Monday, October 4, 2010

Ku Li...Politiknya Lebih Hebat..Siapa Muhyiddin?

Ku Li belum menyatakan persetujuan untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Galas tetapi Muhyiddin pula heboh seMalaysia menyatakan tanggungjawab itu akan di galas oleh Ku Li. Ku Li , pemimpin yang hebat seangkatan Mahathir , pesaing terhebat buat Mahathir diperlakukan sebegini rupa. UMNO ini parti jenis apa ye? Tak da otak ka? Meletakkan Ku Li sebagai penrurus di Galas adalah suatu sindiran yang pedas oleh UMNO kepada beliau kerana Ku Li seringkali tidak sependapat dengan Pusat. Ku Li bolehlah diibaratkan pemimpin yang betul-betul mempertahankan hak rakyat yang padanya betul dan sohih tetapi bagi pemimpin UMNO yang lain mereka sekadar mengiyakan kata-kata Ketua mereka secara membabi buta.
Mereka lebih takut akan dipinggirkan daripada memberi pandangan yang betul dan tepat berdasarkan sentimen rakyat seluruhnya. Ada sesetengah isu sukar difahami rakyat namun isu wang ihsan ataupun wang royalti ianya jelas menunjukkan Pusat sengaja mendera rakyat Kelantan. Namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya , ekonomi Kelantan tetap berjalan , kemelesetan ekonomi tidak begitu terasa , rakyat masih boleh berbelanja .
Muhyidin mungkin terlupa bahawa Ku Li siapa? kerana sekarang berjawatan Timbalan Perdana Menteri , pandangannya mesti selari dengan PM..inilah natijahnya..Mungkin yang bercita untuk menapak ke kerusi PM mestilah begitu....yes men sahaja.
Ku Li tidak seharusnya menjadi pengurus ataupun calon di Galas , UMNO mestilah hormat pendirian Ku Li mengenai Petronas dan wang royalti. Berilah sedikit maruah buat Ku Li..biar ianya akan dikenang oleh seluruh rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia.

No comments:

National Geographic POD