Tuesday, November 2, 2010

Pilihan Rakyat..di Galas .?

Rakyat hanya perlu memilih antara dua Pakatan Rakyat ataupun Be End buat masa ini. Tidak menafikan kelemahan yang ada pada Pakatan Rakyat yang baru setahun jagung , namun Be End yang sudah mengjangkau separuh abad lebih teruk terpalit dengan pelbagai kontroversi yang saban hari terlonggok tidak diselesaikan. Pakatan Rakyat terdiri daripada ahli-ahli yang komited marah mual adan jelak dengan sistem yang korup , sistem yang menidakkan hak mereka yang berpeluang dan bijak ,sisitem yang diimpikan adalah demokrasi yang sebenarnya. Kekecohan dan pertandingan yang berlaku dalam PKR adalah manifestasi arah tuju ahli yang bebas menyuarakan pandangan walaupun nampak seakan-akan wujudnya perpecahan. Namun ahli yang matang adan akur keputusan jamaah perlu mengambil iktibar dan bersabar. Be End jika dibandingkan Pakatan Rakyat jauh ketinggalan aspek keterbukaan dan liberalnya. Walaupun begitu keterbukaan pakatan Rakyat tidaklah menidakkan kuasa Raja-raja , bahkan Hak Melayu sebagai kaum utama negara ini tidak dipertikaikan. Bukanlah suatu perkara mudah untuk mengimbangi segala kepincangan sosial yang telah lama tertanam dalam jiwa dan minda rakyat yang telah disemai oleh Be End sekian lama menerusi propaganda mereka yang hebat sehinggakan masih ada saki baki minda terjajah dan minda prasangka dalam kalangan ahli Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia seharusnya bersabar dalam menghadapi serangan pemikiran propaganda Be End yang begitu mencengkam dalam semua aspek. Kakitangan kerajaan yang baru sahaja diperintah oleh Pakatan Rakyat juga baru saja mula hendak mengenali pimpinan pakatan Rakyat seharusnya diberikan peluang untuk menilai sejauh mana kejujuran Pakatan Rakyat dalam gagasan pemikiran baru yang tidak terjajah. Rakyat seharusnya melihat kualiti pimpinan dan wakil mereka yang komited dengan apa yang diperkatakan dan yang dibuat agar rakyat yang bakal mendapat manfaatnya. Itulah politik sebenarnya , suatu perkara yang sentiasa bergerak dinamik dan rakyat harus tahu apa matlamat dan tujuan berpolitik sebenarnya. Buat pengundi di Galas , teruskan sokongan tidak berbelah bahagi buat calon Pakatan Rakyat . Rakyat mahukan lebih banyak perubahan kerajaan Pusat agar lebih bertanggungjawab terhadap seluruh warganya dan segala perjanjian Persekutauan yang telah termaktub wajiblah dipatuhi terutamanya berkaitan royalti minyak demi untuk rakyat Kelantan seluruhnya.

No comments:

There was an error in this gadget