Tuesday, November 16, 2010

Pendidikan Seks Tahun Depan Di Sekolah Rendah..?

Ura-ura sukatan pelajaran pendidikan seks akan diperkenalkan kepada murid sekolah rendah, tak dapat dipastikan golongan sasaran kepada tahap satu ataupun dua. Inilah projek yang bakal memusnahkan masa depan negara dan bercambahlah maksiat dan ramailah pelajar yang akan mula berangan-angan , pelajar menjadi kemaruk seks dan sebagainya. Pendidikan seks ini perlu ditentang oleh seluruh rakyat dengan sekeras-kerasnya kerana ianya bakal menyusahkan ibu bapa dalam mengawal anak-anak. Apakah dengan menghidupkan sesebuah syarikat kroni maka lahirlah usahawan-usahawan terbilang namun kita mendapat hasil buruk yang lain. Maka bertambahlah kos kita untuk mengekang musibah yang akan datang...Maka ramailah pandangan ahli politik yang berkata ianya akan memberi suatu dugaan dan kematangan buat pelajar untuk berfikir mana baik dan buruk..itulah mentaliti ahli politik bodoh...Sedangkan orang dewasa dan berakalpun boleh lemas dalam dakapan wanita-wanita yang sering kita saksikan apatah lagi anak-anak yang masih mentah..
Saya menolak mentah-mentah cadangan ini yang bakal memusnahkan pelajar negara ini...

No comments:

National Geographic POD