohari lebih kepada pengecualian cukai barangan peribadi pemimpin negara yang keluar masuk keluar negeri. Tiada kaitan dengan masyarakat marhaen dan bawahan. Ini menggambarkan sikap pemerintah yang lebih melihat kepayahan mereka sendiri ketika melancong keluar masuk negara daripada melihat kesusahan rakyat bergelut dengan barangan keperluan yang meningkat kosnya . Transformasi ekonomi Najib lebih kepada anagn-angan yang tidak berpijak di bumi nyata apatahlagi pelabur asing yang semakin jauh dari negara ini sendiri. Rakyat perlu bijak memilih agar pemerintah menjadi lebih prihatin masalah rakyat dan bertindak berhati-hati dengan wang rakyat. Barulah rakyat didahulukan pemimpin dikemudiankan...jangan pulak kebajikan pemimpin didahulukan rakyat lantaklah dikemudiankan....
Undilah Pakatan Rakyat...Undilah PAS....

No comments:

National Geographic POD